Rabu, 13 Januari 2010

HATIKU BERBUNGA LAGI

130110 : Ermm,  Tiba-tiba telefonku berbunyi. "salam az, sibok ke?"

 aduh siapa gerangan? Macam pernah dengar suara yang satu ini. " Alaikum salam, ada juga le buat menyebok-nyebok. Dah malam ni kan, sebok nak melayan mrszain ni" balas ku selamba.

"Kalau sebok saya nak balik ke KL" ,
. "Adussssssssssssss!, SubahanAllah, CL ke? Dah sampai kat Johor ke, kata hujung minggu ni nak buat de tour ke Johor. Si Musafir Islam dah ready   join sama ngan CL nak ke rumah AZ. Sian kat MI ni, mesti dia hampa bila dia dapat tahu".

"ha, tahu tak pe, CL baru lepas  tangkap ayan hutan dengan Pak Itam kat Hutan Belantara warisan almarhum mangkat dijulang ni. Udah terlanjur sampai Johor nak singgah la umah az, just say hello bye-bye ngan az", jelas CL

"Mak Datok, banyaklah cengkadak CL ni, awat tak bagi tahu awai-awai. AZ baru nak padamkan lampu ..................... tak apalah, kalau nak mai no hal, tapi tak adalah jemput-jemput jering yang dipesan dulu. Paitee pun x sempat nak buat, tepung beras dah habis. Kedai dah tutup.", lanjut az.

"Tak apa, tengah kenyang ni, baru makan ayam hutan masak lomak cili padi ngan pak hitam tadi. Jangan menyusahkan mrszain tu. Ayah zain tahu makan aje kan", balas CL.

"la hawla wala quwata illa billa, tak apa. Mari mari mari singgah. Kota Tinggi dengan Pontian tak jauh hanya seperlaungan sahaja. Nanti sampai Kulai, masok tol Plus, lepas tu sampai tol exit Sedenak. Dari tol Sedenak cuma 15 minit sahaja sampai umah az."




mrszain sempat buat sandwich  aje la CL
awat  yang sorang tu tutup muka? Tak mahu interframe
heheh tak mahu campor kontroversi la, nanti mamarazi dapat ...................


Sempat chat ngan Musafir Islam tuh,
Kak Sidah, CL kat umah az ni, makan sandwich dengan ayaq milo, sedap la


album PDKM, cantiknya

CL hanya sempat meluangkan masa lebih kurangsatu jam sahaja kat umah AZ, tak apa. Terlalu cepat masa berlalu bersama orang istimewa ini. Namun Kesudian CL bertandang ke rumah AZ udah cukup membungakan hati az. Terasa bagaikan mimpi, tidak sangka langsung. Ingat CL hanya saja-saja cakap saja semasa Majlis Ramah Mesra PDKM di Setiawangsa dulu. Namun alam maya menjadi alam realiti.Semoga Allah memberkati pertemuan ini. Semoga tali silatulrahim ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Salam Ceria, salam 1 Malaysia

43 ulasan:

afeezz berkata...

salam ayahanda : sy kat pontian ni, nak dtg umah AZ malam nnt bile AZ dah tutup lampu... nak sandwich ngan ayor milo gak

مسافر اسلام berkata...

Salam AZ..la..tak ada rezeki kan. Baru nak join sama, dah dia buat rood tour senyap2.

Nasib la anakda bukak internet, ini semua asbab ustaz kat surau yg selalu ana belajar agama, megaji, tajwid dan bahasa arab tak dapat hadir. Dapat ana bukak internet, dan follow perkembangan semasa dengan teperinci.

Sedih hati ini ada juga, tapi nak buat macamana kan.

Syukran AZ, melaporkan keadaan detik dan waktu yang tepat.

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam Ayah Zain,

Uwaaa.... Jeles tahap Gunung Everest ni! Macamana CL buleh sesat kat situ. Tak aci byk ni!

Baru-baru ni, wan tak dpt borak ngan CL. Malulah!

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Ayah Zain,

Singgahlah blog peribadi wan, ada cerita pasal Ayah zain jugak.

CM berkata...

salam...

ambooiiii AZ,nanti cm dgn noor pi jln pontian nk singgah jugak..leh tak????

berbunga hati yer,sanswich pun sedap...

AZ,mekacihhh yer,pasal semalam...

