Sabtu, 5 September 2009

Johor Bahru

Hari ini aku ke Johor Bahru menghantar notebook yang tak berapa bulan dibeli mengalami masalah di mana keypadnya tidak berfungsi. Aku pergi sendiri kerana mrszain sibuk menanda kertas trial anak muridnya. Aku menghubungi kenalan lama semasa di kampus yang tinggal di BBU JB. Sempat singgah di rumahnya dan bercerita tentang blog-blog yang aku ikuti. Sudah semestinya dia berninat dengan  Pengalaman di Kota Makkah dan Catatan Perjalanan kerana dia berstatus standby menunaikan fardhu Haji pada tahun ini.

Dalam perjalanan pulang aku singgah di Masjid BBU kebetulan azan solat Zohor sedang berkumandang. Aku mempunyai sejarah sendiri dengan masjid ini kerana pertama kali solat maghrib di masjid ini berkaki ayam kerana bimbang kecurian kasut. Terjengket aku berjalan di atas laman bertar di pekarangan masijid ini. hehehhe. Jadi kasut ditinggalkan sahaja dalam kereta. Pengalaman kawan menceritakan yang ia kehilangan kasut sewaktu solat Jumaat di Masjid ini. .
Sudah ramai jemaah semasa aku masuk ke Masjid ini untuk solat zohor
Cantik tak dekorasi di antara mimbar ini? Aku terpesona.
Di masjid ini juga aku telah membayar fitrah untuk sekeluarga kerana amil sudah menunggu di depan mata. Tak baik ditangguhkan bayar zakat ni
Subhana Allah, selepas solat zohor, seseorang menegurku. Siapa? Wajahnya ingat-ingat lupa. Rupanya bekas optometris ku semasa aku bertugas di Muar 20 tahun yang lalu. Sudah beranak 4 dia ni. Lantas mengajak aku ke kedainya 'dOptometris di BBU ini. Dia kata hanya satu sahaja kedai cermin mata di BBU.
Kepada mereka yang berada di sekitar Skudai, mampir   di kedai kawan ku ini. Ada diskaun.

24 ulasan:

Noor berkata...

Salam AZ..

dah selamat sampai ke rumah ye.. jalan sorang2 tak banyak menyimpang ek.. stakat p kedai kawan je.. kalu ada mrs zain, misti dah p carik stok kueh raya..

ngeh ngeh ngeh

Alhamdullilah.. misti dah sehat notebook AZ ek..

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

Bulan puasa tak mahu menyimpang, kurus puasa hehehh.

Stok kueh dan cukup. dah tunjuk kat blog dulu, noor lupa tuh.

ngoh ngoh ngoh

notebooknya di tinggalkan di kedai komputer. Ni ayah zain guna PC.

rezeki berkata...

Salam AZ,
nb AZ cap apa ? kalau baru masih dlm warantty. Apa masalahnya ?

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

fujitsu. warranty 3 tahun. tu yang p hantar kat kedai tu semula.

CM berkata...

salam Az

saya pun macam tu,kadang2 pi mana2 ada jer bekas pelajar datang menegur ada yg beranak pinak,berpangkat kecik n besar semua ada.ni tak sampai 10 tn lagi mengajar kalau dah nk pencen nanti,lagi ramai bekas pelajar dtg menegur..kalau diaorg masih ingat cikgu dia...saya pasti mrs zain pun lalui perkara yg sama..


saya hari khamis depan paper sejarah,lum sibuk lagi...

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

yer, sunggulah apa dikata oleh CM itu. Seronok kan bila bekas anak murid menegur tapi yang bauat tidak tahu tu, terasa hati juga. heheheh

aznaz berkata...

salam ayah zain...

harap notebook dia cpat lah sembuh nohh...

waslam

Ayah Zain berkata...

salam CL,

heheh, depa kata minggu depan sembuh.

Tanpa Nama berkata...

salam,

ayah zain ....boleh dah dapat tidiscount kalau hanis p buat spec nanti?

Asnija berkata...

Salam AZ,
Idaman ku tuh notebook fujitsu...kawan saya kata bagus brand tu, apsal pulak keypad nyer kong ye...notebook saya nih dah boring arrr...ingat nak kasik kat anak bujang saya je...nak beli yang kecik je...senget bahu saya bawak note book berat...

aznaz berkata...

salam ayah zain...
aduhh sya pun teringat nak buat spek lah..mata dah takleh abca dekat..ada diskaun tak..hmm adik kenapa kita sma jer ar berlaku nih mata..?

waslam

rezeki berkata...

Salam AZ
tumpang lalu,
CL, dari karana mata ...
kik kik kik

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

Hanis punya pasal, diskaun ok, oleh urus.

Ayah Zain berkata...

Salam Asnija.

Memng betul, barand tu ok. Tak tau ler. Mungkin ganas sangat kot pasal nak dapat no satu kat PDKM. Bak kata hanis ketaq jari , ngek ngek ngek

Ayah Zain berkata...

Salam Manzli?

aik tetiba nak buat spek mata? tali sakti dah mula tu main peranan nih

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Dari kerana mata yang menggoda di jiwa, ooo aku tergoda, aku tergoda, terpedaya. oh tidakkkkkkkkkkkk.

Tanpa Nama berkata...

salam ayah zain,

hanis tumpang lalu bulih...
Abang...abang mmg kene p buat spec dah tu...aritu adik tengok abg susah nak baca sms..dahtu camne abg dok tengok laptop tu...mesti dok jauh ajee sambil menaip...huhuhu...nanti p buat spek k..

ayah zain...kalau buat 2 boleh dapat lg murahkan... ;-)

Asnija berkata...

Salam AZ...

Depa dua nih...mai cinta sampai sini noh...

sakit mata, sama-sama sakit mata, nyanyi sama-sama nyanyi...

sungguh memprovokasi...

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

Buat dua, diskaunnya dua juga. Tak ada masalah

Ayah Zain berkata...

Salam Nija,

Tu la, gelanggang dah mula beralih arah. Tak apa Nija, kita ikut jer rentak tarian tu

CM berkata...

salam AZ yg disayangi.

CM mintak maaf,bila depa mula maim mata sambung kisah cinta diistana ceria ni,CM mula nk menyanyi lagu romantik,CM ni mmg romantik dan pernah bercita-cita nk jadi cikgu muzik...CM bagi depa lagu kt sini arr.AZ nyanyi sekali untuk Mrs Zain yg manis tu...AZ tau kot lagu ni,lagu zaman Ciklie muda dulu...


M. Nasir

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Bait2 lirik yg romantis dan 'makan' dalam...


Cik lieeeeee!!!!!!cheq faham noo,CM kan kawan baikmu......nyanyi lagu arrrr...

Unknown berkata...

bestkan bila usia kita dah meningkat ,tiba2 ramai anak murid menegur ,kalu ada yg mhulurkan bantuan (hadiah) lagi ler seronok .tanda ingatan tulus ikhlas dr mereka .

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

melangkolik sekali phrasa cinta mu itu.

Sayangnya AZ tak tahu lagu nih.

Ayah Zain berkata...

Salam Ummu Humaira,

Sungguh benar apa yang dikata oleh dikau ummu humaira. Memand seronok bila bekas anak murid menegur kita, tambah2 kalau bekas anak murid dah jadi somebody. huhuhu,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...