140909 Sungguh cepat masa berlalu. Tiba-tiba kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan. Hanya beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal menyambut dengan ceria umat Islam yang telah menjalani ibadah opuasa dengan jayanya.
Sebagai umat Islam, kedatangan Syawal bermula dengan sambutan Hari Raya Aidlfitri. Namun sambutan hariraya bagi umat Islam berbeza dengan sambutan Hari-hari Perayaan agama yang lain. Sebagai Muslim sambutan Hari raya adalah ibadah kepada ALLah SWT. Oleh itu kita dianjurkan mengamalkannya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.

Antara amalan sunnah tersebut adalah :
• Bertakbir : Bila anak bulan Syawal kelihatan kita dianjurkan bertakbir sehinggalah tamatnya Solat sunat Aidilfitri. Kita digalakan bertakbir apabila keluar dari rumah menuju ke masjid/surau . Ia bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui hingga ke tempat solat.
• Lafazkan ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri dengan ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
• Meneruskan qiamullail : di malam-malam Ramadhan kita berterawih maka amalan ini diteruskan dengan solat tahajud pada malam-malam selepas berakhirnya Ramadhan.
• Mandi pada pagi hari raya: Kita disunatkan mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri."
• Makan sebelum solat Aidilfitri : Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan makan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya - Sekiranya tiada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.
• Memakai pakaian yang indah.
• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya : "Nabi s.a.w berjalan kaki ke masjid melalui jalan yang berbeza pada hari raya." -
• Tempat perlaksanaan solat hari raya :Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin)
• Mengerjakan Solat Aidilfitri :"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat.
• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri : kegembiraan sambutan hari raya Aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi.
• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal : Sbda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun."
Dipetik drpd. catatan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (minda Akob)

16 ulasan:
Salam Ayah Zain,
Saya no.1 kat rumah ayah zain nih...
terima kasih atas tzkirah tu...yang paling Nija nak cuba sungguh-sungguh teruskan ialah amalan qiamulail nih...adakalanya mata berat sangat....kalau tak buat, esoknya baru nak nyesal...
pernah tu, sebab nangis banyak sangat masa solat, esoknya mata bengkak...satu hari kawan opis takut-takut je nak tegur...diorang ingat malam tu Nija gaduh ngan husband...kelakar betul....
As Salam AZ..
alhamdullilah.. ini lah kebaikan nya mengenali ramai kawan.. sering mengingatkan.. teringat waktu dulu2.. arwah ayahda selalu buat meeting @ tazkirah ngan anak2.. akan diajarkan segala amalan yang perlu dilakukan.. ketika puasa.. ketika 10 malam terakhir.. ketika raya.. dan banyak lagi.. semua dah tinggal kenangan.. namun segala nasihat & pengajaran masih terus kami lakukan..
tumpang lalu AZ,
pssttt.. tn ismet, jangan kan rest. amat ataupun abu.. 'maplair' kat doraisamy pun cheq bleh bawak..
kita pekena 'teh secawen'..
ngeh ngeh ngeh
amalan yg pertama 'bertakbir' menjadi kegembiraan bg yg terasa nikmat kepuasan berpuasa , bagi yg dah berkumpul dgn sanak saudara , tapi sayu dan hiba bagi yg sedih dgn berlalu nya Ramadhan , apatah lagi bagi anak rantau yg tak dapat balik kampung , he he he ummi balik raya di kedah pastu 3/4 hari baru blk Johor .
Salam AZ,
Gambaq Haram tu mana AZ dpt...bole bgtau
Betui AZ, setiap amalan hidup kita musti menepati sunnah kalau tidak sia2, belaka..nasihat ust sya...
Salm Asnija,
tahniah Datin No 1.
Bagus tuh kita teruskan solat malam. Allah mendengar rintihan kita dan memperkenankan doa kita ketika bangun 1/3 malam dengan qiamulalil.
hahha, kelakar yer sangkaan orang begitu.
salam Noor,
ye kita ingat mengingati. Nak buat tazkirah tak pandai, so mana-mana pembacaan yang kita jumpa dan rasa bermanfaat kita ambil la. Amalan Sunnah aidilfitri itu telah ayahzain bacakan semasa tazkirah di ofis pagi tadi.
salam UH,
Memang la gembira bertakbir kepada yang mengerti tetapi kebanyakan antara kita leka dengan perkara lain, termasuklah ayahzain sendiri, raya ni nak cuba la amalkan.
Salam Shami2,
Shami2 ni memang peka pada gambar tuh. Ayahzain dapat daripada emel yang seseorang hantar pada emel ayahzain.
salam ayahzain,
terima kasih atas perkongsian & peringatan ayahzain tu..bila ayahzain buat n3 ni...terasa sekejap sangat masa ramadhan ni berlalu & raya dah bakal menjelang tiba...
Salam Hanis,
Memang betul tu, kejap je dah nak raya pulak.
Salam AZ,
alhamdulillah, semoga kita dapat merayakan kedatangan syawal tahun ini dgn mengikuti apa yg dianjurkan oleh islam dan sunnah rasul, selamat dunia dan akhirat.
cite psl raya, tahun ni saya tak beli apa2 pun, hanya baju kurung telok belanga je, seluar tak buat , pakai kain pelikat dgn songkok aji lebih selesa. ngeh,ngeh,ngeh
salam AZ,
nasib baik raya hari ahad.. kalau jumaat, silap2 pagi tu bukan mandi sunat, tapi terus wajib, ngeh ngeh ngeh..
Salam CR,
Oklah tu, ada juga pakaian yang indah-indah. Ayahzain hanya sempat beli baju melayu cekak musang kat Melaka bulan julai baru2 ni. ada sale ayahzain beli lah. cuma RM99.00 jer. Murah kan? sebab kos upah jer dah 90.00 tak masuk kain lagi tuhh. anak2 lelaki ayah zain semuanya dah siap tempahannya semalam. ayahzain punya baju melayu tak sempat nak tempah sebab tailor dah tak mahu amik tempahan huhuhu, so beli yang dah siap jeh.
Salam CP,
amboi CP, pandai ha orang bujang. so bila lagi nak praktikkan mandi wajib sebenarnya
salam hari raya buat AZ sekeluarga,
maaf jika ada silap salah.
Hidupkan malam Raya dengan bertasbih, mari kita buat solat tasbih pada malam raya.
smoga kita sekeluarga di beri rahmat keampunan oleh Allah.
Salam Kak As,
Marilah kita sama-sama menceriakan suasana Aidilfitri dengan amalan-amalan sunnah Aidilfitri ini. Semoga Allah mempermudahkan utusan kita di dunia dan akhirat.
Catat Ulasan