- 070110 : "Salam. dh reg, pas semua dapat 3.9". Itulah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Alang (puteraku yang ketiga ) yang sedang mengikut kursus aircraft di UNIKL MIAT, Sepang. Alhamdullillah, bisik hatiku. Hari ini alang mendaftar di semester ke 5. Mengikutnya, rizult diketahui semasa hari pendaftaran. Dapat juga anakku keputusan yang cemerlang di semester 4 di Univesiti tersebut. Anak yang telah mengeluarkan air mata ibunya kerana ingin menarik diri daripada universiti itu semasa di semester 3. Alang tiba-tiba tidak mahu meneruskan pengajiannya dengan alasan tidak berminat.
Alang berminat dalam bidang komputer tetapi aku yang mencadangkannya memilih kursus di MIAT kerana prospek pekerjaan yang lebih cerah. Sebagai anak yang tidak pandai membantah, Alang mengikut sahaja cadangan aku. Beliau ditawarkan mengikuti kursus Bachelor of aircraft technology maintenance mechanical di UNIKL MIAT.
Keputusan semester 1 memberangsangkan dengan pencapaian 3.8 memungkinkan aku percaya alang tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran. Semeseter dua, alang tinggal di luar asrama, menyewa rumah bersama-sama kawan-kawannya di pinggir bandar Nilai. Untuk memudahkannya berulang alik ke kampus aku bermurah hati membelikannya seekor kancil sebagai tunggangannya. Namun sesuatu telah berlaku, alang seorang yang pendiam bertukar menjadi seorang yang agresif, berktrampilan menyebabkan ibunya menaruh keyakinannya alang telah berubah. Rupanya perubahan itu ada kaitannya dengan kerjaya part time sebagai seorang agen jualan langsung menjual prodak haruman (minyak wangi ler). banyak juga wang yang dilaburkan.
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya ... lu fikirlah sendiri.
Keputusan semester 2 kurang memberangsang dengan dua subjek gagal. Dia kata jangan bimbang. Namun di akhir semester 3, dia menelefon ibunya dengan tangisan bahawa dia tidak mahu meneruskan pengajian kerana tidak larat dengan persekitaran yang menyakitnya. Alang ada asma (semput la tu). Dia terpaksa berhadapan dengan material besi dan sebagainya. (katanya lah). Dia mengatakan tidak minat dengan kursus yang diambilnya kerna minatnya menjuruskan kepada bidang komputer.
Aku dan ibunya terpaksa berjumpa dengan dekan, kauselor dan sebagainya untuk menyelesaikan masalahnya itu. Akhirnya beliau berjanji untuk meneruskan pengajian tetapi kerana selalu ponteng kuliah. beliau tidak dapat mengambil peperiksaan (apa orang kata? kena bar) . Alang terpaksa repeat. Pihak universiti membenarkan alang tinggal di dalam asrama kampus dengan jaminan daripada kaunselornya itu.. Kancilnya terpaksa aku tambat di rumah sebagai pengajaran kepadanya.
Baru-baru ini semasa cuti semester dia berkata kepada ibunya. 'kalau alang dapat 3.8, dapat tak dia menunggang kancil yang sudah lama tertambat di pinggir rumah ................
Baru aku sedari bahawa dia confidence dengan pengajiannya. Hari ini alang membuktikan dengan GPA 3.9. Aku kena melepaskan kancil kepadanya. Namun, aku ingin meminjam sekejap untuk putera bongsu belajar menunggang kancil dalam masa beberapa minggu. Selepas itu kancil itu akan menjadi miliknya semula dengan syarat GPA tidak kurang 3.75 pada setiap semester. kurang daripada itu, kancil akan ditambat semula di pinggir rumah.
Namun kini aku berfikir dua kali, tidak sampai hati pulak hendak meminjam kancil itu daripada alang....................
21 ulasan:
salam AZ...
tahniah buat alang...
masyaAllah AZ ni tegas gak ya dlm mendidik anak , ok ler tu mereka dpt capai kejayaan yg bagus .Alhamdulillah .
salam AZ
waa tahniah tahniah tahniah.. hebat ti 3.9..
CP dulu paling tinggi pun 3._ _ jer, huhu... Grad pun CGPA 3._ _ jer.. cerah masa depan dia..
