Jumaat, 25 September 2009

Sahabat 1

250909 : Selepas Solat Subuh AZ menerima sms daripada seorang kawan yang telah mendapat msg yang berbunyi "Salam. Akak di Hospital HUKM. Ambulan anta pagi semalam ... drpd Kak Ros. Berderau darah AZ kerana kak Ros ada masalah buah pinggang. Sudah lenih 4 bulan kak Ros mengalami masalah ini. AZ hanya sempat beberapa kali melawatnya. AZ sangat kesal kerana di musim raya Az terlupa nak bertanya khabar malah menghantar sms pun tak ingat kepada nya. Sahabat apakah Az ini? Kesibukan berblog menyebabkan AZ terlupa kepadanya. Semasa balik ke Pontian baru-baru ini, az singgah ke Melaka tetapi tak teringat nak menziarahinya. Ya Allah, Kau ampunilah dosaku ini Ya Allah. Kau ampunilah dosa sahabatku ini, Kau berilah kesejahteraan kepadanya, sembuhkanlah penyakit yang dialaminya. Jadi AZ telah termasuk dalam golongan 'kawan ketawa ramai, kawan menangis sendirian" Lantas AZ menelefon si pemberi maklumat. Beliau menyatakan dia pun baru dapat msg tersebut dan semasa di Melaka dia bercadang untuk beraya ke rumah kak ros tetapi kak Ros mengatakan beliau berada di Hospital Putera.


lega sikit rasa hati ini apabila dapat bercakap dengan kak Ros. Suhu badan dah turun sikit. Rupanya semasa Hariraya dia beraya di Hospital Putera dan semalam dia minta ditukrakan ke HUKM kerana sejarah perubatannya ada di HUKM. Berlinangan airmata apabila dia berkata,' kak Ros tak kisah, jangan susah hatilah dan kita makin jauh manalah nak ingat' . AZ terasa amat guilty sekali. Semoga Kak Ros cepat sembuh.

4 ulasan:

S berkata...

salam ukhwah,

sahabat memang sukar dicari.
kawan memang ramai.
lihatlah dengan pandangan matahati.

kak as pun tak ada sahabat kecuali saudara mara jah.
kak as sudah serik kerana harapkan pagar pagar makan padi.

sudikah AZ sekeluarga menjadi sahabat kak as sekeluarga dunia dan akhirat ??

hui,hui,hui,... sedihlah plak.

Ayah Zain berkata...

Salam Ukhwah jua pada As yang mulia lagi budiman,

saya suka menjadi sahabatmu sekeluarga dunia dan akhirat.

hheh kita ni sebaya, maka boleh lah guna mu, u, i ect.

Anak kera terlompat-lompat
tersalah lompat patahlah dahan
kalau u sudi jadi sahabat
Kecil Jitra, Puterajaya saya tadahkan.

CM berkata...

salam Az..

moga sahabat Az merangkap org kg Cm tu cilindungi Allaepat sembuh dan dh..

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Alhamdulillah AZ sempat menjengok kak ros di HUKM. Ceria dia bila kami sampai semalam. Orang Melaka memang bila bercakap tak berhentikan? ngeh ngeh ngeh.

Si dina tu dah sihat ke? Di doakan semoga dina cepat sembuh juga. Kena jaga makan juga tu. Kena tanya dia, apa makanan yang dimakan menyembabkan dia semput. Jadi kita boleh elakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...