Isnin, 7 September 2009

Teman Sejati



Lagu ini biasa dinyanyikan dalam mana-mana kursus atau kem-kem motivasi. Sesunguhnya lagu nyanyian brothers ini mempunyai satu nostalgia kepada ku. Semalam aku mendengarnya semula dan teringat kepada PDKM, lalu aku termenung panjang adakah mereka yang selalu melawat blogku dan menitipkan rangkaian kata-kata murni   sebagai teman sejati yang aku cari selama ini?

Selama ini
 Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci




Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui




Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi




KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita




Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...




KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu




Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan




Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Aku bersyukur kepada Allah yang menggerakan hati  Manzli mempelawaku ke PDKM pada bulan Jun 2009, ketika itu aku dalam kesakitan menahan kesan pembedahan curbancle dahulu. Walaupun kini lukanya telah sembuh tetapi parutnya meninggalkan 1001 kenangan. Moga Allah memberkati semua teman-temanku di sini. Andalah teman sejatiku.

30 ulasan:

Asnija berkata...

Yeay...saya no. 1 kat rumah Ayah Zain...

Asnija berkata...

Salam Ayah Zain,

(apa lah...baru nak beri salam...)
Saya nak google le cubancle tu apa dio?

Malam tadi tengah malam saya pun baru balik dari Subang Jaya Medical Centre, anak bongsu saya tak sihat dah 3 hari makan asyik keluar balik...pas tu balik dah malam sangat, takut tak terjaga sahur, kesian lah hubby saya karang tak makan, maka berjagolah saya sambil blogging-blogging...

ari ni saya tak nak tidur balik lepas subuh...takut kang ada orang terbasuh kain dulu dari saya plak...

rezeki berkata...

Salam AZ,
Umah AZ, tiap2 hari ada ratu trek baru, ni datin kategori apa kita nak masukkan kik kik kik

AZ,
sememangnya teman ketawa mmg ramai, teman menangis sukar dicari, tapi insyallah jika kita ikhlas dalam setiap persahabatan, Allah akan bersama2 kita .

Ayah Zain berkata...

Salam Asnija,

MUla-mula saya doakan anak Datin cepat sembuh. Itu semua ujian Allah kepada kita. AZ dulu 3 orang asma. Yang paling teruk no 3, awal puasa dan kemudian akhir puasa masuk ward. Dapat Kueh raya lagi sebab nak raya. Itu tahun 1993 punya cerita.

Curbuncle? La datin tak baca ayahzain punya n3 ni. Siap gambar lagi. Nanti Datin check balik bulan Ogos yer. Curbauncle tu sejenis bisul yang suka dan sayang kat penghidap kencing manis. Walaupun tahp gula az antar 8-10mml (orang kata ok tu), tapi ia masih menyerang anggota badan ayahzain. Bila teringgat ... hilang macho nanti.

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Insya Allah, keikhlasan amat penting dalam persahabatan.

Asnija berkata...

ok...ok...saya baca naa..kalau gitu, bisul itulah yang mak saya kena jugak, kat tapak tangan, dia pun kencing manis, operation besar gitu, sebab kat tangan, kena phisioterapy lagi, takut tapak tangan tak boleh genggam sebab ada urat...mula ner, mak saya sembunikan dari kitorang, sebab dia takut masuk hospital....sekarang ni kalau tumbuh yang kecik-kecik, emak saya tekan-tekan ngan minyak gamat, alhamdulillah terus kering...cuba laa..lagi satu kan ayah zain, air misai kucing tu mujaab laa..senang je tanam nye..senang tumbuh..

(Ayah Zain, anggap je lah kitorang sume ni sahabat sejati ye...pi la rumah Cik Lie, dia tengah dilema tuh...saya pun tengah ta sedap hati...)

Asnija berkata...

Ayah zain,
Saya tak sedap hati la...tapi kat rumah Cik Lie...saya buat-buat sedapkan hati depan dia...

Asnija berkata...

Rezeki,
Daku tidak selera nak ketawa laa...hati ku tengah dup..dap..dup dap...dikau sudah ke Mekah ke belum nih?

Asnija berkata...

