Sabtu, 26 September 2009

30 Jam merentasi 4 negeri

250909: Apabila menerima sms yang menggoncangkan jantung, ayahzain berhasrat untuk menziarahi sahabat di HUKM, Cheras. Pukul12.15 tengah hari kami sekeluarga bergerak ke destinasi. Dalam perjalanan ayahzain menerima sms yang mengatakan abang ipar ayahzain dimasukan ke hospital Tuanku Najihah Kuala Pilah kerana kecederaan dimata kirinya. Setelah kepastian maklumat diterima, perjalanan ke HUKM di teruskan dan abang iparkan diziarahi pada keesokkan ahrinya. Ayer Hitam, Johor : Solat Jumaat di Masjid Ayer Hitam. Masjid yang baru siap proses pemuliharaan ini amat menarik sekali. Dimaklumkan inilah kali pertama Solat Sunat Aidilfitri dijalankan setelah beberapa tahun tidak digunakan kerana proses pemuliharaan dijalankan. Selesai solat Jumaat kami berhari raya di rumah kenalan yang tinggal tidak jauh daripada masjid ini. Mungkin kali terakhir kami berjumpa kerana beliau akan berpindah ke Kuala Berang, Terengganu.
HUKM, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tepat pukul 5.00 petang kami sampai di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menziarahi sahabat yang terlantar akibat masalah buah pinggang. Beliau demam dengan suhu 40oC dan setelah beberapa hari di Hospital Putera Melaka, beliau minta ditukarkan ke HUKM. Alhamdulillah demam beliau mulai berkurangan dan begitu ceria dengan kedatangan kami. Semasa kami sampai, beliau dikunjungi oleh beberapa orang saudaranya yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Kami menghabiskan masa selama satu jam di HUKM. Kami meninggalkannya bersama ibunya yang menemani beliau sejak dari pagi tadi.

Bandar Tun Razak, WPKL: Pukul 6.15 kami sampai di Jalan Ikhlas Banadr Tun Razak berhariraya di rumah bapa saudara ayahzain. Nampaknya bapa saudara AZ ni dah uzur juga. Umurnya melebihi 80tahun. Sempat beliau berkata ‘aku ni tengah tunggu SPM’. SPM? Apa tu, Sijil Panggilan Maut. Ya Allah, Engkau ampuni dosa-dosa bapa saudaraku ini. Berilah ia kesejahteraan dan ketenangan fikiran kepadanya. Kami dihidangkan dengan meehoon goring dan daging masak kicap. Pukul 7.15 kami meninggalkannya yang sedang berbuka puasa. Dia berkata, bila lagi boleh jumpa kamu. Saya berkata, Insya Allah dengan izin Allah kita akan berjumpa lagi.


Kereta kami meninggalkan Bandar Tun Razak menghala ke rumah adik mrszain di Puchong, Mak datok sampai sahaja di Jalan Persekutuan, jalan agak sesak. Kereta bergerak terkemut-kemut namun kami bersabar mengharungi dugaan itu.


Rumahnya telah berubah sama sekali dengan hiasan dalaman yang menarik sekali.








260909: Sarapan telah tersedia. Meehoon Goreng, kueh popiah, sambal udang dan teh O. Semasa bersarapan, dapat telefon daripada seseorang, siapa? mengatakan program pagi ini tidak dipenuhi kerana ada urusan yang perlu diselesakan. Tidak mengapa, ayahzain mempunyai program yang lain iaitu ke Seremban Jaya di Seremban,Negeri Sembilan.


Negeri Sembilan: Seremban Jaya, Seremban – Kami sampai di Seremban Jaya di Restoran Mak Timah pada pukul 9.30 pagi. (Masih ingatlagi dengan Mak Timah yang mana ayahzain pernah menjadi lelaki Melayu terakhir sambil mengukur kelapa?).
Mak Timah sedang sibok melayan pelanggan

Di sini Mak Timah membelanja kami dengan apa sahaja yang kami mahu. Ayahzain hanya mengambil tahu sumbat dan kueh. Nak makan perut masih kenyang kerana telah bersarapan pagi dengan meehoon di rumah adik mrszain. Anak-anak ayah zain memsan mee hoon sup. Kami menghabiskan masa hamper satu setengah jam di Restoren ini. Mana-mana yang sudi sila mampir di Rostoran Mak Tmah, Seremban Jaya.


