Bak kata Datin, "Adakah saya mempunyai sahabat….sekurang-kurangnya seorang….yang mahu memanggil saya meminta bantuan, walaupun di tengah malam buta?" ......... "kerana jika tiada siapa yang mahu memanggil saya, pastinya saya ini tidak mereka anggap sahabat yang sanggup bersama mereka di kala kesusahan. Mereka pastinya memanggil sahabat yang lain kerana segan untuk memanggil saya".
Betul la Datin dan Proff MKI di manakah sababat di kala kita memerlukannya. Sesungguhnya bantuan itu amat diperlukan semasa kita memerlukan bantuan, ........... ayat yang saya tukar daripada "berikanlah pertolongan semasa sesorang memerlukannya". Di masa itulah kita akan merasai pertolongan itu sangat dan tersangatlah bernilai.
'Sahabat di kala riang tersangatlah ramai, namun sahabat di kala duka sukar untuk dicari." Di mana kah sahabat-sahabatku? Siapakah yang ingin menjadi sahabatku? Seperti kata Datin, siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Sahabat di kala susah dan senang. Hanya Allah yang mengetahuinya dan kepada Allah aku berserah.
.....persahabatan adalah hadiah yang tidak ternilai,nilainya lebih tinggi dari segunung emas,
kerana itu berbahagialah kalau dikirimkan bukan emas,intan dan kekayaan,
tetapi kasih-sayang seorang sahabat yang sejati..."
6 ulasan:
Salam Ayah Zain yg budiman
N3 ini mengingatkan saya pada seorang sahabat baik yg saya sayangi,beginilah.. dia mudah benar membantu org,berkorban untuk org,tapi amat sukar meminta pertolongan dr org lain,dgn alasan tidak mahu menyusahkan org,tak mungkin dia akan memanggil saya dimalam buta untuk pertolongan,dia pasti segan...katanya itulah prinsip dia takkan susahkan org...
saya imbas sejarah nabi,nabi sendiri dtg ke rumah Abu bakar memohon abu bakar menemaninya semasa berhijrah,itu nabi,nape kita org biasa ni segan meminta bantuan dr sahabat???
komen AZ please...
seperti AZ saya juga terasa adakah dia mengangap saya sahabat???
Salam CM,
Memang betul, kebanyakan orang memang sukar untuk meminta pertolongan atas alasan tidak mahu mneyusahkan orang.
AZ lain pulak selagi ada orang nak tolong ayah zain akan minta pertolongan kadangkala sampai berbalah dengan mrszain. Ayahzain tak minta tolong darisegi kewangan kerana pendapatan alhamdulillah, cukup untuk menyara keluarga), tapi minta tolong macam nak p hantar anak balik atau jemput ke asrama heheh. maksud az minta tolong yang mudah2 aje.
Contoh terbaik: Baru2 nih Adik ayah zain tinggal kat Lumut, dia minta carikan halia bara dan padi yang ada di jual di Pekan Parit Sulong. Dia lupa yang az dah pindah ke Pontian. Lalu AZ pun telefon kawan kat batu Pahat, minta carikan item-item tersebut. (Kan ini menyusahkan kawan tuhh. Kawan tu pulak sanggup turun ke Pt Sulong mencari, sayangnya item-item itu dah habis) Tak dapek den nak nolong.
Maka berkatalah Mrszain :Mengapa awak ni (heheh mrszain tak panggil yang atau sayang kerana dia tak pernah manja) suka menyusahkan orang? Tak malu ker.
Mungkin kita orang Melayu yang bersopan santun dan tidak mahu menyusahkan orang biarlah diri sendiri yang susah.
p/s: siapa 'dia' tuh? sure abnag samad kan?
Salam Az...
Begitu senang untuk mencari teman tetapi sukarnya untuk mencari sahabat. Teman akan bersama kita saat kita gembira, tapi menjauhi kita saat ada masalah... tapi sahabat akan bersama kita saat suka dan duka.. menegur kita saat kita terleka.... mana ada teman yang mengerti masalah kita... hanya sahabat yang bisa memahami.
kadang2 terfikir juga, saya nie masih ada sahabat ker? :(
Salam Atikah,
Sememangnya sukar kita nak cari sahabat. Marilah kita berdoa agar Allah memberikan kita sahabat di kala senang dan susah.
AZ pun tak tahu sama ada az ada sahabat atau tidak. Namun dengan PDKM ini AZ rasa ramai akan menjadi sahzbat AZ
salam ayah zain..
sahabat yang baik ada banyak pergertiannyer...bukan bermakna kita tidak dapat seseorang itu dia bukan shabat kita ttapi mungkin ia ada sebabyer yang tertentu..
memamng benar shabat di kala suka apstinyer ramai tetapi di kala duka tiada sapa yang mau rapat..saya pernah mengalami maslah ini beberpa tahun yang lalu...alhamdulilah semua itu telah menjadi pengajran dalam hidup sya mengenal erti shabat...
Cuma skang sahabat sya yang paling akrab dalam diri nih adalah aallah swt yang akan kekal setia di ahti sanubari sya..insyalah
Salam Manzlie,
Benar sungguh bagai di kata. Manzlie pernah mengalaminya beberapa tahun lalu. Mungkin ada sahabat yang nak membantu tetapi mungkin manzlie tidak tahu spt yang az kata kita tidak tahu mana sahabat atau tidak. Sekarang Lie dah agak stabil, alhamdulillah. Kita serahkan diri kita kepada Allah sebagai firmannya 'hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kpd Engkau kami meminta pertolongan'.
Catat Ulasan