110110 - masih tidak habis-habis lagi cerita gathering PDKM, sana sini bloger membuat liputan perjalananan majlis ini. Sungguh meriah dalam suasana kekeluargaan. Bertuah sungguh Cik Lie ini, disukai dan disayangi oleh peminat-peminatnya.
Dari utara hingga ke selatan tanah air, ramai peminat PDKM sanggup meluangkan masa cuma untuk bertemu insan yang bernama Cik Lie di samping bertemu dengan follower PDKM yang telah menjangkau 721 orang pengikut. Tidak lama lagi pengikut PDKM akan mencecah ke 4 angka. Insya Allah.
Aku sendiri gagahi diri untuk tidak melepaskan peluang menikmati susasana yang begitu hepening. Terlanjur ke KL aku dapat bertemu dengan dua orang anakku yang menuntut ilnu, menziarahi ibu mertua yang terlantar sakit, mendapatkan semula hardisk komputer yang rosak (terima kasih abihanan@hubby ummi umairah yang berjaya mendapatkan semula maklumat yang telah berkubur / mati hidup semula) serta tidak lupa daun keladi kepada cikgu mas yang dapat memenuhi hajat isteriku. Pendek cerita 5 dalam 1, sungguh bermakna sekali. Berbaloi-baloi. Memang pun berbaloi kerana aku tinggal di Ayer Baloi.
Kek hadiah daripada pengikut yang menghargai usaha CL yang selama ini sentiasa membuat liputan di Tanah Suci Makkah. Hati mana yang tidak berbunga apabila memandang kaabah setiap hari apabila membuka laman blog PDKM. Kita merasai begitu hampir dengan kaabah, seolah-olah kaabah berada di depan mata. Menjadikan kita rindu kepada kaabah. Menjadikan kita ralit memanadang ciptaan/ilham Allah kepada Nabi Ibrahim yang akhirnya tanah gersang dan kontang menjadi tumpuan jutaan manusia. Tidak lama lagi Kota Makkah akan menjadi kota moden yang lengkap dengan monorel dan bangunan pencakar langit bertaraf dunia.
bang, nanti lihat apa mamarazi buat selepas ini
ada ubi ada batas, bi.
Dua insan yang menjadi gurauan dalam blog PDKM. Mereka begitu kental dan sporting. Tidak mengambil hati kerana ingin menjaga hati kawan-kawan yang sudah seperti saudara seperti isi dengan kuku. Segalanya di telan. Namun adakah kita tahu isi hati mereka.
Bak kata CL ada ubi ada batas, ayahzain sambung ada lori ada bas. Tunggulah nanti satu, masa dan ketikanya CL akan membalas. Bagi az tetap dengan 'ada aku kisah'. Betul tak afeezz?, 'peduli hape aku'. Pekakkan telinga, penat nanti berhentilah ia.
Ketenangan hati membuahkan pemikiran yang sempurna. Justeru itu hindari perkara yang boleh mendatangkan kekeliruan. Sungguh, masakan pokok bergoyang tanpa angin tetapi hati dan perasaan perlu juga di jaga agar tidak ada hati yang teriris dan terguris.
Kalau kita teliti , hampir semua ayat al-Quran yang membincangkan kekuasaan Allah di akhiri dengan pelawaan kepada hambanya supya menjadi manusia yang berfikir.
Salam Ceria
26 ulasan:
Salam AZ,
Akak ni....
Dalam maksud pepatah tu, nape ye, sampai terkeluar pepatah ni, ada ke hati yang tergoris agaknya, akak ingat takde la az, semuanya gurauan saja.
salam KS,
mana la tahu kan. Kita tak tahu apa isi hati orang. Kita ingat orang macam kita rupanya dia macam dia ler heheh.
bukan apa cuma konfius sikit, itu jer. saya hanya meluahkan saja. kalau silap,saya minta maaf
Salam AZ,
Pokok boleh bergoyang juga kalau ada tangan yang menggoyangkannya.
Apa yg boleh sy katakan jika Allah kata Kun Fayakun..maka jadilah ia
Sy cuma mendoakan yang terbaik bagi Cik Lie dan Hanis
Namun jika memang sudah tertulis jodoh mereka berdua siapa yang mampu menidakkannya betul tak AZ?
Wallahua'lam
Sesungguhnya Percaturan Allah itu lagi hebat dan tidak terduga.
Salam ziarah n3 baru dari az...
wah..ada madah pujangga yang hebat dari sebatang pokok kali ini ya..
Yang dimaksudkan tu individu atau kalangan individu. Lain cakap, takut salah maksud pulak. Maaf.
Insyallah...apa yg az maksudkan tu, jujur ada pada diri insan lain. Kena fikir positif dan bersangka baik ya...eemmm.
Kita boleh membohongi diri, tetapi tidak boleh berbohong dengan Allah s.w.t
Syukran
AZ...saya suka n3 ni, esp dua para yg terakhir. Mmg benar Islam mengajak kita menjadi makhluk yg sentiasa berfikir. Surah pertama kpd Rasul pun berkisar pd keutamaan ilmu - IQRAR.
