200909: Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri (HRA). HRA dalam b.Arab disebut عيد الفطر 'Ayd al-Fiṭr "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Aku memulakan HRA tahun ini dengan menziarahi kubur ayahandaku pada petang 29 Ramadhan dengan ditemanioleh anak buahku Aisyah. Kubur hanya bersebelahan dengan rumah ibuku. Kali terakhir aku memzirahkubur alahyarhamialah pada hari raya puasa tahun lepas. Aku berazam kali ini aku akan menzirahi setiap kali aku pulang ke kampung. Azam ini terpahat setelah mendengar kata-kata mrszain bahawa menziarahikubur bukan dituntut pada hari raya sahaja. Justeru sebaik sampai di rumah ibuku, aku mengambil peluang ini. Aku membersihkan kubur ayahku amat mudah sekali kerana kawasan kubur baru sahaja diracun oleh penduduk kampung. Sambil mencabut rumput mati Aishah yang baru berumur 4 tahun bertanya kubur siapa? Aku memberitahu kubur atuk. Geli hatiku bila dia bertanya 'boleh masukke dalamkubur ni. Aku berseloroh 'boleh'. Dia tanya macammana, tak ada pintu. Aku kata, boleh, tapi kena mati dahulu. Dia kata 'tak mahulah mati dulu, besok nak dapat duit raya dulu'. Sebaik sahaja selesai aku membaca doa sambil Aisyah menurut sambil menadah tangan.
Berbuka puasa: Ruang dapur rumah ibu dipenuhi ahli keluarga ibuku. Meriah sekali. Menu pelbagai keranamasing-masing yang balik membawa menu sendiri.Mrszain membawa burung puyuh masak sambal, yang lain-lain ialah rendang dagingcilipadi, sup daging, rendang ayam, lemang, sandwich dan sedikit kueh mueh. Seronoknya bila berbuka ramai. Rasanya hampir 30 orang semuanya.
Pada malam raya sebaik selesai solat Isyak, kami sekeluarga bertakbir dan membaca Yasin dan bertahlil yang dihadiahkan khusus kepada arwah ayahku, kakak dan adik-adikperempuanku yang telah meninggal dunia di samping ayah mertua,ayah mertua adik lelaki (no.2) dan adik ipar adik lelakiku (no.3). Ibuku mempunyai 3 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan (3 orang telah meninggal dunia. Bacaan Yasin diketuai oleh adik lelakiku yang no.3 dan aku mengakhiri membaca doa dan bertakbir kembali.
Pada pagi raya selepas bersarapan pagi kami bergambar dan seterusnya menghadiri Solat Sunat HRA di Masjid Kg. Sawah Raja kira-kira 2km dari rumah ibuku. ALhamdulillah walaupun masjid telah dipenuhi jemaah aku masih dapat di saf pertama. Solat sunat tepat dijalankanpada pukul 8.45 pagi dengan sedikit taklimat. Semasa khutbah imam mengingatkan jemaah agar:
1. Bertahmid,
2. Menziarahi sanak saudara, rakan taulan
3. menjaga makanan yang di ambil - mengelakan masalah perut: ceret beret
4. dan mengambil langkah-langkah penjagaan Influenza A (H1N1) - ikut peraturan yang telah disarankan oleh kementerian kesihatan
Imam memetik ayat quran yang antara lain yang aku ingat ialah sekiranya umat islam mengikut segala perentah Allah, Allah akan menurunkan rahmatnya dan sekiranya tidak Allah akan menurunkan bala. Kita mampu mengubahnya kalau semuanya mengikut sistem Islam. Jadikan lah tarbiah ramadhan itu sebagai benteng penerusan hidup seharian dan jangan sia-siakannya. Berapa ramai orang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja. Isilah HRA dengan sebenar-benarnya bukan setakat berpakaian baru tetapi jadilah insan yang bertambah takwanya.