Lupa plak tadi, tima kasih doakan anak saya ye..nampak dia dah sihat sikit nak makan...sian dia, saya yan suruh dia tak yah posa...

cikgu mas berkata...

Salam

kak nija kita dup dap,ciklie on line saya pas sahur tadi dia lagi dup dap,lupa sat awekks dia...tgh dok pikir cam nk pecah kepala tu..lupa punyer lupa mas pi kt umah senyum2 tu bukan main lagi dia,,menekel sini,menekal sana..

Az...az ni memang sporting kan?????anak2 AZ untung dapat ayah cam ni,boleh laayan semua benda,lagu,nyanyi,semua boleh..

Kak As. berkata...

salam AZ,

az pun ikut Hanis mengecat rumah ker. nak raya az cat baru. cantik.

ya la lagu ini bisa membuatkan iarmata mengalir tanpa disedari
ia adalah lagu wajib kursus PERASA.

TEMAN SEJATI DALAM PDKM AKAN KEKAL ABADI. INSYAALLAH.

Ayah Zain berkata...

Salam Asnija,

INsya Allah, sakit tu ujian Allah. Kita hanya bersabar dengan ujian yang diberi.

Ayah Zain berkata...

salam CM,

heheh CM ni ada-ada jer kata AZ sporting, romantisla. Sykur ke hadrat Illahi yang meneukan saya dengan Proff MKI n Manzlie. Dua orang ni banyak mengubah pemikiran saya sekarang.

Ayah Zain berkata...

Salam KA,

Kebetulan je tengah semangat mengecat ni. lagu ini memnag bermakna membuatkan kita mengenali erti teman. Insya Allah teman dalam PDKM akan berkekalan

shami2 berkata...

Salam AZ

Ingat salah rumah tdi..aaa cepat sungguh renovate nyer..

Walaupun ktia berpenyakit..jgn dilayan perasaan itu...jga emosi baik2...yg penting org sekeliling amat menyayangi AZ lebih2 mrs...anak2 dan kengkawan kat PDKM

Hanis berkata...

salam ayahanda,

anakanda rasa sedih sgt kenape laa susah sgt anak anda nak masuk umah ayahanda nie...slow yg teramat sgt..kadang2 tu langsung tak leh masuk...sekarang anakanda dah faham kenapa tikah bising kat anakanda haritu kenapa ngan susah sgt nak masuk umah anakanda...bila anakanda dpt masuk..broadband anak anda lak wat hal...huhhuhuhu...

ayahanda...anakanda suka sgt lagu tu...tak penah jumu dengar lagu tu kan...penuh pengertiannya kan..ayahanda, anakanda juga follower tetap prof & puan roza...suka sgt cara pemikiran mereka..

kak nija...hanis pon tak happy sangat pagi td...tp kak mas mmg pandai menukar perasaan suasana...
sama2 kita berdoa terus CL terus kekal di bumi Makkah...

Che' Pit berkata...

salam hanis,

tulah, nak masuk rumah org johor kena ada tol (walaupun AZ bukan anak jati johor, tapi dah lama mastautin kat johor)..

hmm tu yg payah sikit kot nak masuk.. Hmm tapi yg tol tu biasanya laki ke rumah pompuan.. tapi ni pompuan ke rumah laki.. mcm terbalik jer?

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

ermm, apa maksud shami2? AZ tak berapa jelas pulak. Terima kasih kerana menyayangi AZ.

AZ sebenarnya belum berkenan lagi ni, tu yang asyik bertukar rupa. nanti bila dah mantap, tak bertukar lagi la

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

Tu ler, kadangkala bila Hanis tak muncul2 terasa kecil hati juga. Kenapa susah nak masuk ek? Itu semuanya Qada' dan Qadar Allah. Allah yang maha mengetahuinya.

Ayahzain pun tengah dup dap, dah keluarke keputusan CL tuh. Ayahzain x leh nak bayang kalau dia tak ada kat Bumi Suci ini. Baru nak bermesra dah nak pergi. Hanis tahu? Ramadhan kali ini amat berbeza dengan ramadhan yang lalu dengan kemuculan CL dan Prof MKI serta anda semua di PDKM.

