air kelapa rasanya manis
manis lagi senyuman cikgu mas
hendak ku terkam rasa tak manis
buat bodoh aje la menahan hati yang panas.
Minyak angin cikgu sonata mujarab sekali
sayangkan anak tangan tangankan
rindu redam hatiku awak tak peduli
mengapa gelang batal wuduk bertukar tangan
ha, tak percaya? kan dah jadi pantun tu. Yang penting hujung ayat tu mesti sama. Kalau hujung baris pertama berakhir dengan huruf i, hujung baris ke tiga juga mesti dengan huruf i. Hujung baris kedua dan ke empat juga mesti sama, maka pantun lah jadinya. Cuba tengok yang ini.
Burung pipt terbang berkawan
Anak kuda teronra-ronta
Duluku lihat kamu dengan si dia yang rupawan
hari ini pulak dengan yang si jelita
Buat pantun ni tak semesti ikut peraturan di atas tadi, hujung baris ayatnya boleh juga sama dalam semua baris. Tak percaya, kita tengok di bwah ini.
Kembang kempis rasa di hati
aku bosan sejak dari pagi
Cukup di sini ayahzain nak berhenti
Besok kita sambung-sambung lah lagi
Lihat-lihat ayat-ayat surah a-Israk di mana setiap manusia menanggung dosanya sendiri sebagai santapan di pagi hari Jumaat
[13]Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).
[14](Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)"
[15]Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
[16]Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya
[17]Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.
[17]Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.
37 ulasan:
banyak sungguh pokok semalu
pokok semalu berdaun lebat
AZ - usah sedih lagi pilu
rakan maya kan ramai - mari kita berdebat-debat.....
ikan sepat dalam perigi
esok-esok jumpa lagi...
buah duku dalam guni
tak pandai aku nak pantun-pantun ni
salam ayahanda zain
Salam Sonata,
benar sekali kata cik sonata
rakan PDKM suka air kelapa
ada yang kata depa ni dok bercinta
tapi sampai ke hari ni tak ada aoa-apa
Salam anakanda afeez,
menolak motor sampi kena cagu,
kamu menolak kakitak apa-apa ka
cik siti nur bila ayah zain nak pandu
bila balik kl afeez buat-buat leka
salam az
bab pantun2 ni, saya out he he
takde bakat
AZ, KN nak mencelah jer...
buah betik buah ciku,
pantun2 ni, mencuit hatiku!
Salam Ayahanda,
Umangaii berkait2 plak pesta pantun nie ekeke
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu2an
Intai di Muadz antara nampak
Esok jangan rindu2an
Anak itik si anak angsa
Bermain2 di tepi kolam
Andai ku ingat andai ku rasa
Ramah mesra hati diselam.
Az, amcm pantun sy ekeke?
Salam AZ...
2, 3 kucing berlari
Mana sama kucing teman
2, 3 bole ku cari
Mana sama ayah zain kan..
Buah duku atas para
Buang langsat dalam besen
Ramai sungguh kawan kita
Bersua kita dari PDKM
Hari ni hari jumaat
Penghulu hari pembawa rahmat
Mari kita satu hati bermunajat
Agar hidup berjaya dunia & akhirat
Hari ni hari jumaat
Berita kata ada gerhana matahari
Jam 3.00 ptg tidaklah tepat
Pakat kita solat sunat mohon pada Ilahi...
Moga rahmat menyebelahi kita insan yang kerdil ini...
Salam AZ,
Akak tak pandai lah nak pantun2, buntu , dah lama tinggalkan alam sekolah. Tapi cuba ye..
Mak dara kopek kelapa,
lepas dikopek pegi menjaja
Sebenarnya depa tak de apa-apa,
Cuma gurauan warga PDKM je.
Ok tak..
Salam kak sidah
cikgu mas masak kari ikan kurau
datin nija makan buah bidar
banyak gurau perkara gurau
gurauan ini menyebabkan ada yang lara
salam kak nab
terima kasih pujian di beri
untuk kak nab yang bijak bestari
kalau hati ceria selalu
semunya indah tiada yang sayu
Salam rezeki,
Musafir islam begitu bersantun
Che Yem gembira berjumpa Komata
mengapa tuan tak tahu berpantun
bukankah itu budaya kita
Salam AZ,
ikan kurau masak kari,
untuk hidangan masa kenduri,
AZ lara apanya ni,
boleh akak tau berita terkini.
Salam Sinomosa
Ayahanda bermadah baik sekali
Menasihati anak-anak termasuk Cik Li
pantun tuan indah sekali
az membaca penuh berahi
Abi hanan duduk di kota damansara
Umi umarah masak mee maggi
benarlah kata wahai si dara
lain kali kita buat gahtering lagi
Salam shami
Sinomosa begitu bergaya
menyambut tetamu begitu ceria
Mencari dunia dapat dunia
mencari akhirat kita dapat semuanya
Pinatbate guru sekolah
En Rosli dulunya ahli sukan
gerhana itu peringatan Allah
mari kita fikir fikirkan
Salam AZ,
Gurau gurau membawa bahagia,
Kalau benar,apa salahnya.
