Rabu, 30 September 2009

Selasa, 29 September 2009

Matahari dari dekat (5,000 KM)

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy OfScience pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope


Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as

.Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.


Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70.


Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.


Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.


PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.


Rasulullah s.a.w.. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi)


Rasulullah s..a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi)


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)

Rezeki jangan di tolak

290909 : Malam ini kami mendapat jemputan menghadiri majlis makan malam di Zam's Food Restaurent di Pontian. Majlis bermula 8.00 malam. Apa nak buat, rezeki jangan ditolak, walaupun paras gula dalam darah tinggi, namun pergi jugalah. Niatkan makanan yang dimakan itu sebagai ubat. (Ngeh ngeh ngeh, betul ke tu Pijal) Zam's Food Restaurent
Sebahagian jemputan

Hidangan telah tersedia

Tetamu sedang menunggu hidangan (eh eh boss aku ke tu)

Pengerusi Baru sedang memberikan ucapan

Cenderamata untuk Pengerusi Lama

eh eh Pegawai Tadbir Kanan - lapar ke tuh

Hensem tak pegawai ni CM? dah ada yang punya tuh

Tom Yam Udang + sotong + ketam

Ikan Siakap masak sweet sour


Ketam bunga ke ketam batu nih? sedapnya


Udang pun ada - makan jer la

Sotong Goreng Tepung

air laici


Tembikai

ish ish isih - menggoda la pulak

Makan, jangan x makan -
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka lah hati
Apalah yang hendak di nanti
Balik rumah ubat diabetis pasti menanti
Balik rumah terus ambil sebiji metformin. Kemudian pada pukul 11.30 malam kandungan gula dalam darah di ambil. Ini di panggil RBS iaitu random blood sugar. Biasanya di ambil 2 jam selepas makan.
it's amazing, menakjubkan, ingatkan paras gula tinggi tetapi hanya 6. 9mml/l. Wow! agakanya tadi makan niatkan sebagai ubat ke? Sebenarnya ayahzain hanya mengambil dua sudu nasi sahaja seleabihnya makan lauk pauk sahaja. Air laici tu hanya ambil buah sahaja dan dicampurkan dengan air mineral. Syukur kepada Allah, bolehlah ayahzain tidur lena malam ni. Besok nak kawal gula lagi supaya di bawah 6mml/l.

Jemput-jemput Jering

290909 : Tuan/puan biasa makan Jemput-jemput jering (3J)? Kalau Puan Roza ada jering tanam, maka saya ada jemput-jemput jering peninggalan nenek mrszain. 3J sudah menjadi faveret saya sekarang kalau tak dapat ermm rindu sekali. Pantang jumpa jering tua, pasti akan di beli dan mrszain akan membuat untuk suami tersayangnya. (ngeh ngeh negh sayang ke dia tuhhh)

Hanis dan CM kalau mahu cobak bikin 3J amat mudah sekali. Hanya perlu jering tua (yang muda tak mau), tepung beras, pucuk ubi, air dan garam secukup rasa. Mula-mula jering tua ditumbuk (tapi zaman moden ni, blend jer)kemudian digaulkan dengan tepung beras dengan air hingga boleh di jemput dengan tangan la. Kemudia masukan pucuk ubi yang telah diramas. gaulkan sekali sebenarnya dengan tepung beras tu. Bila dah sebati, mulaler menjemput ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
Bancuhan 3j siap untuk digoreng

3J sedang digoreng 3j siap untuk di hidangkan

Hidangan berbuka puasa semalam
Sebenarnya semalam 3J adalah satu lagi menu untuk santapan tetamu yang datang ke rumah ayahzain. Sengaja tidak dimasukkan kerana memang nak dibuat satu n3 khas. Para tetamu memuji sakan 3J ini hingga habis satu pun tak tinggal. Alhamdulillah.
Jadi kalau Manzli, Hanis, CM, Kak As, Rezeki, CP, normala, datin, UH dan yang lain-lain kalau nak mai umah ayahzain akan diusahakan menu ini kalau ada bekalan jering tua. Terutamanya CP kalau nak mai umah ayahzain sila ke Pasar Chow Kit dulu kerana di sini banyak di jual jering tua. kat area johor ni sukar nak dapat jering tua, jering muda memang banyak.

15mmol/l

Daging Salai + mangga muda. Best lah Hanis
Puding dadeh

Ikan kembung kukus
Sayur kobis goreng


kueh raya:

290909 : 15mm/l, Ya Allah ya Tuhanku, tingginya bacaan Fasting Blood Sugar (FBS) aku hari ini. Semalam cuma 8.0mm/l. Apa yang dah aku makan semalam? Aku berbuka dengan segelas GTC . Setengah jam kemudian makan nasi. Berseleranya makan nasi berlaukan daging salai , sayur kobes goreng dan ikan kembung kukus,. Selesai makan mengambil sebiji ubat kencing manis metformin. Habis tu mengapa? adakah aku terlupa mengambil gliclazide menyembabkan FBS naik mencanak sebegitu tinggi?





Ohh tidak semasa menjamu kawan-kawan yang datang berhariraya ke rumah malam tadi, aku termengambil dan termakan juga kueh mueh raya. ermmmmmm lu pikir la sendiri.

Seronok berbual menjamu selera

tangan tak berhenti menyuap sama

beraneka kueh raya hilang di telan sama

ikutkan hati, ikutkan rasa, ikutkan selera ........... padan muka



Pagi ini hanya bersarapan segelas rice bran sahajalah nampaknya. Minum air kosong banyak-banyak. negh ngeh ngeh

Isnin, 28 September 2009

Rawatan Terapi Ozon

280909: Alhamdulillah, Syukur ke hadzrat Illahi yang mengizinkan aku bangun pada pukul 4.30 pagi ini walaupun tidur hanya kira-kira 3 jam sahaja. Semalam kami sampai ke rumah pada pukul 12.30 pagi, dengan itu sampai juga hajatku untuk bersahur menunaikan puasa syawal buat hari yang ke 3. Alhamdulillah. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadaku.



