Selasa, 29 September 2009

Rezeki jangan di tolak

290909 : Malam ini kami mendapat jemputan menghadiri majlis makan malam di Zam's Food Restaurent di Pontian. Majlis bermula 8.00 malam. Apa nak buat, rezeki jangan ditolak, walaupun paras gula dalam darah tinggi, namun pergi jugalah. Niatkan makanan yang dimakan itu sebagai ubat. (Ngeh ngeh ngeh, betul ke tu Pijal) Zam's Food Restaurent
Sebahagian jemputan

Hidangan telah tersedia

Tetamu sedang menunggu hidangan (eh eh boss aku ke tu)

Pengerusi Baru sedang memberikan ucapan

Cenderamata untuk Pengerusi Lama

eh eh Pegawai Tadbir Kanan - lapar ke tuh

Hensem tak pegawai ni CM? dah ada yang punya tuh

Tom Yam Udang + sotong + ketam

Ikan Siakap masak sweet sour


Ketam bunga ke ketam batu nih? sedapnya


Udang pun ada - makan jer la

Sotong Goreng Tepung

air laici


Tembikai

ish ish isih - menggoda la pulak

Makan, jangan x makan -
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka lah hati
Apalah yang hendak di nanti
Balik rumah ubat diabetis pasti menanti
Balik rumah terus ambil sebiji metformin. Kemudian pada pukul 11.30 malam kandungan gula dalam darah di ambil. Ini di panggil RBS iaitu random blood sugar. Biasanya di ambil 2 jam selepas makan.
it's amazing, menakjubkan, ingatkan paras gula tinggi tetapi hanya 6. 9mml/l. Wow! agakanya tadi makan niatkan sebagai ubat ke? Sebenarnya ayahzain hanya mengambil dua sudu nasi sahaja seleabihnya makan lauk pauk sahaja. Air laici tu hanya ambil buah sahaja dan dicampurkan dengan air mineral. Syukur kepada Allah, bolehlah ayahzain tidur lena malam ni. Besok nak kawal gula lagi supaya di bawah 6mml/l.

12 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain...

aduhhh terliuq dah cheq tengok makanan tuh..balik nanti mai belanja cheq nohhh


ayaha zain kena pantang jugaktau makan tuh...

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Bab belanja no problem, nanti Lie balik, ayahzain belanja. Memang sedap la makan malam tadi. Terutamanya aiskkerim tu, sedapnya.

Rasanya ayahzain tak boleh makan nasi kot ngeh ngeh ngeh. Nak kena cari alternatif nai nih

rezeki berkata...

Salam AZ,

wah , berselera betul rasanya. betul tu AZ, kalau rasa nak makan, kita makan, jgn sampai esok dah tekak kita tak boleh telan, baru nak makan itu , ini ngeh,ngeh,ngeh

lps tu belasah ubat le ngeh,ngeh,ngeh

Unknown berkata...

Salam AZ;
betul tu, apa2 yg kita lakukan terletak pada hati (niat) serta sepinggan keyakinan yg kuat , pastu tambahkan semangkuk doa , mudah2an Allah permudahkan segala urusan kita.

Che' Pit berkata...

humang aih..

tu dia tom yam dgn sotong goreng tepung.. my feveret tu ayah.. sodapppp.. terliur lak pagi2 ni..

hmm dah betullah tu ayah gelak, ngeh ngeh ngeh..

UmmuAdam berkata...

Salam AZ,

Memang rezeki tu! Selamat mengawal kandungan gula dlm darah. Mine dah border...tak boleh nak buat apa dah! Masa pregnant 1st baby dulu dah kena...chances it will be there forever..sob!sob!

Tanpa Nama berkata...

Salam ayahzain,

Sedapnye tengok menu2 tu semua ayahzain....dah org panggil p makan free rugi pula tak p kan ayahzain...rezeki jgn ditolak ;-)....

ayahzain jgn lupa makan ubat k....

Ayah Zain berkata...

Salam rezeki,

Sure, selagi boleh makan kita makan. Biar menyesal makan, jangan menyesal sebab tidak makan

Ayah Zain berkata...

Salam ummi humaira

benar sungguhla apa yang dikata oleh mu itu

Ayah Zain berkata...

salam Che Pit,

heheh, memnag sedanp sehingga menjilat jari.

Ayah Zain berkata...

Salam UmmuAdam

Betul tuh. pengidap diabetis boleh makan macam biasa cuma di kawal kalori nya.

Ayah Zain berkata...

salam hanis,

yup, ubat wajib di makan untuk maintain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...