Salam AZ,
Tahniah.!!!.....buat anak dan ayah dan ibu yang tak pernah jemu dan patah semangat.Best tu 3.9 deen's list, semoga menjadi anak yang berjaya dan membanggakan ayah dan ibu. Akak tumpang gembira az..
Dapatlah kancil tu.
Salam Az...
Sayang anak...isteri tinggal.tinggalkan
Sayang anak tangan2 kan
Hehehhe untuk anak2 seboleh mungkin cuba kita usahakan
Segala kemudahan....hemmmmmm tapi kena ada syarat perjanjian..alhamdulillah kalau dia boleh ikut....tahniah atas perkongsian info mendidik anak2
Pssssssssst Projek membina MIAT tu anakandalah QSnya yang bertungkus lumus bersama semua team projek menyiapkan projek...hehehh project account dia anakanda yang pegang..hehehh 83 million...satu pengalaman yang menarik ...kini tinggal kenangan...
Salam Papa Z,
Inilah yang dikatakan The Awakening of Giant Inside..tahniah Alang dan tak lupa pada Papa Z dan Mama Roy yang mengejutkan 'Giant Dalaman ' itu.
Lps ni dah kejut suruh giant utk buat benda2 luar biasa
Orang motivasi selalu kata : Usaha luar biasa membuahkan hasil yg luarbiasa oleh orang biasa
Teruskan perjuangan
Salam UH,
terima kasih atas sokongan. Saya bukan tegas tetapi berpegang pada janji
Salam CP,
terima kasih juga atas sokongan
Salam Kak Sidah,
itulah tugas ibu bapa kan?
Salam sinomoas.
Betul tu. kalau anak mengikut kata ayahnya, ayah akan sayang kpada anak kalau buat ' ada aku kisah' ... heeh fikirlah sendiri.
yer ker. Tahniah. 83M?banyak tuh.
Salam Shami2,
hehheh, maaf yer, silap orang.Jangan amik hati yer shami2
Salah GHD,
awak ni ada-ada aje falsafah yang keluar. hehhehe.
ok lah smoga dia berjaya di dunia dan akhirat.
Terima kasih juga kepada kaunselor dia yang banak memberi bimbingan, peluang dan sebagainya hinga alang dapat kejayaan begitu.
Wah 3.9 hebat tu...moga terus dgn kejayaan...
Salam mamaju,
Insya Alah. semoga dia terus berjaya
Salam AZ,
Utk course Aircraft score 3.9. orait argh tue..scorer namanye tue hehe
Anak cemerlang, Hati AZ berbunga riang lalala
p/s: AZ, mcmana bleh tersilap antara sy dengan Kak Shami2..tau laa kami berdua QS hehe
AZ....TAHNIAH buat AZ sekeluarga, saya berilusi ni, mcmana gayanya kalau anak2 sy membesar dan saya pula melalui fasa spt yg dilalui AZ...perlu byk doa, sabar, dan nasihat ye AZ...thanks for sharing. Again TAHNIAH
Salam sinimosa,
hahhaha, nak taip shami2 tertaip nick kamu.Dah tua la az ni shima, di tambah pulak suka sangatmakan kepala ikan terutamanya ikan kembung goreng............
Salam Imran,
benarlah bagai di kata itu. Banyak cabarannya. bagi az anak yang ke-3 ni memnag banyak makan hati, hanya sabor aje.
Memnag doa sahaja, dan banyak -banyak berdoa, serta berserah kepada Allah.
salam AZ,
itu lah kerenah2 semasa membesarkan anak2...menyekolahkan mereka dan segala...banyaklah pahit manis yg kita ibubapa ni tempuhi..betulkan AZ? kita sentiasa maukan yg terbaik utk anak2 kita & tak putus2 berdoa utk anak2!
Salam kak hjh Nab,
betul tu.
salam AZ
tahniah buat alang
juga buat AZ dan mamanya..
kecemerlangan dan peluang hari ini mungkin mmberi kredit utk jejak kejayaan alang kelak. Dgn skil diberikan saya rasa spt kata2 pakar motivasi ..dgn anak2 ni mcm main wau...kiranya AZ tlh buktikan inilah produk yg pelu dcontohi. Insya ALLAH dgn sokongan dari family, anak2 akan thu menghargainya..amin
Salam ainhanny,
insya allah, smoga alang dapat mengekalkan prestasinya. Dia boleh buat,cuma kadang kala ada godaan yang dia sendiri tergoda, hehheh. Ini semua pasal direct selling............
Catat Ulasan