230909: Tidak dapat dinafikan Pengalaman di Kota Mekah (PDKM) telah mempertemukan ayahzain dengan beberapa insan yang menceriakan hidup ayahzain. Bermula di alam maya, kami telah bertemu di dunia realiti. Pertemuan pertama ialah antara ayahzain dengan Rezeki (CR) di Gombak pada petang 22 Sep 2009. Beberapa hari sebelum Ramadhan berakhir CR telah menghubungi ayahzain untuk bertemu di Kuala Lumpur. Akhirnya pada petang 3 Syawal kami bertemu di hadapan Kompleks Idaman Bt. 5 Jalan Gombak. Kebetulan ayahzain sedang mencari barang keperluan ibu mertua di sebuah farmasi di situ. Pertemuan yang singkat kerana waktu magrib telah sampai dan ayahzain membawa CR ke Surau Kg. Puah Bt 4 Jalan Gombak dan sebaik sahaja selesai solat maghrib kami 'mengeteh' di sebuah warong berhadapan dengan Diamond Square . Nak di bawa ke rumah ibu mertuaku, CR hanya datang bersama anak lelakinya lalu kami mengambil kesempatan untuk berbual di warong sahaja. Kami berbual rancak, ternyata CR seorang yang sangat peramah. Kami bercerita mengenai kerjaya masing-masing. Ternyata CR seorang usahawan yang hebat. Padanla GPK memanggilnya Tuan Ismet.
Dalam perjalanan balik ke Pontian pagi tadi , ayahzain menyinggah di Seremban menjengok anakanda Hanis yang jelita. Wow kami mendapat layanan yang amat mesra daripada ibu dan papa Anis. Ternyata ibu Hanis seorang yang sangat penyayang dan peramah. Tak sedar kami telah menghabiskan masa selama dua jam di Rumah Hanis dengan hidangan yang sangat lazat sekali hasil masakan Hanis dan ibunya
Lempeng yang di masak oleh ibu Hanis. Sedapnya bila di makan bersama rendang ayam
Tu dia Ikan kembong masak asam pedas, ikan kembong goreng, (Cikgu Mas yang masak ni) Gulai ayam masak lomak cili padi kesukaan putera bongsu, sayur kobes masak goreng dan nasi putih. Ermmm kami makan berselera sekali.
Ini apa pulak ni, la ini yang dibekalkan oleh Cikgu Mas tadi rupanya. Buat susah-susah aje cikgu Mas nih. Dah dibaginya makan, dibekalkan pulak dengan jajan. Nampak tuh, cincalok, belacan, gula Melaka, dodol, kueh inang-inang dan tidak lupa kueh denderam. Cik Lie nak kami pos kan ke?
Mee Goreng yang disediakan oleh Hanis. Wow boleh buat jualan ni.
Rumah Hanis. Kedua orang tua Hanis mengucapkan selamat jalan kepada kami sekeluarga.
Rumah Hanis. Kedua orang tua Hanis mengucapkan selamat jalan kepada kami sekeluarga.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pontian. Namun di persimpangan Ayer Keroh kereta kami tersalah masuk ke Tol Ayer Keroh. Ermm nak ke mana pulak kereta ni.
Eeh eh ayah zain termengekor kereta Pesona warna kesukaan ayahzain. Pesona Blueberry. Ayahzain terus mengekori kereta ini, tiba-tiba Pesona Blueberry ini melencong masuk ke Jalan Berangan 6, Umbai. Siapa gerangan pemandu MAS 7552 ini? Fuyoo Cikgu Mas rupanya. Langkah kanan betul sampai saja di rumah cikgu Mas, asam pedas ikan kembong telah menanti. Apa lagi kami makan la di temani oleh Cikgu Mas, Abang Ngah. Abang Long tak mahu makan lagi kerana hendak menyelusuri facebook anaknya di Ohio. Ayah Cikgu Mas begitu mesra dengan kami namun ibu cikgu Mas tidak begitu sihat, ada masalah kencing manis dan darah tinggi. Tapi masih juga dapat melayan kami tiga beranak ni.Tu dia Ikan kembong masak asam pedas, ikan kembong goreng, (Cikgu Mas yang masak ni) Gulai ayam masak lomak cili padi kesukaan putera bongsu, sayur kobes masak goreng dan nasi putih. Ermmm kami makan berselera sekali.
