190909, Dengan pemergian Ramadhan Kareem menjelmalah pula Syawal. Bermula lagi satu episod ceria di pagi Syawal Hari Raya Aidlfitri. Hari kita bergembira namun ada batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Islam. Di samping kita bergembira, jangan kita melupai mereka yang kurang bernasib baik, marilah sama-sama kita mendoakan kebahagian mereka itu.
Sempena Hari baik, bulan baik ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua peminat Ceriakan Hari-harimu terutamanya kepada Manzlie, Cikgu Mas, Hanis, Datin Asnija, Atikah, Che Pit, Rezeki, Shami2, Noor, Pinatbate, Shinahariah, UmmiHumairah, Just Me, Ujang, mrs Att,Nurfatini (pengikut saya). Tidak lupa kepada Imran Paris, Kak As, Khairyn (be my folower pls, ngeh ngeh ngeh) serta pembaca-pembaca CHHM (Ceriakan Hari-harimu) sekalian. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima Amalan anda dan amalan saya.
Sesungguhnya Shawal yang mulia ini telah mempertemukan saya dengan PDKM justeru saya berkenalan pula dengan insan-insan berhati mulia yang dapat ingat mengingati antara satu sama lain. Kawan ketika senang dan susah, menjadi sahabat dunia akhirat, semoga tali silaturahim kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan bersambung ke akhirat. Insya Allah. Dengan usia blog yang terlalu muda, macam tidak percaya sudah ramai yang menerokai CHHM seperti dikaunter yang menunjukkan hampir 13000 pembaca. Terasa macam mimpi, betul kah ini? SubhanaAllah, hanya Allah yang mengetahui dan Hanya Allah yang layak menerima pujian ini.
Dengan tersiarnya n3 ini bermakna saya sudah dalam perjalanan balik ke kampung halaman bertemu bonda tercinta , adik beradik, kaum keluarga, saudara mara, ipar duai dan sebagainya. Saya akan berada di kampung Sawah Raja, Kota, Negeri Sembilan pada hari ini dan pada 2 hariraya saya akan ke ibunegara Malaysia, Kuala Lumpur Bandaraya Metropoliten menemui ibu mertua, ipar duai dan saudaramara mrszain pula. Pada Raya ke-4 saya mula bergerak ke Tanah Daratan Benua Asia Paling Selatan iaitu Pontian, Johor. Insya Allah dalam perjalanan tersebut sama ada ke utara atau selatan saya akan cuba untuk singgah ke rumah-rumah Hanis atau CM. Mungkin di KL, saya akan bertemu dengan Rezeki. Kita merancang, hanya Allah yang menentukannya.
8 ulasan:
Salam, kwn dah spi kl dari muar .
esok ptg raya balik muar balik
berhati2 dijalan raya, slmt hari raya dari kami sekeluarga buat AZ sekeluarga. maaf zahir batin
salam CR,
az pun dah selamt sampai kg. jalan ok hari ini.
sampai umah pinjam broadband anak bua,ni yang boleh online
Salam AZ..
Selamat bergembira.. jangan lupa takbir malam nie.. meriahkan malam raya.. malam nie cheq raya kat damansara.. selepas bertakbir kat umah saya, mak, adik & kakak.. baru nak gerak ke utara.. doakan noor & keluarga ye.. semoga perjalanan kami dirahmati dan dijauhkan dari segala bala kecelakaan..
Selamat Hari Raya..
psstt.. brapa kali mau ucaplah..
ngeh ngeh ngeh
salam noor,
yes, insya Allah. Malam ni kita takbir. so berhati2 di jalanraya.hariraya ni jaga2 ngan makanan sebab banyak penyakit masa 1 hariraya. banyakan minum air mineral, sayur lebih ngan buah.
salam ayah zain..
selamt hari raya..maaf ahir dan bain..
syukran
waslam
Salam AZ,
Kesibukkan Ramadhan menyebabkan saya tak sempat menziarahi blog ini. Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat AZ sekeluarga. Saya doakan semuga segala ibadah dibulan Ramadhan yang baru berlalu diterima Allah swt. Ceria-ceriakan hari raya mu dan sambutlah ia dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan. Semuga ibadah kita di bulan Ramadhan diteruskan walaupun Ramadhan sudah berlalu dan di dipertemukan dgn Ramadhan akan datang...insyaallah.
salam Manzlie,
AZ mengucapkan juga selamat harirayamaaf zahir pada manzlie di tanah suci. semoga manzlie ceria bersama staff di sana. jangan lupamasukkan n3 raya yer terutamanya ketika solat adilfitri, dan juadah istemwa kat hotel tu.
salamrindu az pada haram, moga2 az dapat ke sana dalammasa terdekat
salam ummuadam,
rasanya ummuadam dengan ummuhurairah orang yang lain bukan.
AZ mengucapak terimakasih kerana melayari blog az dan juga SHR MZ&B. Moga perkenalan kita di restui Allah. Semoga Allahmenerimaamalan UMmu danamalan AZ.
Salam ceria.
Catat Ulasan