Lihatlah sebahagian lauk pauk di restoren Mak Timah. Semuanya lazat-lazat


ikan kukus air asam

Daging salai pun ada lah Hanis


Telor itik masaklemak cilipadi


Anika sayuran-sayuran

Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kami sampai di Kuala Pilah pada pukul 12.15 tenh hari setelah melalui Bukit Putus yang sesak dengan kereta. Jalan baru masih belum siap. Rsanya dah lebih 2 tahun projek ini, namun masih belum siap. Tiba-tiba ternampak daging salai. Apa lagi mrszain sempat membeli sekilo daging salai dengan hara RM30.00 juga 3 ekor ikan sembilang salai.

Kasih sayang seorang isteri
12.45 tengah hari waktu melawat di Hospital Tuanku Najihah. Kami masuk dengan memakai penutup mulut dan hidung seperti yang tertulis di atas banting di Hospital tersebut. Namun masih ramai pelawat yang tidak mengindahkan notis tersebut.

Sampai di wad, abang ipar ayahzain sedang berehat dengan sebelah matanya di tutup dengan plasta akibat kecedaraan disebabkan oleh seekor ulat/serangga yang masuk ke dalam matanya 2 hari yang lepas. Beliau hanya diberikan ubat titis setiap hari sambil menunggu keputusan daripada doctor sama ada perlu pembedahan atau tidak. Tidak lama kemudian kakak ayahzain sampai dengan membawa nasi. Di Hospital ini kami menghabiskan masa selama 1 jam.

Gemenceh, Negeri Sembilan.- Pukul 2.30 petang kami sampai di rumah adik perempuan ayahzain untuk solat jamak zuhur dan asar. Kami di jamu dengan kueh raya, nasi goring/nasi putih dengan lauk telor itik masak lemak cili padi, daging salai masak lemak cilia pi juga, sayur terung pipit goring sambal dan kacang panjang goring.

Ayer Molek, Melaka. Pukul 4.30 petang kami sampai pula di rumah adik lelaki ayahzain kerana mrszain hendak mengambil kertas soalan sejarah. Di sini kami dijamu dengan mee goreng. Kami tak lama di sini dan pukul 5.20 petang kami bertolak balik ke Pontian. Di sini, ayahzain sempat menyelusuri PDKM sekejap dengan meminjam laptop kepunyaan adik lelaki ayahzain. Ramai juga tetamu yang dating ke rumah beliau termasuk lah beberapa orang bekas anak muridnya. Adik ayahzain ini seorang guru.

Kami sampai di rumah tepat pukul 7.10 malam. Aduh, penatnya setelah lebih 30 jam menjelajah ke 4 buah negeri di Malaysia.

11 ulasan:

CM berkata...

salam Az

melihat kasih sayang seorang isteri,saya dapat simpulkan kasih sayang sejati dapat dibuktikan ketika kita sakit tak bermaya,adakah layanannya lebih baik atau sebaliknya.Saat kita sakit kita memang memerlukan org yang dikasihi menatang kita bagai minyak yg penuh,tapi tak semua orang beruntung,sahabatku ditinggalkan oleh suami saat dia menderita sakit,ketika sihat dan cantik dia dipeluk dibelai,saat dia diuji sakit dia dibuang di tendang...begitu lumrah hidup kan AZ,tapi hidup ini roda,Allah tak biarkan sebarang penganiyaan...huhu teremosi lak...bila dok di sepital ni..

aznaz berkata...

salam ayah zain..

satu perjalanan yan amat memenat kan tetapi menyeronokkan jugak..

syukran

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Apabila kita sakit kita memang memerlukan perhatian orang. Apabila kita berada di Hospital sememangnya kita mengharapkan orang menziarahi kita, pengalaman ayahzain 3 kali dimasukkan ke hospital memang menantikan kehadiran pelawat, terutamanya orang-orang yang kita sayangi. Itulah sebabnya ayahzain akan pergi melawat sekiramya mendapat tahu kawan-kawan, adikberadik yang masuk wad tetapi kebanyakannya mereka tak bagi tahu atas alasan jauh, malas nak menyusahkan.

