Hanis dan CM kalau mahu cobak bikin 3J amat mudah sekali. Hanya perlu jering tua (yang muda tak mau), tepung beras, pucuk ubi, air dan garam secukup rasa. Mula-mula jering tua ditumbuk (tapi zaman moden ni, blend jer)kemudian digaulkan dengan tepung beras dengan air hingga boleh di jemput dengan tangan la. Kemudia masukan pucuk ubi yang telah diramas. gaulkan sekali sebenarnya dengan tepung beras tu. Bila dah sebati, mulaler menjemput ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
Bancuhan 3j siap untuk digoreng
3J sedang digoreng 3j siap untuk di hidangkan
3J sedang digoreng 3j siap untuk di hidangkan
Sebenarnya semalam 3J adalah satu lagi menu untuk santapan tetamu yang datang ke rumah ayahzain. Sengaja tidak dimasukkan kerana memang nak dibuat satu n3 khas. Para tetamu memuji sakan 3J ini hingga habis satu pun tak tinggal. Alhamdulillah.
Jadi kalau Manzli, Hanis, CM, Kak As, Rezeki, CP, normala, datin, UH dan yang lain-lain kalau nak mai umah ayahzain akan diusahakan menu ini kalau ada bekalan jering tua. Terutamanya CP kalau nak mai umah ayahzain sila ke Pasar Chow Kit dulu kerana di sini banyak di jual jering tua. kat area johor ni sukar nak dapat jering tua, jering muda memang banyak.
19 ulasan:
Salam AZ,
Macam mudah aje nak buat...nanti weekend ni saya try...kalau jadi saya bagi tau kat AZ.
Salam UA,
worait. silakan mencobak! mudah bangat membikinya buk
WOW!
teruja saya nak mencubanya...
insyaAllah , suatu masa nanti sampai gak ummi kesana , tp janji ya mesti ada 3J tu. mesti sedap nya tu , sebab ummi pernah makan jering tua yg direbus dan dimasak sambal , langsung tak perasan benda tu rupanya jering .
salam ayahzain,
waaaaaaauuuuuuuuuuu....menariknyaaa...hanis tak pernah dengar cucur jering & pucuk ubi nie...waaaa...nie harus di cuba...tp ayahzain, dia menggunakan tebung beras ke?..bukan tepung gandum? wauuu...ayahzain nie buat hanis terliur laaa tengok cucur j3 tu....
salam ayah zain,
pasti masa menggoreng tuh...satu rumah berbau jering...makan dengan cili sos ke...boleh dibayangkan rasanya sodap...
menu pelik ni mesti dicuba...
Salam Pinatbate,
Cobak yer buk. Garenti meanikan aromanya seluruh rumah. Sedap siut.
Salam UH,
Kalau ada jering tua tak ada masalah. Bila nak mai ke pontian?
salam hanis,
heheh, itu la pasal. Memnag sedap sangat cucur jering ni. Lepas makan, mesti makan timun jadi mulut tak berbau.
Salam datin,
EWalaupun satu rumah berbau, aromanya amat memberangsangkan hidung ayzahzain. Suka sangat ngan bau jering goreng. (Orang kalau dah suka bau apa wangi). betul tak pijal ngeh ngeh ngeh
Salam hanis
Lupalah pulak,
pakai tepung beras. Tepung gandum tak menjadi. benyek. yang ni rangup.
AZ...kreatifnya. saya mengaku...tak pernah makan jering...tak tau kenapa, walhal saya suka petai. Nway bila tgk jemput2 jering ni berselera pulak....nanti buatkan ye
Salam Mimran,
Lamanya Imran menghilang. Alhamdulillah, bukannya AZ yang kreatif, itu warisan nenda mrszain. Menag sedap la, nanti kalau Imran datang, AZ minta mrszain buatkan yer.
salam ayah zain...
hmm tak kuat ker bau jering tuh..
tak makan jering aaar...
waslam
Salam Manzlie,
Tu la kalau dah suka, tak kisah tentang bau tuh. Tapi kat bilik air ayahzain tak ada pulak bau jering.
Dulu masa kecik2, atok makan jering tanam lagi. Bau nya mak datok. Tapi dia saja jer makan jering yang di tanam dalam tanah tu. Lagi lama lagi bagus.
Salam AZ,
tak penah makan lagi, tapi dulu2 atuk yang gigi dah takde, jeringnya ditumbuk lumat dulu . kemudian rasanya dicampur dgn kelapa dan gula sikit . dimakan dgn nasi.
makan jering mmg sedap, tapi lps tu bilik air siaplah dgn aromanya ngeh,ngeh,ngeh
3J?
hmm menu baru.. ni baru 1st time tahu.. tapi ada rasa jering ker? huhu sy tak makan jering.. petai makan lah..
Salam rezeki,
Bilik air tak berbau sebab kita guna tandas duduk, ngeh ngeh ngeh
Salam Che Pit,
Semua orang cakap tak makan jering, tetapi bila dah kena, nak lagik
Catat Ulasan