Mengapa hati ini begitu rindu kepadaMu, Ketika aku rindu, hati ini tiba-tiba menjadi sayu, hiba sukar untuk berkata. Air mata berkaca mengalir di pipi. Begitu syahdu, begitu hening.
Rindu
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan
Semoga diri ini terus merinduiMu, semoga diri ini sentiasa mengingatiMu, semoga diri ini sentiasa berserah kepadaMu.
29 ulasan:
salam ayah zain...
"Rindu ku memaksaa....
menyayangiimu....
tak dayaa....."
lagu fransiscar peter tuh..sedap algu tuh ayah zain..minat sya gak..
waslam
Salam CL,
Hati ayahzain memang sayu ketika ini. Begitu cepat Ramadhan berlalu, sudah 18 hari rupanya tetapi .........................
(tu yang melalut ikut rentak CM itu. Tergoda juga ayahzain)
Salam CM,
Ini ayahzain sampaikan hajat Lie yer
Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu
Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu
Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu
1
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku
2
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi
Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi
salam AZ
bila baca lirik lagu tu,cm dpt rasa kerinduan,dan kesayuan hati AZ,tapi itulah keistimewaan AZ,camner pun dia tetap ceria dan mengembirakan org lain..layaan tetap layann
ayook ciklie tu bawak
rindunyer sampai ke sini yer...
rindu memaksaku mengusikmu wahai ciklie...
Salam CM,
Itu la rindu yang agung. rindu pada yang maha esa.
every nite n every day, never forget to say La illahailla Allah
salam ayahanda,
hanis suka masuk umah ayah zain....sememangnya setiap kali masuk ade sahaja yg membuatkan hanis ceria...tepat sekali nama umah ayah zain nie...
RINDU...bestkan lagu tu...
Salam Ayah Zain,
Saya memang tak boleh tengok gambar masjidil haram kat pintu King Abdul Aziz, kalau tengok tangga kat sebelah nyer lagi saya rasa nak menangis...terbayang-bayang, saya, suami dan anak-anak menaiki nya, berenti dan masukkan kasut ke dalam kantung kasut, kemudian disapa polis dua orang yang duduk kat situ...nostalgia sungguh kalau tengok pintu tu...
Wah AZ...Cik Lie membawa hati nyer yang kerinduan merata rumah rumah orang....sampai ke Pontian membawa hati nyer yang rindu....sat lagi singgah ke Seremban le tu...
Salam Hanis,
rindu itu memang mengasyikkan.
Yer ke suka, Kalau begitu, selalulah datang yer
Salam ASnita,
Memang sungguh bagai di kata. Bila la saya boleh sampai ke sana lagi, mengubati hati yang rindu ini.
Salam Asnija,
Memang CL sedang merindu. Biarlah ia datang, rumah Ayahzain terbuka kepada sesiapa sahaja. Kecil tapak tangan, selat Melaka ayahzain tadahkan
Salam Semua,
Aku masih rindu, Kepada siapa rindu ini? Tulunlah rungkainya:
Rindu itu amat memilukan:
Siapalah aku tanpa dirimu
Bagai pantai terbiar sepi
Siapalah aku tanpa cintamu
Bagai insan dibaluti kerinduan
( korus )
Cinta itu amat mengasyikkan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajaran
Cintaku cinta yang terbiar
Hidupku tidak seindah impian
Luka itu amat memedihkan
Resah itu amat membosankan
Kekecewaan amat derita
Namun ada kenangannya
Cintaku cinta yang terbiar
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Cintaku cinta yang terbiar
Jatuh tersungkur di pinggir luka
Siapalah aku tanpa dirimu
Bagai pantai terbiar sepi
Siapalah aku tanpa cintamu
Bagai insan lara dibalut kerinduan
Cinta itu amat mengasyikan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajaran
Apalah ertinya cinta yang terbiar
Bagai biduk hanyut di lautan
Apalah dayaku jodoh tiada
Sudah suratan takdirnya begitu
salam ayah zain,
hanis pon terasa nak menyanyi laaa....hanis dok tengok semua org dok nenyanyi terasa nak menyanyi sama...nanti hanis nyanyi k..
