Jumaat, 4 September 2009

Solat kita

Assalamualaikum wbr..

Ayah zain terima email yang entah ke berapa kali tentang solat ini. Hari ini ayahzain tergerak untuk kita kongsi sama-sama semoga solat kita bertambah baik kualitinya dan di terima oleh Allah swt.




Renung-renungkan dan selamat beramal..






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


kamu tidak bersyukur padanya...... .kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu , membeli rumah , kereta dan sebagainya.. .....tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu ,


menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah


keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak


tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.






Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....


kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu , dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di sisi kamu itu.






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah.Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?






Kamu sembahyang lima waktu tetapi....


Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.






Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:


"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".


Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?


Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?


Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:


"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".


Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.



Sampai-sampaikan sahabatku walau sepotong ayat….




Ya Allah ya Tuhanku jauhkan lah aku daripada semua perkara yang tidak kamu redai, aku berlindung denganMu daripada sifat hasad dengki , sifat tamak haloba, berdendam, suka mencaci, suka menyakiti hati isteriku, ibuku, anak-anakku, adik beradikku, saudaramaraku, kawan-kawan, orang-orang bawahanku dan sebagainya yang tidak Engkau redhai. Tolonglah aku ya Allah sesungguhnya aku tidak layak masuk ke syurgaMu tetapi aku tidak akan sanggup masuk ke nerakaMu. Oleh itu ampunilah aku sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mengampuni.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Salam AZ,

Slmt berpuasa moga diketemukan dengan malam Qadar agar dapat kita berdoa tidak tergolong dalam kump yang bersolat tapi tak dapat mencegah drp fahsya dan mungkar.

Salam ukwah. AZ pontian tu which part? Dulu saya pernah ngajar kat Benut.

Ayah Zain berkata...

Salam Normala,

Wellcome to my palace. ermmm. U bertuah sebab orang lain tak mau mai, walaupun telah dijemput. Syukran. Jazzakallahu hair.

Pontian kat Ayer Baloi. Normala mengajar di SMK Benut atau Sri Tanjung.

Sudi-sudikan menjengok umah ayah zain yer.

aznaz berkata...

salam Ayah zain..

semoga kita tidak tergolong da;lam orag orag yang di sebut kan tadi..insyalah ..
bebanyaklah berzikir padanyer..nescaya hati kita akan menjadi putih....dan bersih...serta berchaya..kerna ini semua dtg dari allah swt..

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Insya Allah. Takut yer. Kita merugi kalau tergolong dalam kumpulan itu.

rezeki berkata...

Salam AZ,
semoga ia menjadi satu azimat bg kita dalam menuju negeri akhirat yg hakiki.
Alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Insya Allah. akan ku usahakan agar aku tidak termasuk dalam kategori-kategori itu. Itulah tujan saya memasukkanya ia adalah ditujukan kepada diri sendiri. Saya ingin berubah supaya besok kita dapat bertemu Allah di Padang masyar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...