Ikan bilis, ikan kering,
Jumpa lagi di lain gathering.
(AZ kata hantam saja la kann)
Salam kak sidah,
Kak sidah oii, ni masa az bekerja
kalau lambat jawab maaflah saja
bukan hati az yang lara
tapi seseorang menanggung rasa
salam
kak zainon
Anak kak non hari-gari ke sekolah
Naik kereta sekolahnya jauh
kalau lah jadi, alhamdulillah
takut macam menunggu buah tak jatuh
Indah sungguh pantun Ayahanda
Lebih indah disulam rasa,
Ukhwah fillah menjadi agenda,
Semoga bertemu di lain masa.
Pantun AZ pantun gurauan,
Nama blogger diselit2kan,
Bergurau-senda cipta kemesraan
Andai diusik, terasa jangan.
AZ: jgn sampai berahi nooo..takut sy pantun balas AZ tuh hehe
Mari-mari pergi Pontian
Penat menanti AZ pun makan
Bergambar bersama jadi kebiasaan
Kenapa tak benar gambar az dipamerkan
Jawab AZ jgn tak jawab...
salam
az buat titi
az makin notii..
az makan laksa
siapa yg terasa.?
AZ sakit bahu
az macam banyak tahu...
AZ main mata
cuba AZ cerita..
suara az jadi garau
tu semua gurau...
Salam,
Jawab az pantun CM tu jangan tak jawab, semua nak tau. Dah dah solat dulu nanti sambung balik.......
Saalam semua,
hahahahahhahah
noti-not
Subang cikgu mas terpelanting
hanis melihatnya terkulat-kulat
az baru abis meeting
az jawab lepas solat
Salam AZ,
AZ jawap lepas solat
sebelum solat dah ada jawapan
PDKM menemukan ramai peminat
Hanis yang manis mangsa gurauan
(AZ kata hantam sajalah... )
Salam cikgu mas
az buat titi
cikgu mas pakai gelang mas
az makin notii..
belajar drpd cikgu mas
az makan laksa
cikgu mas makan langsung tak toleh
siapa yg terasa.?
siapa-siapa pun boleh
AZ sakit bahu
cikgu mas sakit dagu
az macam banyak tahu...
sebab ada orag bagi tahu
AZ main mata
cikgu mas tak terkata
cuba AZ cerita..
tak apa nak cerita
suara az jadi garau
suara cikgu mas tetap begitu
tu semua gurau...
baguslah kalau begitu
bab-bab nikah kawin sukar sikit di bawa bergurau
tunggu
nanti az buat n3 baru utk cerita
sabauuuuuuuuuuuuuuuuuuu lerrrrrr
Salam sinomona
berahi tu maksudnya suka bukannya ghairah
salam mamaju
tak ada jawapan la mamaju. saja tak suka. itu aje. harap mama ju memahaminya. terima kasih
tak sempat nak karang pantun. nak g masjid
Salam...saya dah buat kajian di sini, nampaknya semua rakan2 memang excellent dalam bab berpantun2 ni...Cadangan saya next garhering kita buat acara pertandingan berpantun....
setuju? mari kita undi ---angkat tangan....kira CL
Salam...Saya mnta maaf kalau ter....gambar AZ..tapi saya dah delete..nasib le kalau ada sesiapa yg tertengok....soriiii.
Salam kak sidah,
Kak sidah berseri masa kenduri
Dapat menantu tidk terperi
tak ada berita terkini
sumbernya bergantungkepada mamarazi
Salam zie
sebelum solat dah ada jawapan
rupanya masa solat belum kesampaian
PDKM menemukan ramai peminat yang sopan
Marilah kita rapatkan tali persaudaraan
Salam Sonata
cikgu sonata cantik berseri
datang dengan keychain bererti
pertandingan pantun molek sekali
marilah kita mahirnya segala segi
Salam mamaju
mamaju seorang ibu yang baik hati
begitu sikapseorang penyanyangnya mama
tidak mengapa, az tak ambil hati
cuma jangan mention nama
Salam AZ...
Buah keranji atas peti
Kami semua tunggu new entry
AZ aper tunggu lagi
Carilah topik panas lagi..
Salam shami2
Pagi-pagi pergi menjala
dapat pula si ikan sepat
begitu lah sikap kita pula
tak sabau tak menyempat
subur betul si pisang kapas
kerana di siram dengan air baja
cik syami, tak ada cerita panas
cuma untuk penjelasan sahaja
salam AZ...
nak karang pantun , kepala masih berdenyut ...
dah 2 hari umi tak bersapa , mlm tu , risau gak tak leh lena , esoknya antar Awni ktadika, kepala dah pusing, dua2 jatuh longkang , he he he , nasib baik longkang cetek . aduh berdebuk macam nangka busuk jatuh ke bumi ... he he he
salam umi,
kasihannya. padanlah tak meninmggalkan jejak. Ingat ada apa2 berlaku, betul rupanya umi di duga ujian Allah. Semoga umi sihat.
az dah ada n3 baru. sila sila ler
Catat Ulasan