Sabtu, 9 Januari 2010

090110 :  Aku merasakan tahun baru amat cepat berlalu. Tidak sedar minggu pertama sudah tinggal sejarah. Terlalu sibok dengan tugas sehinggakan tidak sempat untuk melawat-lawat rumah kawan-kawan, masa yang ada cuma sempat mengemaskan rumah sendiri. Terima kasih kepada pengunjung setia yang datang melawat ke rumahku. Kak Sidah, Umi Umairah, adalah pengunjung setia yang akan menziarai rumahku setiap hari. Juga kepada Sinomona, Shami2, Rezeki, Imran dan seklai sekala datin, CM,CL datang menjengah. Saya tahu kalian juga sibok seperti aku juga. Afeez juga sering datang dengan lawak selamba yang membuat aku terus ceria melayannya, tidak lupa juga kepada CP yang menepis pertanyaan aku mengenai silebriti PDKM. Katanya tanyalah kepada empunya diri. Heheheh, jalan selamat tu CP.Guru Hujung Dunia, Raymond juga tetamu baruku yang mengingatkan aku nostalgia semasa melayannya kira-kira lebih 20 tahun yang lalu. Kadang kala mamaju juga singgah bertanya kabar, zie, noor dan yang lain-lain,kamu tetap aku ingati. Semoga kalian tidak jemu menziarahi aku yang tinggal di hujung paling selatan benua asia ini.

Ada satu cerita yang aku ingin berkongsi dengan kalian berkaitan dengan pekerjaaku di pejabat. Di mejaku banyak kertas-kertas A4 yang hanya diguna sebelah muka sahaja. Jadi sayang pulak nak buang . Tidak sampai hati untuk membuangnya. Bukan apa, masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan pada  helaian kertas A4 itu. Justeru ada bekas catatan yang telah kehabisan kertas catatannya maka aku menugaskannya untuk memotong kertas A4 ke bentuk empat segi kecil yang muat dimasukkan dalam bekas tersebut. Aku menyertakan sekali ukuran kertas yang perlu dipotong. "Cik Leha, potong kertas A4 ini ikut saiz yang saya sertakan ini". "baik tuan" kata si Leha.


antara lebihan kertas A4 yang hanya diguna sebelah halaman sahaja

Mungkin kerana Cik Leha  banyak kerja lain, dia mengarahkan pula En. Bachok menyudahkan kerja tersebut. En Bachok adalah seorang pemandu. Petang itu Cik Leha menyerahkan hasil kerjanya kepada aku.

La haula wala quwata illa .... tak senonoh langsung. Paling aku geram, kertas dipotong menggunakan pembaris,apalagi berbulu penjuru kertas itu.  Aku sabar sahaja dan tersenyum. Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu.  "Awat jadi lagu ni? Kan saya dah berikan ukuran yang sepatutnya boleh masuk dalam bekas kertas catatan ini" . Cik Leha  menjawab, "saya dah minta En. Bachok  buat macam yang tuan suruh, tak tahu pulak dia buat macam itu. Tadi saya nampak En. Bachok tak ada buat apa-apa, jadi saya suruh dia sudahkannya". Nasib baik aku bukan boss macam boss si Afeez tu ............(ma kasih afeez, sebab menyedarkan saya, justeru tak mahu marahkan mereka tuh, senyum sahaja).

Aku berkata, "pergi cari kertas tisu, cari gam sekali" . "Tuan hendak buat apa", katanya. "Engkau cari sahaja", balas aku. Sekejap, dia membawa kertas tisu dan gam. Aku mengambil gam dan melumurkan hujung kertas tersebut   (jangan gamkan semua penjuru yer, satu penjuru sahaja) dan seterusnya menekapkan kertas tisu supaya itu melekat antara satu sama lain. Untuk menjadikannya ia lebih kukuh aku menghempapkan buku-buku tebal yang ada dalam pejabatku itu. Si Leha hanya memerhatikan sahaja. Aku berkata kepadanya. "Esok datang tengok apa akan berlaku".


Inilah dia hasilnya cik Leha.
Potongan kertas tadi telah dilekatkan oleh kertas tisu
Cik Leha kata " eh eh, jadi kertas2 tu tak berterabur la ye"
ha ah, tahu tak apa.


Kertas catatan (recycle sebenarnya) telah siap dan boleh digunakan



bila telah digunakan bolehlah di ceraikan.
Jadi boleh jimat belanja. Tak perlu beli di kedai.
jimat bukan?

Moral cerita : kertas A4 yang masih mempunyai sebelah muka yang tidak digunakan, jangan terus di buang, kita boleh buat kertas catatan.

Saja nak habaq
Jangan lupa hadir ke Masjid Muaz di Setiawangsa untuk majlis gathering PDKM pukul 2.00 petang 10 Jan 2009.
Katanya ada kezutan.