Semalam aku berkesempatan menziarahi Cikgu Hamidah di Lorong Makmur Pontian Besar untuk mendapatkan bekalan Green Tea Colestrul (GTC) di samping berhariraya jugalah. Cikgu Hamidah menerangkan lagi penggunaan GTC ini kepadaku setelah mencubanya beberapa paket semasa Hari Raya dahulu. Cigu Hamidah mengatakan lebih elok lagi kalau aku mencuba Rawatan Terapi Ozon (RTO) di Klinik Dr Ahmad Hassan di Kluang.


Aku macam tersedar, RTO ini pernah diberitahu oleh kawan sebilik semasa menunaikan umrah pada bulan Jun yang lalu. Namun kesibukan dia terlupa dan saya juga terlupa mengingatkannya untuk mendapat nombor telefon Kilinik RTO ini. Setelah mendapat nombor telefon daripada Cikgu hamidah, saya terus mendail dan terus membuat tempahan RTO pada pukul 8.00 malamnya untuk saya dan mrszain. Alhamdulillah temphan berjaya.



Selepas menghantar anak ke asrama di batu Pahat pada pukul 6.00 petang, kami terus bertolak ke Kluang daripada Pt. Sulong. Ingatkan bolehlah memandu secara sempoi. Lagipun saya tidak berapa familiar dengan Bandar Kluang ini. Ternyata amat sukar mencari Klinik Dr Ahmad tambahan pula mendengar arahan melalui telefon daripada pembantu Klinik Dr. Ahmad. Namun Allah mempermudahkannya dengan doa yang dibaca semasa solat Maghrib di Masjid Jamek Kluang.


Kami sampai lagi 5 minit pukul 8.00 malam dan membuat pendaftan. Subhana Allah, Klinik Dr Ahmad ini aman dan menenangkan dengan warna hijau 'turin' yang begitu lembut. Poster baby 'no problem' menghilangkan lelah kami tadi. Seronoknya menatap poster baby itu. Apalagi aku mengambil gambar-gambar kenangan tanpa izin Dr. Ahmad Kamal. Air pancut dan cucuran airnya mengasyikan sekali

Kaunter tersusun rapi

Ruang menunggu : aduh rasa tak mahu balik lah

Fuyooo, aman sekali di sini


Sesunguhnya saya tidak pernah merasa begitu teruja bila berada di mana-mana klinik seperti di Kilinik Dr. Ahmad & Surguri ini.


Tiba-tiba nama di panggil masuk berjumpa doktor Ahmad. Subhana Allah bilik doktor ini memang first class. Orangnya pun hensem juga baru berumur 39 tahun. Kalau CM tengok, sure cintanya akan beralih arah ni. Dr Ahmad menyapa dengan peramah sekali 'apa yang saya boleh bantu En. Zain? Maka terapi pun bermula setelah penerangan diberi bermula dengan mengambil tekanan darah dan ECG test. Kemudian kami diminta naik ke tingkat atas untuk RTO.


Bilik rawatan terapi ozon yang begitu kemas dan teratur


Seorang pesakit gout sedang menjalani RTO


Ini dia penyingkiran darah bertoksin AZ


Toksin yang disingkirkan (berbuih tuh) daripada RTO kepunyaan AZ - hampir 300ml
nampak tak bueh dilapisan atas? itulah racun


Akhir sekali vitamin dimasukkan kedalam saluran darah saya. Semua proses ini berakhir pukul 11.20 malam dan kami berangkat pulang dan sampai di rumah pukul 12.30 malam. Dalam hati berkata boleh ke bangun besok pagi ni. Hari Isnin nak sambung semula puasa 6. Amat bimbang kalau tak terbangun. Namun hasilnya saya berjaya juga bagun dalam keadaan yang agak segar. Dan paling membanggakan ialah paras gula dalam darah pagi ini ialah 8.0 mm/l berbanding semalam 9.8 (27sep) dan dua hari lepas ialah 13.2/l (24sep) dan sehari sebelumnya 18 mm/l (23Sept). Sistem perkumuhan juga much better

Sekiranya berminat bolehlah menghubungi Klinik Dr Ahamd & Surgeri, 50 Jalan Ciku, Taman Dato Haji Manan 8600 Kluang. No tel 07-7768755
antara penyakit yang berjaya di rawat ialah strok, gout, kencing manis, kolestrol, darh tinggi, urat saraf, kulit, komplikasi diabetis, migrain, kanser dan penyakit korionary

Beraya lagi

270909: Hari ini ayahzain berhariraya di RUmah Boss, Rumah Imam Surau Pt. Keroma dan Salah seorang member surau di Kg. Pt. Keroma Ayer Baloi. Kemudia sebelah petang ayahzain ke Batu Pahat mengahntar anak bongsu balik ke Asrama. Terlanjur sampai di Batu Pahat, sempat menziarahi 'baby' Hari Raya AIadilfitri iaitu anak kepada Guru Penasihat Homeroom anak bongsu ayahzain. Juadah di Rumah Boss
wow air hijau, ayahzain ambil bau sahaja

Juadah di rumah Imam.


Damia Husna bt Lokman. Sedap nama baby ini.
Dilahirkan pada hari raya kedua. Comel kan? Siang dia asyik tidur tetapi malam berjaga.
Semoga kehadiran baby ini menceriakan keluarga Guru Penasihat Homeroom anak bongsu ayahzain ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...