Salam Hanis,
Jom kita nyanyi.
Salam AZ,
mmg kita yang pernah ke sana sentiasa akan merinduinya, Bilakah agaknya dapat berada di rumahnya lagi, beribadat . Insyallah.
p/s : saya nk jadi PA CL kat sanalah, tapi nak kena bela janggut panjang tu dan pakai tie merah .
salam Az,
tima kasihlah sbb sudi tengok umah Kak As, minta maaflah sbb tak buka pintu.
kena quarantin dalam umah.heh heh heh ....
khas buat AZ.
LAGU RINDU AHAD
Lagu rindu berbuai
Berbuai ayun nan gemalai
Melambai hembusan bayu
Menggapai awan di langit biru
Bintang bintang menitip restu
Mentari dan bulan turutsama berlagu
Menyanyikan lagu rindu
Lagu rindu mengintai
Megintai manja di redup mata
Meniti mesra di bibir delima
Menyapa mekar di tasik hati
Lalu bertaut akal dan rasa
Taqwa dan redha
Lagu rindu terus berlagu
Rinduku,
Hanya pada MU.
ALLAHU AHAD
salam ayah zain , tumpamng lalu..
en rezeki nak jadi PA saya jugak ker...pakai tie merah and simpang janggut panjang? jgn nanti cm marah sya lak..heheheheheh
waslam
salam CR,
Betul CR, rindu, serindunya kepada Kaabah
salam Kak As,
Amboi, sedapnya lagu Kak As, terpesona saya mendengarnya
salam CL,
CM mana boleh marah, dia lagi suka
Salam AZ,
Bagaimana persiapan menyambut syawal . Dah pegi plaza angsana ke belum ?
tumpang lalu,
CL, PA no lapan pun takpe, tapi CM nak suruh abg samad pakai skirt mcm scotissh kat Makkah , boleh ke Cl ?
hari tu CL pakaikan dia jelur gemilang boleh kan.
ngeh, ngeh, ngeh
As Salam..
CZ.. rindu itu satu perasaan anugerah Yang Esa terhadap makhluknya.. rindu pada Yang Esa.. rindu pada Ayahbonda.. dan.. rindu ada sidia.. tapi bila melihat gambar yang CZ sertakan.. tersentuh pilu hati ini.. rindu sungguh ingin kesana.. InsyaAllah dengan keizinan Nya kita pasti kesana lagi..
psstt.. ala tuan ismet, kasilah chance pada cheq lak jadik asst. PA.. letihlah jadik sekretari sarikat..
ngeh ngeh ngeh
salam ayah zain..
huhu teringat sungguh lagu ni.. ni lah nasyid yg cheq kena nyanyi masa jamuan buka pose masa kat sekolah sains muar dulu.. masa tu baru je masuk, kena buli dgn senior, kena nyanyi nasyid.. tapi kami pelik tang lirik "isteri-isteri" yg solehah, ngeh ngeh ngeh.. nak dapat 1 pun susah, apatah lagi nak berganda..
Salam AZ,
Banyaknya lagu..semua org..nyanyi..lagu tu lagu ni..rumah cheq atas bukit tak dpt siaran....stesen radio...
lama2 cheq nyanyi lagu rindupadaNya..sambil esak2...cipta lirik..sendiri apa2lah tgok..ujian yg mai...tulah kat rumah tu selalu ja ujan...
salam Noor,
Mcam mana tak rindu lihat kaabah hari-hari tapi tengok aje, nak masuk tak boleh, tu yang rindu. huhuhu
Che Pit,
kata MRSM macam mana boleh SMS pulak. Atau masuk SMS sekejap lepas tu u masuk MRSM yer. isteri-isteri? boleh sampai 4 kalau mampu.
salam Shami2,
apa nak buat, dah boleh menyanyi jer. nak makan siang2 tak boleh. ngeh ngeh ngeh
ummi kira disaat ini , semua ummat muslim sedang merindui janji Allah untuk kurniakan kita suatu malam "lailatul qadr" yg tiada tandingannya , mdh2an kita dipertemukannya.
salam Ummi,
Semoga kita berisaha untuk mendapatkannya, Malam Lailatul Qadar
Catat Ulasan