Sakitnya hati tidak terkira
kerana streamyx punya angkara,
Hati berbunga layu seketika
kerana tidak dapat bersua muka
itulah yang berlaku pada petang 16 Januri 2010 apabila talian streamyx bermasalah. Bukannya sehari tetapi 3 hari. Ingatkan pc ku buat hal lagi tetapi talian streamyx mendapat gangguan.
Kesempatan itu aku berjalan-jalan dengan isteri ke Batu Pahat. Kebetulan suami kepada salah seorang staf di tempat lama aku bertugas meninggal dunia pada hari Sabtu (17 Januari) yang lalu. Terlanjur menghantar putera bongsu ke tempat tusyennya di Batu Pahat, kami menjengok dan menziarahi beliau. Ketika kami sampai, jam sudah pukul 3.00 petang. Bekas staf aku itu yang ditemani oleh bekas kakak iparnya yang datang daripada Johor Bahru sedang membuat persediaan untuk majlis tahlil pada malam tersebut.
Kami bertanya apa kah punca kematian suaminya yang baru berumur di awal 40-an itu. Beliau mengatakan allahyarham tidak sakit apa-apa. Sihat bugar. Malah pada malam sebelumnya masih bertugas. Kawan-kawan sepasukannya yang bertugas malam bersamanya amat terkejut dengan berita kematiaan itu.
Allahyarham balik ke rumah selepas bertugas pada pukul 6.00 pagi. Tidak lama selepas itu beliau mengatakan sakit dada. Kemudian merebak ke perut. Beliau sempat makan ubat gastrik, mungkin angin. Semasa menyediakan sarapan pagi, hati sang isteri terasa tidak sedap hati dan melihat seketika di bilik di mana suaminya berehat. Beliau mendapati suaminya berada dalam kadaan mencurigakan. Dan semasa membuat pemeriksaan tiba-tiba tangannya suaminya terkejung, ketika itulah beliau menyadari suaminya sudah tiada lagi.Sang isteri hanya mampu termanggu dan memanggil jiran-jiran.Pegawai kesihatan dihubungi.... Sah, Confirm suaminya sudah meninggal dunia................. Dia pasrah dan sabar. Ajal pasti datang. Setiap yang hidup pasti mati. Dia hanya bersabar dan ingat kepada Allah. Allah tiu maha mengetahui. Tuhan menyayangi suaminya. Biarlah suaminya pergi dengan aman. Hidup mesti diteruskan untuk membesarkan anak-anaknya yang 5 orang itu. Ada yang masih bersekolah dan yang paling bongsu baru berumur 2 tahun.
Firman Allah Taala "...
Kemudian apabila sampai ajal mereka,
tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun
dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan." (AnNahl:61)
Itulah, kematian tidak menunggu atau dicepatkan walaupun sesat. kematian boleh datang tiba-tiba. Adakah amalan kita sudah cukup? Ya Allah janganlah Engkau ambil nyawaku kerana bekalanku belum cukup lagi untuk bertemu dengan Engkau ya Allah. Aku terkasima. memang aku takut bukan kerana aku takut mati tetapi bekalanku belum cukup lagi. sesungguhnya akutidak layak masuk ke surgaMu ya Allah, tetapi aku tidak akan tahan menanggung seksaanMu di Neraka.
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut Dosa yang terus mem
bayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
25 ulasan:
salam ayahanda : sedih baca entry AZ yg ni. sungguh menginsafkan...
Salam anakanada ku sayang afeez,
yer ke, mungkin ayahanda tulis dengan penuh perasaan, az tak reti buat ayat macam rezeki atau CM, tapi masa balu allahyarhm cerita memnag az menangis dalam hati sebab umur suaminya jauh lebih muda drpd az tetapi sudah pergi.
Andainya nyawa ku di jemput sedangkan bekalan masih belum cukup..............
Salam AZ,
ohh patutla az tak bersiaran, streamyx problem.
baca N3 az ni buatkan kita insaf, semua akan pergi apabila sampai masanya, tidak lewat walau sesaat pun, kita tobat hari2, insyaallah , Allah itu menerima taubat hambanya , setiap insan melakukan dosa, Allah itu maha pengampun , sentiasa mohon pada nya
salam kak sidah
betul lah, line streamyx selatan problem.
marilah kita taubat hari-hari minta ampun dengan allah
takziah kepada keluarga tersebut.
mula2 memang la line buat hal....puas godak...he3x
pas tu perasan macam line tepon senyap aje...sahlah rosak tepon ni...pas tu nampak macam wayar putus...nampak ok aje ...kata ke si anak kucing buat ( mungkin jugak )...at last ok dah ni...senasib la kita
salam sak
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.
kita senasib, huhuhu
salam AZ...
sesungguhnya kematian itu pasti , arwah pergi dgn aman , alhamdulillah . bagaimana rezeki kita pula untuk menemui ajal nanti . masyaAllah macamana bekalan kita untuk menuju kesana .
semoga arwah ditempatkan bersama2 org2 yg soleh .
Salam,
Kat Mersing pun putus..mungkin ada problem kat main kabel dasar laut, so terpaksa re-route ke tempat lain yg mybbakan congested di Selatan
Tapi alhamdulillah, talian hayat masih ada, nafas masih turun naik
Sesungguhnya hidup ini ada nilainya bila ada kematian. Ibarat siang yg merindui malam dan malam menantikan siang.
