Ahad, 10 Januari 2010

sepuluh satu sepuluh

100110 : Cantik betul tarikh hari ini. Seratus ribu & seratus sepuluh ataupun sepuluh satu sepuluh. ermmm, kabarnya ada orang akan mengumumkan sesuatu pada hari ini. Semoga pengumuman itu akan menyemarakkan lagi hari-hari yang penuh dengan keceriaan. Kita mendoakan semoga keceriaan itu berterusan hingga ke puncak kehidupan. Insya Allah, semoga Allah akan mempermudahkan dan memberkatiNya.

Semalam adalah hari yang paling penat buat aku. Daripada sepagi pukul 8.00  aku telah menunggang kuda yang di import daripada Korea, menunggang sendiri daripada Pontian ke Kuala Lumpur dengan ditemani oleh isteri dan putera bongsu. Seperti biasa destinasi kali ini seperti biasa balik bandar raya, bukan balik kampong arrr. Namun sebelum sampai ke destinasi iaitu rumah ibu mertuaku, aku singgah di beberapa tempat dan akhirnya aku selamat sampai pukul 5.00 petang. Seharian aku di jalan raya. Bak kata Pak Itam, ayahzain ni kalau Pontian ke KLitu  ibarat pergi ke tandas sahaja. whooops, terlobih sudah bukan tandas tapi washroom. atau rest room. Mahap yer datin. Kalau mrszain ibarat pergi ke powder room ajer.

Mula-mula aku singgah di Rengit, Batu Pahat. Meninjau-ninjau jajan atau  ole-ole yang hendak di bawa ke rumah ibu mertua. Aku singgah di Azhar Food seketika, ermm beranika jenis kerepek dipamerkan diruang niaganya. Namun aku lebih ghairah kalau dapat singgah di kedai kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong. Namun kerana ingin cepat ke destinasi, kami hanya singgah di Rengit aje. Harga pun lebih kurang aje. Pukul 9.00 kami meneruskan perjalanan ke Ayer Hitam melalui jalan Pt.Botak Batu Pahat.  Alamak, ternampak sebuah masjid di satu parit, rehat lah sekejap menikmati keindahan rumah Allah itu.


masjid baru ini bersambung dengan masjid lama .
Masjid lama masih digunakan sebagai pusat Islam penduduk kampong parit itu.


Sebelum meneruskan perjalanan singgah sebentar memberi kuda minum
hati-hati  ha bila memberi kuda minum
ingat kejadian dalam blog beberapa hari lalu

Kami sampai di Nilai pukul 12.00 tengah hari. Kami berjanji untuk berjumpa dengan Alang di Masjid Putera, Nilai. Dia dah ada Kancil, jadi tak ada masalah. Sampai di sana, Alang sudah siap menunggu dengan senyuman sampai ke telinga kerana Kancil itu secara rasmi miliknya. whoopss, belum lagi tu, selagi dia dapat mengekalkan prestasinya, dia akan memilikkinya. Kalau idak, sendiri mahu ingat lah.

Kebetulan  di kawasan depan masjid ada pesta jualan sempena hari kantin CFS IIUM. Selepas makan tengah hari di restoran berhampiran, kami meluangkan masa window shopping di gerai-gerai tersebut. Macam-macam ada, harga pun murah, harga student katanya.

Pukul 2.00 petang, kami meneruskan perjalanan ke Petaling Jaya untuk berjumpa pula dengan anak kami yang ke-4 yang menuntut di CFS IIUM, Petaling Jaya. Kami sampai di PJ pukul 3.00 petang. Bang Cik mengajak outing, katanya dah lama tak merasa  KFC, justeru kami membawanya ke KFC di jalan Universiti yang tidak jauh daripada CFS.


ermm, bang cik minta berger saja,



KFC ada jual Rojak?
heheh rojak mamak sebelah KFC


Cendol pun ada?
ini juga drpd warong mamak sebelah KFC
mrszain kalau nampak rojak n cendol mamak,ermmm yang lain dia tak berahi dah.

Kira-kira jam 4.30 petang kami meninggalkan bang cik di kampus dan kami meneruska perjalanan ke rumah bonda mrszain. Kami selamat sampai lebih kurang pukul 5.00 petang. Jam 6.00 aku menemankan mrszain ke Medan Idaman membeli kelengkapan ibunya yang telah kehabisan bekalan. Mak datok medan idaman bukan main sesak dengan kenderaan. Hendak mencari parking lain cerita, akhirnya aku menunggu dalam kereta sementara mrszain mencari stok bekalan. Alhamdulillah, dapat juga parking setelah lama menunggu. Boleh juga le meronda sekitar medan idaman yang anakanda Afeez kata tak berapa tahu kat mana lokasinya. Kalau cikgu mas, .......... tak menjadi hal, katanya tenpt dia bermain-main sektika dahulu. Oklah, sampai di sini dahulu, jangan lupa kawan-kawan, adik kakak peminat PDKM temu janji kita pukul 2.00 petang di Masjid Muadz di Setiawangsa hari ini. Salam Ceria.

