Udah Berkali-kali AZ beritahu dan ingatkan putera bongsu, kalau ada kes pelajar berkumpul antara pukul11.30 malam hingga 5 pagi (lightoff), u jangan masuk campur malah buat tidak tahu ataupun maklumkan kepada warden. ...., ha kan dah kantui. Nasib kamu lah putera bongsu. Semasa Perbicaraan (JDRM), Timbalan Pengetua HEP bagitahu kepada Ayah Zain putera bongsu senyum memanjang sahaja. (Rupanya budak-budak ni dah pakat untuk membantu pemangsa, mereka mendakwa mangsa tu patut kena kerana telah melakukan banyak masalah dengan pelajar lain. Ingatkan dengan membuat pengakuan begitu rupa dapat menyelamatkan pemangsa (itulah pandangan budak2 ni, semangat kekitaan yang tinggi, ada kesatuan, ada uniti) . Tapi tindakan mereka itu salah, tanggunglah akibatnya.
Hari ini masuk hari ke tuga, putera bomgsu menghdapi peperiksaan percubaan (trial) SPM. Semoga beliau dapat menjawab soalan-soalan dengan betul dan tepat. Bermakna dia kena menjawab apa yang ditanya oleh soalan dengan memberika jawapan yang betul.Ayah Zain harap sangat Pak Lie nya (siapa lagi orang MAkkah la) dapat mendoakan kejayaannya di Multazam tu. Juga ayah zain harap sangatlah penggemar di CHHM (ceriakan hari-harimu) mendoakan juga kejayaan putera bongsu ayah zain yang sorang ni terutamanya Cikgu Mas. Cikgu Mas seorang guru yang sangat dedikasi. Yer la kan doa seorang guru ni samalah berkatnya doa seorng ibu atau bapa. Tak gitu cikgu Mas.
Fuhhyo: apo songeh-songeh!
Calon-calon Jejaka Harapan Bangsa, kat mano pulk ko rang melepak ni.
Apo kau buek ni jang oiiiiii. Nak naik ko bulan?
betul betul betul! nanti boleh ganti Dr SMS.
Jejaka Idaman Malaya
Macam nampak kat F1 sepang je tu
Merenung Masa Depan
Tahniah, akhirnya dapat menerima Anugerah Pengetua (Sem. 1 2009)
selamat hari jadi sayang
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah menjadikan Putera Bongsu hingga ke pencapaian ke hari ini terutamanya kepada Guru Tadika Kemas Kg. baru Bakri, Guru di SKBBL terutamanya cikgu Muhaya, Guru di SMK Tun Perak Melaka dan guru-guru Tingkatan 5 yang mengajar Putera Bongsu di 5 ACACIA di MRSM Batu Pahat terutamanya guru Penasihat Homeroomn En. Lokman bin Ishak. Jasa mu tetap di kenang hingga ke akhir hayat.Juga kepada Cikgu Fazli (Sejarah), Cikgu Halim (BM), Cikgu Bahasa Inggeris, Cikgu Shamsiah (MM), Cikgu Noraini Solbi (MT), Cikgu Isa (Kimia), Cikgu Hamid (Fizik), Ust Norliza (Agama) dan cikgu Zurayani (Biologi) Tidak lupa juga kepada Cikgu Sharif (PJ) dan Cikgu Jamilah (Sivik). Untuk Pengetua (Hjh Norzan,) En Adran TPHEA, Ust Mustafa (TPHEP dan Hj AYub (TPHEK), sesungguhnya Allah sahaja yang membalas jasa baik tuan/puan dalam memberikan tunjuk ajar yang tidak terhingga sehingga anakku ini berjaya di dalam hidupnya menjadi Insan yang cemerlang di sisi Allah swt.
Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunkan lah dosa anak bongsu ku ini. Kau cemerlankannya di di dunia dan akhirat. Jadikanlah ia anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ayah dan ibunya. Kau permudahkan la pembelajarannya, sihatkanlah tubuh badannya agar dia dapat belajar dengan bersunggguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Trial SPM ini dan SPM yang sebenarnya.
14 ulasan:
Salam AZ,
semoga anak2 kita menjadi org yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.
kita sebagai ibubapa memberikan pendidikan yang terbaik, berdoa dan bertawakal kpd Allah.
