Selasa, 12 Januari 2010

RUMAH SIAP, karpet pun dihamparkan

120110 - Sesapa saja yang kenal ke tak kenal ke bila bertemu di dunia membuktikan bahawa mereka2 pernah bertemu dulu di alam zuriat.Kita semua dah lupa.Lebih2 lagi yang dulu2.Yang sekarang pun kita dah lupa.Yang hari gathering lepas pun ada detik2 yang dah lupa.Lebih2 lagi tua macam ayah ni.


Begitulah antara catatan ayahanda Nginap Serengenge dalam blog PDKM yang menjadi iktibar kepada ku. Terasa diri begitu kerdil dikalangan warga PDKM. Begitu menginsapkan kita sebagai hamba Allah yang selalu lupa asal kejadiannya daripada air yang hina. Mengapakah asal kejadian begitu? Kita kena fikir bahawa kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya yang maha esa. Kita terikat dengan janji untuk menuruti segala perentahnya, namun adakah kita menurutinya?






Di alam akhirat kita akan bertemu lagi.Di hari itu juga kita akan lupa lagi.Hingga disebutkan,ibu2 dah tak mengenali anak2 sendiri.Kerana dahsyatnya hari akhirat sebelum dapat ke syurga Allah. Doakan semua menjaga iman dan Islam dengan sempurna. Kejarlah dunia sebanyak mungkin , tapi jangan masukkan dunia dalam hati.Kejarlah dunia seolah2 kita akan hidup 1000 tahun lagi,beramallah seolah2 kita akan mati sekejap lagi.

Waduh, Begitu puitisnya ungkapan daripada seorang yang berilmu yang kelihatan tenang ketika ayahada masuk ke dewan serbaguna Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa pada hari Ahad 10/1/10. Maka mendekatinya dan memeloknya walaupun Ia tidak mengenali aku tapi tersenyum dan berkata selamat berkenalan, dan yang tidak dapat aku lupakan apabila aku ingin berangkat balik, semasa aku meround minta diri dengan peminat PDKM yang lelaki 3-4 kali aku terserempak dengan ayahanda, berjabat tangan lagi. Nostalgia sungguh berjumpa dengan ayahanda NS. Beruntung betul CL bertemu dengan ayahanda. Sesungguhya CL dikelilingan oleh insan-insan berhati mulia. Bertemu di alam maya kemudian brtemu di alam nyata menyerlahkan lagi kemesraan yang sudah di bina. Tidak nampak kekok apabila bertemu.

Ayah masih kat KL . Nanti balik bila urusan kelurga selesai, dan nak jemput Anaknda CL ke kedah. Ayah jemput semua rakan PDKM ke pondok buruk ayahanda di Sik. Di kedah jangan bimbang kami beras banyak.Kita masak dalam kawah .Buat konvoi bersama CL. Semua dipersilakan

wow, begitu sekali ayahanda berbahasa, sejuk telinga mendengarnya, walaupun jauh di utara, anakanda di selatan ini rela juga ke sana. Dengar kata CL sebelum balik mahu round dahulu dari Tengah ke selatan, ke timur merentasi banjaran Titiwangsa ke Utara Semenajung Malaysia. Semoga satu lagi impian akan menjadi realiti. Sama-samalah kita mendoakannya.


.........Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS:an-Nisa:4:1).

Marilah sama-sama mengeratkan tali silaturahim antara kita, semoga kita dirahmati dengan keberkatan daripada Allah swt.


Salam Ceria

26 ulasan:

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

sememangnya kita manusia tak lari dari sifat lupa,belum pun lama kita dah mula lupa, hanya Allah saja yang mempunyai sifat2 terpuji, tapi Allah mmaha mengetahui sifat hambanya az,hati kena ikhlas, jujur dan sifat silaturrahim tu penting, baik diluar dan baik juga didalam, insyaallah kita sesama umatnya sama saja disisi Allah, hanya amal dan iman saja membezakan.

Tak ikut Cl round ke az, dah sampai johor tu.

shami2 berkata...

Salam AZ...

Masak nasik dalam kawah makan ramai2...lauk gulai daging umbut pisang, kerabu togeh campur kerang..sambal belacan ulam petai, jering, ikan sepat, haruan kering...ngeh..ngeh..ngeh...pelawaan ayahanda NS cukup istimewa..tuh mengerat silaturahim..

Kak Sidah berkata...

Salam ,

akak takde lah masa ayahanda NS berceramah tu, lambat datang, tak dapat dengar, mis la, jom kita pi ramai2, makan ramai2, tentu bestkan.

Macam mana az,tak dapat lah nak ke pontian, CL dah round dulu

mama ju berkata...

Salam az...ye ke CL nak round2 satu Malaysia?Baguslah kalau bagai dikata,dapat tgk suasana berbeza dan mungkin singgah rumah peminat2 kat sana pulak.

Kerepek pedas tu beli kat azhar ye? Sedap kan...terimakasih...kg saya kat belahan tampok,dekat dgn sempadan batu pahat pontian..Kalau dari Pontian lepas sempadan tu akan jumpa gerai makan DO RE MI..kat belakang tulah rumah mak saya..tapi mak aje ada..dan jiran..

مسافر اسلام berkata...