Ini apa pulak ni, la ini yang dibekalkan oleh Cikgu Mas tadi rupanya. Buat susah-susah aje cikgu Mas nih. Dah dibaginya makan, dibekalkan pulak dengan jajan. Nampak tuh, cincalok, belacan, gula Melaka, dodol, kueh inang-inang dan tidak lupa kueh denderam. Cik Lie nak kami pos kan ke?
Semoga Allah merahmati Keluarga Hanis dan keluarga Cikgu Mas. Budi baik kalian tidak akan ayahzain lupakan. Untuk Cikgu Mas, Mrs Zain terus mempraktikan resepi asam pedas yang CM masak tadi, berjaya la, cayalah pada mrszain. Siapa pulak cikgu yang mengajarnya, Cikgu Mas la.
23 ulasan:
Salam AZ,
alhamdulillah, AZ dah selamat sampai pontian. Semoga persahabatan dan tali silaturahim kita semua berkekalan , insyallah.
p/s: jgn lupa call jika turun ke KT hujung minggu, boleh kita eratkan lagi silaturahim sesama keluarga kita.
salam ayahzain..
hmmm dah rezeki kan nama nyer so hari raya ayah zain penuh dgn rezeki..alhamdulilah..berkat blogPDKM nih berjaya gak kan..
waslam
Salam Rezeki,
Sukur kepada Allah. Az sampai di rumah pukul 5.15 petang tadi.
Insya Allah, akan di usahakan. Kalau pula turun Pontian, jangan lupa Call yer.
Salam Manzlie,
Itu la. Rezeki jangan di tolak yer. Tidak dapat dinafikan PDKM ini telah menyatukan hati-hati kita.
Tadi az cuba msg CL tetapi tak lepas, mengapa?
salam ayahzain,
alhamdulillah & terima kasih tak terhingga kepada ayahanda & bonda kerana sudi mai mai umah anakanda...semoga ikatan ukhwah yang terjalin berkekalan ke akhir hayat..insyallah
ayahzain, kerena ayahzain dok sebut nak makan asam pedas, akhirnya menu tengah hari kami pon asam pedas di jamu tuk nenek & mak2 sedara yang mai umah hanis td...
salam ayahzain,
hanis nak tumpang lalu sat bolehh..
hanis nak cari kak noor...hanis dah naik kapcai kak noor...sekarang nie hanis teringinnyee nak naik JLL tuu...patut laaa berdesutttttttt dr KT ke Muar...berdsut ke KL...patah balik Muar...KL...KT....fuhhhh bilaaa kita nak naik JLL tu...nak miliki kak noor kene jual ladang gotah...hanis nak jual ape laa pulaa yeee...jual mee???
salam Az
fuuiii,masuk kg yer,begitu dalam umah CM,bagi org melaka tetamu mesti kn makan nasi,jajan yg tak seberapa tu cenderahati dari Cm kerana kesudian AZ melawatku ...CM suka dgn mrs zain boleh jadi geng CM tu..hmm abang long tu mmg cam tu,bukan pemakan sbb tu dia slim dari yg lain..giler internet gak tu..
pssst: Asam pedas tu bukan CM masak noo,CM tumpang nama jer,tu lah ciklie boleh trace pulak...,ngeh,ngeh..
P/s: fuuh BMW tuu,coop arrr kalau dpt naik ,Pn Prsiden dok depan dgn tuan Ismet arr..yg lain blkg arr
salam.. selamat hari raya ayah zain.. tumpang lalu yer.. bestnya cm hanis serta cr dapat kunjungan ayah zain sekeluarga.. nanti jemputlah ke kelantan...huhhuu
salam perkenalan ayah zain
Salam Hanis,
yer ker, meriahlah umah Hanis dengan kedatangan atok, uwan n saudara mara, lepas tu di jamu dengan asam pedas. Asam pedas ni versi melaka atau johor?
