180909: Hati ini terkasima dengan ulasan hamba Allah di PDKM. Tapi biarlah mungkin ada hikmahnya. Namun emel yang diterima dalam kotak yahoo ayahzain lagi meruntun jiwa dan mahu saja berkongsi dengan anda semua, mungkin dapat juga manfaat daripada cerita ini.
Dari catatan seorang teman...
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami."Mungkin awak ada buat silap dengan mak kot. Cuba check," katanya. Sayatersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diujisebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri.
Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yangsaya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Emak menjawab. Sayamasih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab, "Tak adaapa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapit erdiam kembali.
Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.Kadang- kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. "Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabribelajar dalam hati yang penuh terpaksa."
Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik dipangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri.Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yangtenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalirsejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan sayaterasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang.Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepadapeserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon. "Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itus eakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.
Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini. "Syukurkamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosakamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggupmengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak."
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yangberjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat.Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei,orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul. "Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36
AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS.... SESUNGGUHNYA SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.... RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA
14 ulasan:
Salam Ayah Zain...
Saya sedih baca cerita ni ayah zain...bila dah jadi ibu macam sekarang ni...sensitif sangat dengan perasaan seorang emak...ayah tak akan dapat merasainya...
emak saya pesan, setiap hari mesti meredhoi anak seredha-redha nya...maafkan semua kesalahan anak sebaik saja dia buat salah...dan doakan anak diberi belas kasihan Allah...manalah tahu, ajal maut di tangan Allah...takut tak sempat, sekarang ni, tersepak batupun boleh jadi penyebab...
Salam AZ
dh baca kisah ni..
Antara dosa yg mdpt balasan dr Allah atas dunia lagi ialah berbuat derhaka kpd kedua ibu bapa...begitu juga sebalik kalau berbuat baik atas dunia juga dia dh bagi...balasan kebaikan jam tu juga.
Sya pasti kekadng ibubapa kita juga ada kelemahannya..anggaplah kata2 mereka khayalan saja..walaupun pedih..berbuat baiklah pd mereka..diiringi doa sentiasa moga mereka beroleh hidayah Allah Taala.
Pernah tgok ader ibubapa beza2kan anaknya..akhirnya anak yg di rendahkan tulah yg bela dia dihujung usia..
Anak2 yg abai ibubapa pun sama, esok2 anak dia buat lagu tu jugak kt dia...
oleh itu marilah kita sama2 berdoa utk ibubapa, psgan, anak2, zuriat keturunan kita agar terhindar dr ujian dn malapetaka sedemikian rupa..
tiada apa2 yang ada apa2..
hmm harus dijadikan ingatan ungkapan itu..
Salam Datin,
itulah dia pengorbanan seorang ibu kan? sudahlah mengandungkan anak 9 bulan bila lahir, anak buat salah, ibu kena redhokan juga kalau tidak anak tidak cium bau syurga.
Nauzubillah.
Sebenarnya itulah yang dikatan anak itu amanah, setiap kesalahannya ibu bapa yang bersalah kerana gagal mmemberikan pendidikan sebenar. Dari dalam kandungan ibu lagi, sudah dituntut untuk mendidik anak dengan baca surah yusuf, maryam, berzikir dan sebagainya agar anak itu bila lahir akan menjadi anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.
Salam shami2,
memnag sedih cerita ini. itu ayahzain nak share sebagai ingatan kepada AZ sendiri. Balik raya nanti memnag nak minta ampun dengan sungguh2 kepada ibu. Manalah tahu kan ingat tidak ada apa-apa tetapi ada apa-apa.
Salam CP,
ngeh ngeh ngeh. CP dah sampai segamat ke?
salam ayah zain cm yg comel ni dah sampai melaka dah..alhamdulillah
tqvm atas cerita ni,cm nk tya mak adakah dosa tersirat dan tersurat dlm hati yer..
ayah zain tercayanggg,raya raya jugak,blogging ttp blogging ekk..
jgn gelak ngeh,ngeh,ngeh pulak dpn tetamu,nanti depa confius,salam untuk mrs zain n family az..
salam cm,
alhamdulillah, selamat sampai umah. kem salamngan huby n mak n ayah cm yer.
ingat kalau ada masa boleh singgah kat melaka kot. area mana? lupa umbai yer. ayahzain ada kawan kat umbai tu,guru pakar sejarah, nama ckgu dolah.
Salam Ayah Zain..
peringatan buat saya sebagai ibu yg kadang-kadang hilang sabar melayan kerenah anak-anak ..
Jgn sampai seorg ibu menghamburkan kata-kata yg menyebabkan anak menderita hidupnya..di dunia dan akhirat. Sebaiknya ucapkan teguran secara berhikmah dan memaafkan kesalahan anak..setulus ikhlas..mudah-mudahan damai jiwanya dan mudah laluan hidupnya.
Salam Pinabate,
Sungguh bagai di kata. Kadang-kadang dengan anak-anak ini menguji kesabaran kita. Namun kita kena ingat anak-anak adalah amanah kepada kita. Baru ayahzain sedar perkara ini dan tersedar az banyak melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak. Moga mampu berdoa agar Allah membantunya.
salam ayahzain,
sedihnyaa hanis baca entry ayahzain nie...hanis nie pantang cerita bab2 mak ayah nie...mesti nak menangis...huhuuhuh
Salam Hanis,
Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. Tak apa kita nangis, maknanya ada kasih sayang kita kepada mereka. Kena tanya mereka ni sungguh-sungguh, ada ke kita buat salah besar dengan mereka. Kalau tanya biasa mesti dia kata tak ada macam dalam cerita tu
Salam AZ,
syurga di bawah telapak kaki ibu.
Salam CR,
Sungguh benar katamu itu.
Catat Ulasan