Daging Salai + mangga muda. Best lah Hanis
Puding dadeh
Ikan kembung kukus
Sayur kobis goreng
kueh raya:
Sayur kobis goreng
kueh raya:
290909 : 15mm/l, Ya Allah ya Tuhanku, tingginya bacaan Fasting Blood Sugar (FBS) aku hari ini. Semalam cuma 8.0mm/l. Apa yang dah aku makan semalam? Aku berbuka dengan segelas GTC . Setengah jam kemudian makan nasi. Berseleranya makan nasi berlaukan daging salai , sayur kobes goreng dan ikan kembung kukus,. Selesai makan mengambil sebiji ubat kencing manis metformin. Habis tu mengapa? adakah aku terlupa mengambil gliclazide menyembabkan FBS naik mencanak sebegitu tinggi?
Ohh tidak semasa menjamu kawan-kawan yang datang berhariraya ke rumah malam tadi, aku termengambil dan termakan juga kueh mueh raya. ermmmmmm lu pikir la sendiri.
Seronok berbual menjamu selera
tangan tak berhenti menyuap sama
beraneka kueh raya hilang di telan sama
ikutkan hati, ikutkan rasa, ikutkan selera ........... padan muka
Pagi ini hanya bersarapan segelas rice bran sahajalah nampaknya. Minum air kosong banyak-banyak. negh ngeh ngeh
11 ulasan:
salam AZ,
selera mengatasi segalanya ngeh,ngeh,ngeh
Salam CR,
itulah pasal. tak dapek den nak nolong. Hari ini kena kawal makan lagi la nampaknya
salam AZ,
hmm termengambil? ngeh ngeh ngeh, ayat baru ker?
hmm raya, raya gak.. mana yg kena berpantang tu, cuba lah jaga.. jgn pulak sbb raya setahun sekali, habis nak langgar semua pantang..
salam AZ,
raya sakan AZ nih...ziarah sana sini. bagus tu!
tapi..jaga kesihatan, kontrol makan..semoga bld sugar AZ dah kembali normal.
Salam AZ,
Truskan puasa sunat syawal. InsyaAllah nnt boleh control makan.
Smoga FBS AZ akan turun.
Slamat Hari Raya buat AZ n family
salam ayahzain,
sedapnye menu2 berbuka puasa ayahzain semlm....mane gambar daging salai....hanis semlm berbuka nasi kerabu & ayam goreng berempah aje...cari umah kak noor tak jumpa...huhuhhuhuuh ;-)
Salam Che Pit,
heheh, ayat baru.
sure, kul 11 tadi dah turun ke 15mml
Salam KN,
Sure, mesti kena disiplin yang kuat untk kawal gula nih. Nampaknya tak leh makan sembarangan
Salam Normalam,
Tahun ni nak buat puasa syawal hari senin dan khamis. Tapi besok nak try puasa la
Salam hanis,
eh eh, hanis x x [erasaan ke gambarnya ada kat atas sekali ni, mesti tak sarapan lagi tadi tuh
Salam Semua,
Jap lagi nak test darah lagi i. excited pulak, nak tengok selepas 2 jam minum pagi, agak2 berapa la naik gula tuh.
Catat Ulasan