Wahai SUAMI renungkanlah
pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.
Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
tidaklah setaqwa Ibrahim
tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Apalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.
Justeru wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Renung-renungkan lah.
Renung-renungkan lah.
16 ulasan:
Salam az,
Oleh itu terima lah isteri atau suami itu seadanya, bersabarlah dalam melayari bahtera rumahtangga, yang sememangnya bergelombang dan terajui lah dengan seadil2nya, kita manusia az, sedangkan gigi lagi tergigit, ini kan pula suami isteri..kan...
Salam az,
Jodoh yang Allah beri itulah yang terbaik buat kita, maka jangan lah abaikannya...ok lah az
Salam Kak Sidah,
benarlah sungguh bagai di kata. Jagalah si dia kita itu dengan se adanya. Semoga hidup suami isteri di berkati Allah. Macam kak sidah ngan abang tu, terpancar kebahagiannya. AMin.
salam az,
bagus artikel itu...buat renungan kita semua. tk kerana berkongsi.
salam kak nab
saya kongsi bahan ini sebagai tanda simpati pd bekas jiran saya di muar. suaminya kawin lagi satu. tetiba timbul simpati pulak. tak tahulah dia tahu atau idak
salah ayahanda zain : adus... tertampar sedas ngan entry AZ ni... tibe2 syahdu plak...
Salam anakanda afeez
mula2 kenapa salah ayahanda tu? lepas tu rasa tertampar pulak.konpius lak ni.
kenapa, afeez ada fikir tak betul ker tentang perkahwinan?
Memang perkahwinan ini wujud dengan adanya persefahaman. Kalau idak ancus.
az bertuah sangat dapat mrszain tuh, kalau orang lain tak tahu la.......
Itulah jodoh darpd maha kuasa. So afeez pikir2kan la. Baca bait-bait tuh, afeez akan dapat jawapannya
salam az
hidup suami isteri saling lengkap melengkapi mana yang kurang krn fitrah manusia sememangnya tidak sempurna, insyallah bahagia rumahtangga
salaM ayahanda zain : <-- ni lah yg saya nak cakapkan... AZ, tertampar tu sebab sebelum ni tak pernah pon terfikir kata2 seindah ni. tu yg terus bersyahdu malam semalam... sib baek tak nangis... hahaha
salam,
TQ, smoga baik belaka adanya.
Salam AZ...
Tq AZ dengan perkongsian ini...
betul bgai dikata... jgn letakkan harapan yang tinggi pada pasangan kita... kelak kita akan kecewa bila apa yg ada pada pasangan tidak seperti apa yang kita harapkan... Masing2 ada kekurangan... terima lah pasangan kita as the way she/he is... bina kelebihan yg ada pada diri masing2 menutup kekurangan pasangan... betul cam nie AZ?
Salam Rezeki,
itulah petua orang2 lama yang kekal perkahwinan hingga ke hujung nyawa.
Salam afeez,
yer ker. ermm maknanya afeez ni jenis brutal yang ada emosi juga lah. Memnaglah afeez, az baca memang menusuk ke naluri, sebab tu az masukan sebagai n3. Supaya kita dapat berkongsi
Salam kak s,
insya ALlah. Moga allah memberkatinya
Salam Atiqah,
betullah tu. Banyak orang inginkan pasangannya perfect 100% tapi bila takvcapai, mula ler mengungkit itu ini. Yang lagi mangkuk,dia sendiri pun teruk.
pssst: az pernah tanya emak az,kenapa tak mahu kawin lagi bila ayah az meninggal dunia kira2 5 tahun selepas itu. Dia jawab " buat apa kahwin? menysuahkan ajer" hehheh. Tapi orang lelaki? lu pikirlah sendiri
Salam AZ,
Sedih pulak baca sajak ni. Terkena batang hidung jugak. Kadang-kadang kita lupa. Pengharapan yg terlalu tinggi sering mengeruhkan keadaan tanpa menyedari masing-masing ada kelemahan.
Terima kasih di atas peringatan AZ ni!
Catat Ulasan