Pengalaman memangku arwah ayahanda di dalam liang lahad bersama 2 lagi beradik mmg x leh lupa.Kami bertiga memangku dan sama-sama memasukkan arwah ke ruangan tepi dan melurutkan tali kapan.
Di situlah ada satu perasaan yg mybabbkan diri ini x leh melelapkan mata waktu malam selama 6 bulan..bimbang, takut n harap bercampur2. Kelmarin ulang tahun ke 7 pemergian ayahanda, seorang tokoh guru yg sgt komited ngan sekolah n projek2 koperasi.Pergi ketika mencipta nama..
Al-Fatihah
Salam AZ, masanya dah sampai, saat kita pulak tak tau bila
Salam Umi,
Betul tu umi, kita mesti mengambilnya sebagai panduan kepada kehidupan kita. semoga kita sama-sama mencari keredaan Allah
Salam my son raymond
yer ker putus, ialah kita kan sama-sama kat selatan heheh.
udah 7 tahun ayahnya meninggal yer. Semoga rohnnya dicucuri Rahmat Allah. sebagai anak yanag soleh, raymond kena baca alfatihah setiap kali lepas solat atau bila-bila masa.
Salam kamato,
sungguhlah bagai di kata. Sama-samalah mensucikan diri menuju keredaan Allah.
Salam aaz,
alhamdullah...tulisan yang menarik.
Salam MI,
alhamdulillah. Semoga anakanda berada dalam rahmatan Allah
Salam Papa Z
InsyAllah
Rasa cam arwah ayahanda masih ada jer lg
Betul la orang kata kalau seseorang yg rapat ngan kita masih ada x terasa sgt kehadirannya tp bila dah x da terasa sgt kehilangannya
Salam Az..
Takziah dan alfatihah untuk keluarga tersebut dan arwah..
Sesungguh janji Allah itu benar..saat kita kembali kepadaNya tiada akan tertangguh sesaat pun...
Az.. saya kongsi kisah yang berlaku dekat kawasan perumahan:
Kes seumpama...berlaku di tempat saya ..kematian suaminya hanya di ketahui setelah isteri pulang kerja jam 6.00 petang suami ambik mc tak sihat doktor bagi ubat gastrik semua..dia call isteri jam 12 thgari bagitau ada kat rumah rehat...maid ada. Bila isteri balik kerja tengok2 suami dah keras tak bernyawa...atas sofa maid pun tak tau..
jiran sebelah menyebelah tak berani nak buat apa2..suami saya dan kawannya tolong pergi angkat jenazah lembutkan dan hantar ke hospital..sbb kematian seorang diri...kena buat pengesahan
...begitulah kita dan kehidupan ini....sampai masa kembali kita juga kepadaNya.
Insaflah kita...dengan penghujung hari dan nyawa kita ....
Salam Raymond,
Saya rasa semua orang merasai begitu. Kita berdoa dan menghadiahkan a-_Fatihah sahaja
Salam AZ,
Innalillahiwainnailaihirajirun.
Suami kawan wan pun baru meninggal dunia semalam selepas main bola sepak. Dia kata kt kawan-kawan dia nak berehat sekejap, lalu berbaring di padang. Lepas main kwn-kwn gi jenguk dia dan gerakkan dia. Senyap. Mereka ingat dia pengsan, so bawak gi hospital dan disahkan telah tiada. Semua terkejut termasuk wan sebab pagi semalam baru jumpa sihat je, petang dah tiada. meninggalkan 6 org anak yg kecil-kecil dan isteri tidak bekerja. Kami masih terkejut. Isteri dia pengsan tiga kali di hospital. Sukar nak menerima.
Salam Shami2.
Kita hadiahkan al-Fatihahm kepada roh allahyarham itu.
Kita berdoa semoga kematian kita dipermudahkan oleh Allah. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali, kita adalah hambaNya.
Salam Wan,
ya Alllah, Engkau ampunilah dosa-dosaku.
Wan, mudahnya orang meninggal dunia, tiada sakit, tiada kemalangan tiba-tiba meninggal. Semoganya rohnya di rahmati Allah.
Teringat tahun lepas kawan sejawat juga meninggal dunia. Dia meninggal di surau sementara hendak menunggu solat Isya. Masa berbual-bual, rebah dan meninggal dunia. masa az menziarihnya, ada peluh di wajah jenazah. SubhanaAllah.
salam Shami2,
marilah kita menghadiahkan al-Fatihah. Semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang salleh
Salam AZ,
Al-Fatihah... salam takziah buat keluarga arwah sekeluarga... semoga Arwah ditempatkan di kalangan para solihin...
Salam AZ,
kita pun tak tahu kalau-kalau tadi subuh kita yang terakhir kan..
manalah tahu juga, nama kita dah masuk senarai Izrail untuk tahun ini...insaf sungguh...terima kasih AZ...
Salam Atiqah:
Ilmuan mengatakan mengingati mati itu bagus. Beramalah kamu seolah-olah akan mati besok dan berusahalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi
Salam datin,
Alahai Datin, rindunya kat datin. awat lama tak mai umah az ni, terasa macam az ada melukakan hati datin jer.
Itulah datin, bila bangun tido kita baca doa bangun tidor kan.
Catat Ulasan