Salam CM,
Sekilas ikan di air, tahu jantan betina. Memnag sedap la asam pedas tuh, mrs zain dah jamu kami sekeluaegan ngan resepi asam pedas CM tuh
Salam Mylife,
Salam perkenalan. Terimakasih sudi datang melawat ayahzain ni. Selamat hariraya Maaf zahir batin. Nanti kalau ayahzain berpeluang ke kelantan, Insya Allah ayahzain akan singgah.
Dokek jo kelantan tuh. eh eh kek mano kau duduk tu? Kadok ke
gua musang.. insyaallah datang ler ayah zain..
As Salam Az..
meriah sungguh raya AZ & mrs zain kali nie.. dapat mengeratkan silaturahim ngan rakan2 blogger.. semoga ukhwah berpanjangan..
psstt.. hanis sayang, jangan kan jual ladang gotah.. jual tokey gotah pun lum tentu bleh bayar duit muka 'Jagindas Lari Laju = JLL' berkilat tuh.. kalu nak tengok kena pakai spek itam.. silau seh..
ngeh ngeh ngeh..
salam,
amboi jalan jauh noh AZ ni. beraya sakan dia.
ni yang jeles ni.
bila nak mai jitra ni tengok tempat tumpah darah AZ.????
memang teringin sekali nak mkn asam podeh CM ni. bila la nak dapat ......hmmmmmmm
Salam Mylife,
wow kat kaw KuLi rupanya. Kalau ada masa dan kesempatan sampai nanti tuh.
Salam Noor,
ada-ada saja la Noor ni, sampai tokey getah pun nak di jual. Macam citer 3 Abdul la pulak.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, ini semuanya berkah berkenalan dengan CL kan.
syyy! jangan la bising2 pasal JLL tu, CR tak suka glamour macam CM juga.
salam kak As,
Mana ada jauh kak As, dah biasa dah travel Pontian KL. Tu la untungnya ada kawan-kawan, boleh singgah-singgah. itu pun dapat singgah 2 rumah jer.
Nanti Az ke Jitra noo, masa dan tarikh ? ngeh ngeh ngeh. tengok masa dan kesuaian la.
Salam Kak As,
hanis kata kak as nak turun KL, bila tuh, kalau ngam masanya nanti az akan naik ke kl meraikan kak As
ooo AZ beraya diKL noo,nk di jemput krumah ummi di K.Damansara pun,ummi blk beraya di Kedah.tp ni kt KL dah,cdg ari ni nk balik Johor tp anak demam pula
Salam AZ,
az dh spi pontian, kami hari ahad baru spi KT, kemudian nk uruskan anak balik asrama lagi. rindu nk bergolek-golek kat umah sendiri ngeh,ngeh,ngeh
kene ikan kembong asam pedas dgn bendi tu mmg menyelerakan lagi pulak dgn tempoyak . CM, tu yg mcm bertih tu apa namanye, dah lupa lah. dulu kocik2 selalu mkn .tgh hari ni mrs nk masak asam pedas ayam .
hanis start keje bila ? lempeng cecah dhn asam pedas pun sodap tu.
Noor , sorylah lmbt sikit pulang roban ayam tu psl short sekor ayamnya ngeh,ngeh,ngeh
Salam UH,
Beraya kat umah ibu mertuaku di Batu 4 Jalan Gombak.
UH nak ke johor area mana? Kalau area Pontian jemputlah datang umah AZ. Kami sedia menunggu.
Salam CR,
Yup, kami sampai kul 5.15 petnag semalam. Malam nya dah terima pulak tetamu iaitu bekas anak murid mrszain di MRSM Muar dulu. Bagus budak tu dia tahu cikgu dia dah berpindah ke Ptn, datang dia menziarahi.
Yang macam bertih tu namanya inang-inang la CR. Makan panas2 lepas goreng memang sedap.
nanti otw back singgah lah ke pontian. Kalau kuar tol Simpang Renggam, dalam 30 min dah sampai umah AZ.
Pukul 3.00 dah kuar hantar anak balik ke mRSM Batu Pahat.
Catat Ulasan