S berkata...

salam AZ n MZ,

dah selamat sampai rupanya CL kat umah AZ.

nasib baik AZ belum start mmpi lagi.
tetamu datang mmbawa rahmat. Alhamdulillah.

bila lah CL nak sampai jitra ni....

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Ya Allah.... az, CL datang mah az terkejut macam tu, kalau akak dah tak keruan tu, macam yang akak call az ari tu, terlompat2 dibuatnya, memanglah CL ni suka buat kejutan, tak dapat lah nak ikut sama , hampa lagi...tapi seronok kan az, CL ni manis je muka dia kan , sempat juga Mzain buatkan sandwich ye.

Kak Sidah berkata...

Salam az,

Akak yang tersa seronok sangat ni, CL tu suka ambik hati kan az, merendah diri sangat, sanggup jalan2 jauh tu, tak dapat ikut la az...........nak nangis ni huhuhh...

Hahh macam mana rasa hati az,,,sama tak terkejutnya macam akak...dia tak nak susahkan tuan rumah sediakan macam2 tak ci kan az...kita nak layan dia degan layanan paling best kan. .. tapi tu la dia CL...

mama ju berkata...

Salam

Kira AZ orang paling bertuahlah malam2 orang Mekah datang...Hari ni CL ke mana AZ?

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Apa yg boleh sy katakan
Nak menjadi populor tak semestinya dengan menjadi artis
Nak menjadi glamour tak semestinya dengan menjadi selebriti
Nak menjadi hebat tak semestinya dengan kemewahan dunia

Nikmat Allah itu dalam bentuk pelbagai..
Pandanglah dengan mata hati
Kecantikan abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

Terimakasih kerana sudi nak datang umah az bila lampu dah tutup. Silap la Afez, sebab umah az lampu luarnya tak pernah tutup. hehehhe

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

Tak apa,jangan lah sedih. Doala, manalah tahu tiba2 CL sampai kat tempat anakanda.Minta doa pada Allah, INsya Allah.

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

jangan le jeles wan, az pun terkujat tahap gaban ni, tiba2 CL sampai umah az. Tak tahu nak kata apa.

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

lupa tadi. Az dah p umah wan semalam. Tak pe,nanti senang2 az tengok lgi. Citer pasal apa pulak tu

Unknown berkata...

salam AZ ..
best nya tetamu yg selalu berada hampir dgn baitullah dtg kerumah ..
slps CL balik agak2 sapa yg AZ call bagi tau , ayatnya gini (dgn nada terharu sgt ).. _____ tau tak , sapa yg dtg umah AZ mlm nih ????
he he he tu ummi tiru ayat sapa ya kak Sidah..jgn marah akak ..

AZ, tu ayat kak Sidah , dia call ummi bg tau , ummi tau tak sapa dtg umah akak td ? ummi jwb tau , coz depa minta alamat kak Sidah td .tp ummi plak lupa nk bagi tau kat kak Sidah lak yg CL nk dtg.

apa2 pun smoga CL selamat kemana saja perjalanan yg ditujuinya.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

mari-mari, di persudikan juga datang umah az. Kalau bagi tahu, insya ALlah, ada kejutan utuk CM tp kalau datang serbu, ayak sejuk jer az hidangkan.

psst, teringat pulak dulu masa duu-dulu orang di jamu dengan biskut lenar,biskut tawar dan juga biskot buat. Sedap bebenor dicicah dengan ayak kopi o

Atikah berkata...

Salam AZ,

Sonoknya org mekah p umah AZ...

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

memang la, terkejut sangat bila dia call nak mai. Ingat Kota Tinggi ke Pontian ambil masa 3 jam rupanya x sampai satu jam.

Memnag CL orang simple,merendah diri, suka amil hati. Memag hati kami suami isteri gembira sangat

Ayah Zain berkata...

Salam S,
Insya Allah, nanti CL akan samapi rumah S nanti.

Hari ini CL bertolak ke utara. Selepas itu, Dia akan merentasi lebuhraya timur barat

Ayah Zain berkata...

Salam MamaJu,

alhamdulillah. Syukur pada Allah.

Hari ini CL akan menghala ke utara katanya.

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa,

wow, fantasitik mada tu. Sejak mendengar mada ayahanda NS, syimadah pandai berfalsafah pulak. Alahamdulillah

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

ermmmm, tak terkata, tak tahu nak call sapa. Hanya ucapan alhamdulillah, sampai juga cL umah az yang jauh di ujung selatan tanah besar benua asia.