Jomlah kita semua sama2 gali ILMU...yg ni AZ kena amik kesah nooo
Salam Sinimosa,
betul, kita tidak menafikan kehendak Allah. Namun ada sesuatu yang az rasa macam tak kena.
Sebenarnya az ada pengalaman tentang perkara menyebabkan hati sesorang itu terluka habis. Menjadi trauma Nantilah az akan ceritakan di n3 akan datang
Salam anakanda MI,
benar sunguhlah kata mu itu.
Salam Dato Imran,
Insya Allah, marilah kita sama-sama mendapatkannya seperti maksud hadis, carilah ilmu hingga ke negeri China.
salam ayah zain..
Pertama 1. terima kasih kerana sudi datang arituh..
Kedua 2. TGerimakasih gak ekrna entry nih..hehhehehheh
Ketiga 3. Ayat abang nih.."Ada aku kesah'..hehehehe
waslam
salam Az..
Ayahanda ..anakanda tak faham tulun jelaskan..
Mari kita ambik kisah untuk pekara2yang perlu diambik kisah...betuikan Cik Imran....
p/s: Ambik kisah akan hati budi orang tua....minta maaf AZ kalau tersalah silap...dipihak saya...tak sempat nak berbual panjang dengan Az sekeluarga...jauh datang tu...no hp & alamat saya adakan ..moga silaturahim kita berpanjangan...
salam AZ,
kak s tak sempat jumpa AZ ngn MZ. sampai lambat sikit.
nnt kalu ada rezeki kita jumpa sekeluarga.
Ayah Zain,
AZ tak perasan wan bergambar betul-betul belakang AZ. daku kerling-kerling jugak, namun AZ langsung tidak memandang ke arah daku. daku pun membawa diri, berlari ke sinki, kesat di dahi, berpeluh-peluh seh! Daku kembali ke sisi az, dia tlh kembali, sedih di hati... Aaaahhh! merapu giler ni.
tak de laa az, merapu je....hehehehe
sedih la pulak catatan az ni. rasa sekelip mata je kita berjumpa, tahu-tahu dah nak balik. tak puas rasanya.
Salam Manzlie,
heheh, 'ada aku kisah' tu saja-saja nak bagi sedapkan ayat2 tu.
apa-apa pun perjumpaan hari tu memang best. Kalau buat hari sabtu kan bagus, boleh lama sikit. but i'm enjouying this gathering,very der happening
Salam Syami2,
nak jelaskan apa tuh. x ada apa-apa la saja mengingati seperti saranan surah al asr
perkara yang baik memang kita ambik kisah punya. Baik punyerrr
Salam Kak S,
tu ler. lain kali kita jumpa ek.
Kak Sidah kata nak buat perjumpaan kat Pontian. Kak s ada berani turun?
Salam Wan,
alahai, mengapa la jadi begitu. AZ ingat wan tak turun, ingat wan dari kuantan rupanya KL yer.
Tak apa, lain kali kita boleh jumpa lagi.
Lawa kek tu? AZ amik bau sahaja. terasa kesedapannya.
awat lak sediy, jangan bersedey. kena ceria
salam az
ni jenis pokok yg mmg bergoyang walaupun pun takde hangin
"pokok pangkal " he he he
apa2 pun semua warga PDKM ceria dan happy ngeh ngeh ngeh
Salam Rezeki,
hhehehe, pokok pangkal yer. Pokok tu memang bergoyang walaupun tak ada angin. Tapi, "sia paleh" tu
salam AZ,
alKisah masa dulu-dulu berlakulah 'masakan pokok bergoyang tanpa angin yang bertiup' Nak tau apatu GOGOR pokok durian sbb lambat sgt gugur... ngeh ngeh
salam AZ,
saja nak bagi link Wali Band :-
Wali - Mari Shalawat (Album Ramadhan 2009) http://www.mediafire.com/?br2mynhzzc1
Track List:
01. - Mari Shalawat
02. - Tomat (Tobat Maksiat)
03. - Tuhan
04. - Ya Allah
05. - Aku Cinta Allah
salam Abihanan,
terima kasih sudi jengok AZ. Baru jer abis meeting sat tadi.
GOGOR? nak kena tengok kamus tu apa maknanya. takpernah tengok.
Terima kasih juga dengan link lagu faveret az tu. nanti balik nak check.
Ma Kasih yer. az dah dapat balik gambar nostalgia perkahwinan anak buah dulu.
salam AZ...
ala AZ , GOGOR tu x maknanya , katanya itu ayat sanskrit , tak der dlm kamus melayu . he he he , merapu ler namanya tu ( tulisan tak sama dgn sebutan )
itu ler ikatan ukhuwah PDKM .. sama2 tolong menolong , semoga Allah memberkati kita semua..
salam buat akak .
Salam Umi,
yer ker.
ma kasih lagi sekali yer.
ni tengah tunggu seseorang nak sampai umah az ni. Mudah2an dia sampai ngan selamat.
oh ye...siape yg di tunggu tu ya..??
salam MI,
Orang Mekah yang di tunggu.
Catat Ulasan