Ayah Zain berkata...

Salam CP,
Ayahanda kurang faham ni. Kenapa cerita tol sampai ke sini yerk.

Tol hanya dikenakan kepada pengantin lelaki yang ke rumah pengantin perempuan ke rumah lelaki tak ada tol.

Tapi kadang2 tak ada pun tol, mungkin tengok tenpat agaknya

Che' Pit berkata...

salam ayah zain,

ngeh ngeh ngeh toksah susah2 pk, betullah mcm kata AZ tu.. sbb tu sy ada tinggalkan persoalan tu

"tapi ni pompuan ke rumah laki.. mcm terbalik jer?"

hmm tgk gak lak.. kalau ada tol tu meriah sikit.. lagi tambahkan debar pasangan yg tak sabar2 nak bersanding tu..

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

yang AZ x faham mengapa tetiba jer tanya pasal tol. ngeh ngeh ngeh

setahu az, tak ada tol pompuan ke lelaki

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

orait. Kulit pai tee tu ranggup lah. bila makan bunyi lekap lekup. ghup nghup bunyi dia, best.

Hanis berkata...

salam ayah zain,

berbuka puasa dengan menu apa pula arini? pai tee lg ke?

pijal...tol yg kat johor tu kadang2 melampau sgt kan...kesian diorg...

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

Hari ni berbuka rengkas jer. Tak mahu mebazir makan apa yang terlebih semalam ngeh ngeh ngeh, yang tak dapat di makan iaitu pau smbal, puding ala cocktail tu, pai tee segar. kulitnya sungguh ranggup, buat fresh letak inti dan terus makan, mak datok ranggupnya.
Sat lagi baru nak makan nasi, macam nampak gulai lemak cili api udang + sayur peria katak. Ikan selar junung goreng. Jom la join sekali sambil tengok bio nik.

CL tak jadi buka blog pengalaman di pelantar minyak. Alhamdulillah

Noor berkata...

As Salam..

Dear AZ.. kalu tak mai selalu bukan kerana tak ingat.. memang dok ingat.. tapi, almaklumlah.. kadang2 masa tak mengizinkan.. cheq ni subuh2 dah kena p noreh.. tu yang kadang2 tak nyempat nak menyinggah..

psstt.. saja nak bagi tau AZ.. kami nak p umah anak yatim tu ari sabtu nie.. kul 11 pagi..

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

Yer ker. ermm,kul 11 di rumah anak yatim ke.

Atikah berkata...

Salam AZ...

Lagu nie kenangan terindah dengan teman2... selalu nyanyi lagu nie ramai2 masa dok study dulu... samapi sekarang masih berhubung walaupun masing2 dah balik kg halaman...

manzlie berkata...

salam ayah zain...

alhamdulilah...kita sudah kenal lebih kurang 10 tahun dulu selepas tuh putus hubungan kan..alhamdulilah..kerana PDKM kita bertemu lagi...ingatan sebagai teman dan sahabat masih lagi dalam ingatan sya nih...sesungguh nyer ayah zain tidak akan kehilangan kekawan seperti kami semua ini..insyaalah..doa sya semoga kita semua kan menjadi sebuah kelaurga yagn mesra dan bahagia nanti..insyaalah

waslam

Mrs Att berkata...

Salam AZ ....
Memang lagu tu selalu digunakan dalam program....
Tapi banyak kali dengar pun...
bila time ...
mesti tangkap nangis punya.

re: bibik saya tu memang baik. Buat kerja pun memang memenuhi citarasa dan kehendak saya, Dia balik sebab anak-anak dia kacau suruh balik. Tak bagi dia keja. Kononnya depa nak sara dia hidup.Tapi bila sembang ngan saya.... dia dah sedih . Nak balik semula ke sini ... hidup sana susah katanya.
Sekarang pun saya dah ada pembantu yang baru. Saya ambik masa hampir tiga bulan buat reformsi dan training. Dari pakaian sampailah cara kemas rumah .... dan perkara kecik-kecik.La ni ok lah. Janji yang utama boleh jaga anak-anak saya dengan baik.... perkara lain tu kira no 3 4 lah...
Tul tak AZ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...