15 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum pembuka bicara...
wah2 AZ awainya buat N3 baru ...
aritu cerita anak kancil , arini naik kuda , yg lg satu tu apa lak gelarannya ya AZ ..
tercapai lah juga hubby ummi nk tengok AZ bawa kuda tu ,coz sblm ni dia selalu tnya ummi naper AZ tak bawa kuda yg dia tunjuk dlm blog tu yer . mana le ummi tahu .mula2 ummi masuk blog AZ dulu masa ada N3 kuda tu ler , tu le pasai dia ingat sangat . he he he
wah2 sambil jalan , makan2 lg .ni dah jadi jalan2 cari makan pulok.
apa2 pun kezutan akan berlaku petang ni ,tungguuuuuuuu aje le.
jgn2 AZ yg jd mc.

TPKo_Q berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
sonata anak kancil berkata...

Salam AZ...nampaknya AZ dah tiba dulu di KL ye...

InsyaAllah saya akan berangkat dari Melaka lewat2 sikit....

Sambil menyelam minum air....opppsss...bukan2....kang lemas pulak.

Kami akan jengok anak2 kat IIUM & hantar anak ke TUC, Subang Jaya...

he3x....ade sebab gak....hubby pulak mau jumpa kawan dia...


Ok ok ok...insyaAllah saya akan sampai jua di masjid itu....

Wasalam

Ayah Zain berkata...

Salam Ummi,

hehheh, kuda az tu biasa aje,tak lawan dengan kuda-kuda bloggers yang lain macam pak itam tuh.

Alhamdulillah, semuanya kerja Allah. Kita sebagi hambanya kena la sentiasa bersyukur. jangan lupa ingatkan abihanan bawa benda allah tu yer.

az jadi emce? jange la buat kezutan begitu.

2010 Januari 10 07:50

Ayah Zain berkata...

Salam Sonata Anak Kancil.

Insya Allah,nanti kita sama-sama berjumpa di sana.

Janganlah SAK lambat sampai, takut tak jumpa,coz saya akan balik awal. Jauhlah pontian tuh.

afeezz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
afeezz berkata...

salam ayahanda zain : kpd warga UM semua, area KFC ngan tmpt kedai cendol dan rojak mamak tu kami panggil Gopal. kenapa gopal? usah le tanye.. En. Gopal tu pon ntah idup ntah tidak lagi... AZ, Medan Idaman tu kat maner? ari tu tanye AZ wat derk jer...

Ayah Zain berkata...

Salam Anakabda Afeeez,

Rojak tu semalam kawkaw betul ler, awat panggil gopal? jangan ada citer tak baik arr.

Medan idaman tu kat bat 6 Jalan Gombak. Tak kan afeez tak tau. Dulu katanya Lee Rubber. Dekat juga dengan Taman ibu Kota.

sekali2 lalu lah jalan itu g KL. Daripada Sealayng, afeez g batu Caves, kemudian susur ke jalan Gombak yang melalui Taman Greenwood, then sampai simpang 3. Kalau ke kiri kita g Karak ala, ingat ke lagi Mimaland dulu>. Kalau ambil kanan afeez akan sampaike Batu 6 Gombak. BalaiPolis bt 6 tu selalu masuk drama tv. Terus drive siti nur akan melepasi 2 atu 3 trafik lite, afeez akan jumpa Medan Idaman tuh.

Che' Pit berkata...

Azhar food bt pahat? hmm kalau x silap tu produk koperasi mutiara bt pahat.. koperasi tu mmg agen utama pengedar brg2 azhar food tu..

mama ju berkata...

Salam AZ. Selamat sampai.Saya pun baru sampai dari JB ziarah adik beradik,alhamdulillah semua ok...

Tak singgah Rengit pun kerana mak ke Singapura.Rengit tu le Pekan saya masa kecik sampai remaja..

Jumoa nanti..bawa anak isteri..

Ayah Zain berkata...

Salam Mamaju,

yer ker. Alhamdulillah.

Nanti kita jumpa kat Masjid Muadz yer.

Tengah nak siap2 ni ke sana.

afeezz berkata...

salam ayahanda : dah tgk peta dah medan idaman tuh, bole tahan jauh nyer... hakhakhak..

Ayah Zain berkata...

Salam nanda afeez,

mana le ada jauh tuh. ada2 saja ceng***** si afeez ni

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Baru dapat jengok mah az, selamat sampai ke pontian bersama mrs zain, salute kat az ni, sanggup susah payah sampai ke Masjid Muaz semata2 kerana pdkm, itulah betapa committednya geng pdkm kan, seronok ye dapat jumpa ramai geng

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah

saya selamat sampai kul 9.00 malam tadi. Alhamdulillah walaupun jem giler, hujan lebat.

n3 baru dah kuar, tengok ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...