Macam mana si Dina? belum sihat ke lagi. CM kena beli juga nebulizer tu. Dulu (1993) ayahzain sanggup turun ke Subangjaya daripada muar utuk beli alat tu, sampai kena saman ngan MPSJ sebab tak letak kupon parking (ingat masih manual macam kat MUar - heheh). Semput ni kalau masa baru nak kena kita cepat bertindak, ok sikitlah.

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

Memnag tersangatlah penat. Memandu sorang2. INgat daripada melaka semalam nak suruh anak drive tapi bila terchanel ke Klasik Nasional FM, segar pulak mata dengar lagu2 lama. Balik umah terus lepak sambil buat n3 ni. Then tertidoor. Hari ini, nasib baik tersedar pukul 6.30 pagi. Kalau tidak? "Ampunilah aku ya Allah. Aku selalu menzalimi dirilu sendiri oleh itu Kau ampunilah hambaMu yang lemah ini"

Tanpa Nama berkata...

salam ayahzain,

jauhnye perjalanan ayahzain tu....letihnya boleh hanis bayangkan....melaui bukit putus tu mmg memenatkat...dr dulu ayahzain..bukan kerana jalan baru yg masih belum siap...seingat hanis dr hanis kecil..jalan bukit putus tu musim2 cuti & perayaan mmg camtu...tiada xcdent tpp mmg bermasalah...jalan baru tu...boleh dikatakan cepat juga progress nya...

ayahzain..menariknya restoran mak timah tu...menu2nya tu mmg menyelerakan..wauuu mrs zain beli daging salai??? sodappp tuuuu..masak ngan bacang atau rebung pon sedapkan ayahzain

Che' Pit berkata...

salam az,

jalan2 ziarah, melawat, beraya.. hmm mcm2 in 1.. bukan 2 in 1 jer, hehehe..

semoga mereka2 tu semua cepat sembuh dari segaala masalah kesakitan dan spt menjalankan kehidupan seperti biasa...

alhamdulillah, perjalanan balik kg dan balik semula ke kl sy selamat..

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

Sonan-sonang Hanis pergi la makan ngan ayah n mak kat Restoren Mak Timah tu. Dia memang pakar masak. Dokek jer, kuar jer tol Senawang, dah sampai Seremban Jaya, Dalam 2 km kot. Sonang jer carimya.

Sambil2 tu boleh emak hanis pasarkan karipap pusing tuh.

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

Sungguhlah bagai di kata. Macam in 1 sekrang nih.

Jap lagi nak hantar anak bongsu ke MRSM Batu Pahat. Malam nak g buat terapi ozon kat kluang. ngeh ngeh ngeh

Unknown berkata...

AZ nie perangai agaknya sama gak dgn hubby ummi ,tak boleh di beritahu sikit berita apa2 pun , semuanya dia nk pergi , kadang2 ummi terpaksa tapis mana yg patut jer , kan nya apa2 , usia dah meningkat , memandu sorang lak tu , penat sangat2 .minggu depan 3/4 okt nk ke Jemaluang ,dkt Mersing pula , abang hubby buat kenduri . ade ker cadangan laluan mana paling mudah kesana dari KL?

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Bukannya begitu tetapi yang di lawati itu sangat penting. Dah tu pulak Hari Raya kan, terlanjur berjalan singgahlah mana-mana yang sempat disinggahi.


KL-Mersing? itu kena tanya CR. Dia lebh arif.

Bagi AZ kalau dari KL tu yang mudahnya ialah daripada KL ikut PLUS hingga ke Tol Kulai, then pergi Kota Tinggi - Mersing. Sampailah.

Che' Pit berkata...

salam..

nak menyampuk sikit..
sy rasa kalau jemaluang ikut rompin senang.. dari KL, ikut bukit putus ke muadzam shah, pastu terus ke kuala rompin, pastu teus le ke jemaluang.. ni yg sy tahu ler.. tp tak tahu ler kalau route yg az bgtau tu lagi senang n cepat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...