Setelah selesai solat sunat HRA, kami sekeluarga menziarahi allahyarhamah keluarga kakakku yang tidak berapa jauh daripada masjid. Kemudian ke rumah allahyarham sepupuku dan rumah kakak sepupu yang sangat rapat dengan keluarga kami. Seterusnya kami berangkat ke Pedas menziarahi keluarga bapa saudara pula. Selepas itu ingat nak ke rumah Hanis tp tak jadi kerana bateri habis, tak sampailah hajat nak hubungi Hanis. Pukul 3 petang kami sampai di rumah dan melayan pula tetamu yang hadir yang terdiri daripada saudara mara terdekat.
Aku merasakan HRA tahun ini amat berarti sekali. Amat berbeza berbanding tahun-tahun dahulu darisegi pengisiannya. Semuanya ini adalah dengan keizinan Allah mempertemukan aku dengan Proff MKI dan PDKM. Semoga Allah memberkati kedua-dua insan ini.

8 ulasan:
salam aidilfitri ayahzain...
huhuhuhu....patut laaa petang td hanis teringat kat ayahzain...kalau hanis call ayahzain pagi td besar kemungkinan kita kita boleh jumpa td kan, ayahzain...huhuhu...kol 4 lebih baru kami balik ke kuala pilah...Ya Allah, sedih laaa pula...esok hanis balik ke pahang & raya ke-3 baru akan pulang ke seremban semula ...takpa, bila2 ayahzain turun ke seremban atau kl @ selangir area..ayahzain bg tau kami k...insyallah, nanti kita jumpa k...hanis bawa p umah kak mas naa ;-)
Salam Hanis, tu la Hanis x bagi alamat rumah. Bateri kong pulak, sibok2 tu pulak nakpinjam hfon sapa2 kan? dia terkelintas sekejap je, pah tu nak call,bateri tak support, tinggal gitu je. tkapa la, kita try raya ke3 atau 4,kalau az balikkepontian ngan famili kita tengok lagu mana nanti yer
salam hanis
ralat, sibok2 tu tak terlintas pulaknak pinjam telefon mrszain call hanis. nanti raya 3 kita tengo kmacam mana yer, bagus gak kita g umah CM sekali arong. kita serang orang melaka tu ngan asam pedas dia yang sedap giler tu. dia kena masak, tunggu cmraya ke 4 yer (kalau az takjadibalik raya ke 3, raya 4 mesti az turun seremban umah anis then lunch umah CM kat kg berangan 6)
Salam AZ,
Penat berhari raya pi kejap ke Mekah, pas tu singgah kat N. Sembilan. Seronok tengok Az berhariraya bersama keluarga. Saya dan keluarga di pantai timur pun tak kurang cerianya dan akan balik ke S.Alam lusa. Semoga terus ceria berhari raya bersama kaum keluarga dan sanak saudara.
Salam Ummuadam,
ziarah menziarhi dituntut dan amat digalakan untuk merapatkan silaturrahim. Ayahzain dan ada kat KL, rumah ibu mertua di Gombak
Salam Ayah Zain,
Seronokkan beraya dengan keluarga yan besar...bila ramai dan bermuafakat, memang jadi berkat, alhamdulillah kita tidak dalam golongan yang ramai tapi dengan haluan masing-masing.
ps: Ayah Zain, Nija beraya di Puchong la...suami tukar plan tak jadi balik Ipoh...happy le Nija beraya dengan emak dan abah...(actualy happy giler...)
Salam Nija,
Yer ker. Baguslah kalau gitu, nanti kalau mrszain x ada apa-apa plan, az nak contack rezeki, manalah tahu dia nak ke puchong beraya rumah datin, tak sabau nak makan cokelat ari tu. ngeh ngeh ngeh.
Salam Datin,
adik mrs zain tinggal kat Puchong Perdana, la ni dia beraya umah mertua dia kat Manjong, perak, kalau idak boleh beraya kat Puchomg tu. Datin area mana kat puchong
Catat Ulasan