Salam az...kata2 dari ayahda tu penuh bermakna. Bila sy membacanya di PDKM pun terasa yang teramat seklai.

Banyak nasihat yang berguna dan bermakna dari ia.

Org kata perjalanan semakin singkat banyak dah dilalui dan semakin ramai kenalan.

Insyallah, semoga teman2 di dunia ini yang bakal mendokan kita disana nanti.

Nanti bila round CL di rumah AZ, boleh sy dtg rumah AZ ya.

Insyallah jumaat ini saya balik ulu tiram.

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Sy setuju benar dgn AZ.
Membaca ulasan Ayahanda di PDKM itu memberi sy satu ilmiah baru dari seorang yg berpengalaman spt beliau.
Kata2 awalnya itu merupakan ilmu baru untuk saya.
Sy pun ada terbaca komen Kak Shami mengenai perkara yg sama.
Alhamdulillah, Allah menemukan saya dengan insan2 sebegini.
Semoga ilmu yang manfaat dapat dikongsi bersama dan ukhwah fillah menjadi teras dalam kita mencari keredhaan Allah..I/Allah

aznaz berkata...

salam az dan kak shidah,

sya Cl
skg ada dirumah ayah zain tau..duk pekena sndwich and milo..sedap..

waslam

مسافر اسلام berkata...

la...kenape tak ckp dah kat rumah AZ...eeemmmmm...sedih la tak dapat nak join.

Unknown berkata...

salam AZ...
jeles nya , kirim salam kat CL yer .

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

alahai kak sidah, CL buat kejutan juga macam dia datang umah kak sidah dulu. Nasib baik juga dia tipon tapi dah tak sempat nak masak puyoh, tangkap ayam kampong atau itik. Dia main serbu lah.

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

terlioq ayahzain dengar menu tuh. az ni lahir kat aloq staq tau, jadi bila dengaq menu tu tegush ayaq lioq meleleh.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

tu le pasal, dia tak habaq langsung, tiba2 dah muncul depan pintu

sonata anak kancil berkata...

Salam Az...wow CL dah mula le de tour - dah sampai ke Pontian...hu hu hu dia pecut melintas Melaka tu...

Jika ke Kedah - ayahanda masak nasi kawah - sedapnya! kenduri sakan...semakin meriah majlis ramah mesra bloggers ni

Ayah Zain berkata...

Salam Mama Ju,

yer ler, CL sedang buat tour ke rumah2 pilihan hatinya. hehheh.

Mula dengan rumah pak itam kat Kota Tinggi, then umah ayazain, lepas ni depa nak ke utara rumah kak as, ayahanda, kak nab dan lain, lepas tu ke pantai timur

Ayah Zain berkata...

Salam Musafir,

betul la, salut la ngan ayahanda.

ermm, CL dah sampai pun umah ayah zain, dan dah gerak balik KL sat ni tadi. Tak apa, lain kali kot.

Ayah Zain berkata...

Benar tu syima.

Kata-katanya mengingatkan kita kepada yang maha esa,Allah Rabbul Jalil.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat dan keberkatanNya

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

CL buat kejutan tahap gaban giler. Tak sempat nak buat menu special, hanya dapat buat sandwich biasa aje. Menu bidan terjun.

Terima kasih sudi datang bertandang ke kuartez ayah zain ini.

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

smuanya atas kehendak ALlah anakanda MI, tak apa MI boleh datang umah az bila-bila masa.

datang yer hujung minggu ni.

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

smuanya atas kehendak ALlah anakanda MI, tak apa MI boleh datang umah az bila-bila masa.

datang yer hujung minggu ni.

Ayah Zain berkata...

Salam Umi Humaira,

ala, CL dah balik la, nanti az tipon dia kata Umi kem salam yer.

Jangan la jeles, bangganya orang mekah datang melawat umah az nih. Tapi dia datang mengejut, x sempat nak buat menu special 3J, PIETEE

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

betoi, CL dah mula de tour ke umah peminat PDKM.

dia melintas melaka ler. jaga2 nanti dia serbu umah Sonata anak kancil. dia gerak kul 10.30 malam tadi. Cuba tahan kete dia kat tol ayer keroh (gurau)

مسافر اسلام berkata...

alahai...Allah tak pilih MI untuk jumpa CL dgn AZ sekali latu..insyallah ada masa nanti boleh la jumpa lagi.

Tempoh hari terlalu cepat masa berlalu.

Insyallah ye AZ..nanti jumaat MI call AZ balik ya..

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

ok. No problem. Nanti bagi tahu yer, jangan serbu. heheh

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Ayah Zain,

Wan pun sempat borak ngan Ayahanda. Sejuk hati wan sesjuk dan seredup mata Ayahanda. Berbahasa sungguh Ayahanda. Wan rindulah pada Ayahanda. Rasa macam arwah tok dan nenek wan je. Sedih ni!

Kak Sidah berkata...

Salam az,

masa tu akak dah tido la az, kalau tidak bole chat dgn CL kan, nape az tak kejut akak...ring....

My Life berkata...

salam ayah zain....
ayahnda dan bonda penuh dgn kasih sayang.... nanti jemput ler ke kelantan yer ayah zain .. bawak mrs zain dan anak2 sekali....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...