Semoga CL selamat dalam perjalanannya ke destinasi naluri hatinya.

Memnag riang giler tahap gaban la umi sebab memnag tak sangka-sangka.

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

alhamdulillah.Memnag gumbira sangat.

Kak Sidah berkata...

Salam az,

Ingat lagi Ummi ayat2 akak pada dia.. hebat geng2 kita ni kan az. Tak ikut ke CL jelajah keutara plak.
Az sebelum CL balik meh kita jumpa lagi ngan dia, nak tak... kat airport ke, tapi dengar2 dia nak balik masa kita keje..saje je tak mau orang kumpul ramai2 anta dia kan.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kak Sidah berkata...

Salam Ummi,

Akak dah pegi dah mak aii banyaknya gambar, rajin betul dia kan ..dengar kata sungguh, syukur alhamdulillah nak ikut umi kemana2.

Az gi lah tengok punya banyak gambar.

zainon berkata...

Salam AZ,
Seronok nya meraikan tetamu mlm2 ya.
Tapi kalau sayalah,mmg tak tau nak buat apa dah.
Nti bila saya balik JB,insyaAllah saya singgah rumah AZ.

My Life berkata...

salam..
dear ayah zain..
alhamdulillah rezeki ayah zain sekeluarga menerima tetamu yg cukup istemewa...

dear ciklie
semoga semua dipermudahkan..

shami2 berkata...

Salam AZ...

Wah dapat hadiah bertuah tu ....kunjungan balas CL..pengubat ..hehehe

Ayah Zain berkata...

SALAM Kak Sidah,

Ya Allah, ya rabbi ya salam banyaknya gambar. INi kalau cikg Mas tengok mesti tak senang duduk tu.

bak kata shima, tak perlu jadi artis, glemer dah PDKM ni.

Ayah Zain berkata...

Salam Umi kak Sidah,

tak terkata la az ni.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak sidah,

betui ka CL nak balik masa kita kerja. Dia tak mahu tengok kak sidah nangis kot, atau nanti dia pulak yang nangis.

Ayah Zain berkata...

Salam My Lfe

CL kata nanti dai akan ke gua musang juga cari seseorang. tak tahu la siapa dia nak jumpa

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Zainon,

Kak Zainon dari Ipohkan? Hari tu kita dapat jumpa sekejap kan?

nanti bila kak zainon balik JB singgah rumah AZ yer.

Memang seronok melayan tetamu istimewa tuh.

Ayah Zain berkata...

salam Shami2,

hadiah perkara ke. ooo maksudnya kedatangan CL ke rumah AZ tu hadaih yer.

Betul tu hadiah yang tidak ternilai

shami2 berkata...

Salam AZ...

saya tengah online ni....aper ayat tak abis tu tiba2 ooo..hehehhe

Ayah Zain berkata...

salam shami2,

hhehe, dah mamai le, baru sudah meeting penat giler ni.

az nak tulis, hadiah perkara kedua.

maksud shami2, kedatngan cl rumah saya adalah hadah tambahan ke.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Akak tak nak nangis la, sedih je, lepas ni kita tengok balik lah gambar Kaabah tiap2 pagi , sebelum mula keje singgah dulu mah CL, renung rumah Allah , sejuk hati kan az.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

Betul tu, kita akan melihat kembali Kaabah apabila CL balik ke sana. Rindunya tak dapat liputan Kaabah. Memnag sejuk hati bila melihat rumah Allah itu.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam AZ,

Wah! orang Mekah datang ziarah...tentu sekali gembira tahap gaban!!! CL tu buat kezutan?? Oh..kak nab takut tu...

sonata anak kancil berkata...

salam, kalau saya terima kedatangan tetamu seperti tu...he3x gelabah tahap gaban....! ye la...segan lah dengan Che Li...sangat2 teruja bersua dengan Che Li & AZ hari tu....

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

Ini kak nab kat kauantan ke? Kalau betul kena siap elok2, kek-kek jangan lupa, tanya datin nija kek apa yang CL suka makan. Pastikan diet dia tak menaikkan BP dia. hehehehh

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

jangan lah gelabah, CL tu tak apa-apa la. Baik sesangat. Seronok layan seorang kawan sebegitu.AZ hanya insan biasa, suka layan tetamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...