17 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ ..
ni satu idea yg bagus untuk ummi . kan ummi minat kerja recycle nih .

kezutan apa le tu agaknya yer AZ..
kata hubby , kot2 MC tu AZNIL @ org astro oasis kot..
kita tunggu esok .

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

tak tahu la umi apa kezutannya. mamarazi yang habaq kat cheq lagu tuh.

tak tahu lah juga, tp CL dan anauns yang CM jadi emce

aznaz berkata...

salam Az..

alhamdulilah..satu lagi informasi yang amat berguna untuk kita lakukan nanti...mekasih..
Az jang lupa dtg nanti tau ke Masjid Muadz..ramai yang nak jumpa dia tuh...

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Lie,

nak jumpa siapa? ermm ada-ada saja suspennya gathering besok ni

afeezz berkata...

salam ayahanda : sy selalunya kertas macam tu sy recycle gak, wat kertas kotor. klu dua2 page dah takde tmpt nak menulis, sy campak dalam kotak kat belakang saya, untuk dijual... masyukkk...

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Alamak AZ siapa sinomona tue ekeke..AZ bleh guna nick apa2 pun utk sy yg AZ selesa sinomosa or syima hehe..(ada makna nick sinomosa tue)

Kat opis sy pun, sy buat mcm si afeezz tue..cuma yg p&c kena terus dilupuskan..rahsia kerajaan hehe

Ada kezutan?? Wah2x apa laa gaknya tue eks, adakah celebriti PDKM akan umumkan sesuatu? atau..jeng jeng jeng

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

buat kertas kotor pun ok. Ni saja nak buat tatatan ringkas atau arahan2 ringkas. tak payah beliler, tambah2 bajet ciput ni.

Ayah Zain berkata...

Salam Syima,

yer betul tu. kena tengok n hati,manalah tahu ada yang sulit. Bahaya.

eleh si syima ni buat-buat tanya pulok. katanya si syimani akan jadi ehem ehem ehem. Tunggu jer kezutan ...............

Che' Pit berkata...

hmm bagus2..
ni lah hasil setelah AZ hadir ke kelas Berfikir di Luar Kotak kat maktab CP...

p/s utk tahun ni, subjek tu CP yg ajar, ngeh ngeh ngeh..

Asnija berkata...

Salam AZ,
Mula saya nak gelak pasal sinomona tu....ari tu apezz paggil dia samosa, la ni AZ panggil dia sinomona plak...alaa...geli hati betul...panggil syima je lah senang, saya pun tak berani panggil sinomosa, takut terbalik lidah saya dibuatnya jadik afamosa plak...

keduanya, memang N3 AZ selalu mukaddimah lain, penutup lain, plot nya banyak, tapi seronok sebab bila baca pangkal, tak jangka apa hujungnya...suspen gitu...

kreatif betul la AZ ni...CP cikgu nyer ye...baguih..baguih....

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

Banyak lah CP punya cengkadak. heheh ok lah tuh. Tak mengapa CP ada ubi ada batas kan.

Mahap yer, tak dapat CP nak pau az, nantilah lain kali,tp kalau besok ada ruang boleh lah CP mengepau. hehehhe

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

hhheh, dah dia kenalkan diri dengan sinomisa, ikut je le. Ni dah tahu nama dia syima si pengapit, jadi mudah lah kerja saya nih.

pasal kertas A4 tu, dah lama tahu bila staf az kat batu pahat buatkan untuk az.

Jadi bila dah kertas2 a4 tu di potong tidak ikut arahan, teringat pulak, jadi az tunjuk teror la kat dia orang tu.

datin nak tahu? dia orang terpegun tengok hasilnya. depa kata,selama ni dia orang buang buat jual macam si afeez tuh. lepas ni depa pakat2 buat kot.

yang kembang lagi tu kan, boss az pun terpesona melihatnya.

Ayah Zain berkata...

Salam Syima,

kakakakah,saya terperasan tadi. rupanya saya tersalah taip la. Hendah taip s tertaip n maka sinomosa jadi sinomona.

minta mahap minta ampunya yer syima

sinomosa berkata...

Salam AZ,

hehe takde pape laa AZ, haha..cuma masa bc tue terasa macam Mas Mona plak wakaka..

Mak aii, kak nija sakan gelak nampak hehe..sinomona, samosa, afamosa wakakaka..

Ayah Zain berkata...

Salam Syima,

datin memang begitu. Dia boleh mensesasikan apa sahaja dengan tulisan dia tuh. hehhehe

My Life berkata...

salam..

dear ayahzain

hehehhhehehe bagus2 ayah zain nih...

Ayah Zain berkata...

Salam mylife,

alhamdululillah. makacih ha mylife. hidup kena ceria.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...