Teringat satu pesanan, mengapa kita berkahwin, jwbnya utk mendpt zuriat , utk apa zuriat itu, jwbnya kerana apabila kita mati kelak , zuriat itulah nti yg akan mendoakan kita kelak.
alhamdulillah
Salam ayah zain & putera bongsu,
selamat ulang tahun kelahiran yg ke-17 dik....semoga adik terus dilindungi Allah...& berjaya dalam exam SPM yang akan datang, seterusnya hari2 mendatang...semoga menjadi anak soleh...teruskan perjuanggan untuk terus menjadi yg terbaik...jika kakak ada Master...adik kene ade PHD....
en rezeki..semalam kak nija ade buat entry....& bertanya...kenapa anda berkahwin...hanis rasa en rezeki boleh jawab soalan tu kat umah kak Asnija....ade hadiah nanti....
salam ayah zain..
saya doakan semoga anak ayah zain akan menjadi anak yang soleh..insyalah..
waslam
Salam Ayah Zain,
Teringat pesan orang tua...bela anak perempuan sorang, macam bela lembu sekandang....maksudnya susah nya bela anak pompuan...tapi saya tak terasa susahnya lagi...alhamdulillah...
Saya pulak, membela anak lelaki sorang, aduh...susahnya macam membela lembu jantan sekandang...kes disiplin tu, biasalah, budak lelaki memang nak thrill memanjang...cara diorang support kawan-kawan tu adakalanya pelik....tapi biasanya bila diorang besar nanti, benda-benda ni mengkayakan pengalaman survival..
Semoga anak bongsu AZ berjaya dalam SPM....panjang umur, hidup penuh berkat...
ps: sama lak bulan kelahiran ngan anak sulung saya...
Salam
ya cikgu doakan putera bongsu berjaya dalam SPM,dengan sangat cemerlang membanggakan ibubapa bukan saja daripada sudut akademik tapi akhlak dan iman,,,sekaligus berjalan..berkat hidup mu dunia dan akhirat...
melihat gelagat yer,bagai melihat pelajar-pelajarku,,,
AZ...wah dah besar panjang...alah biasa tu bebudak laki ni nakal sikit...saya dulu lg mcm2 perangai tp saya ni jenis pandai cover line...sampai skrg org tua tak tau...hehehe, ALHAMDULILLAH, kalau tak mau pengsan gaklah dgn perangai saya ni.
AZ...selamat pjg umur buat putera bongsu AZ...moga jada anak yg soleh dan menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara, insyaAllah
salam AZ,
hmm kesian anak AZ jadi mangsa.. tapi mcm tulah kehidupan kat asrama.. hmm dulu kalau dah masuk mahkamah maktab (luper lah nama utk mahkamah tu) gerenti akan kuar sebagai pesalah walaupun kita tak salah, huhu..
hmm congrats sbb dapat anugerah pengetua.. sbb sesi pembelajaran n pengajaran di MRSM ni tak sama dgn di sekolah harian biasa.. keep up the good work
Salam CR,
Begitulah tapi yang utamanya ialah Sedakah jariah kita akan terus berkekalan, ilmu pula selagi ia dimanfaatkan beruntunglah kita, anak pulak kalau yang mendoakan kita alhamdulillah.
Salam Hanis,
Terima kasih. Ayah zain baru jer sampai umah kul 7.00 petang ni. Jap lagi nak buka
Salam CL,
Terima kasih. Kalau anak yang soleh sahaja ermmm, harapnya anak soleh yang mendoakan untuk kedua orang tuanya. baru sat ni sampai umah kat Pontian
Salam Imran,
Terima kasih. Semalam saya g Paris x dapat masuk umah u la. Nantilah lepas buka ni saya masuk semula
Salam Asnija.
Terima kasih. Selamat hari lahir juga kepada anak sulung Asnija.
Salam CR,
Gitulah, ada dua mahkamah maktab:
1. JDM - Jemaah Displin Maktab utk kes kes sederhana
2. JDRM _ Jemaah Displin Rayuan Maktab utk kes kelas A dan B. Anak saya terlibat kes pukul. Tu yang ke JDRM
Depa ni pakat2 nak sehidup semati heheheh
Salam CM
Terima kasih atas doa mu. hehhe
Catat Ulasan