150909: Hari ini ayahzain ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bersama-sama dengan Boss dan beberapa orang staf yang lain, menziarahi suami kepada salah seorang staf yang mendapat kemalangan jalanraya petang semalam. Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal tergeser dengan sebuah lori trailer dan terjatuh. Kesian sungguh ayahzain melihatnya kerana mangsa itu telah kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat digilis oleh sebuah lori traler. Namun beliau tabah mengharunginya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga Allah meringankan penderitaannya suami isteri. Kalian bayangkan hanya beberapa hari menjelang Hari Raya Aidilfitri suami staf ini mengalami musibah yang tidak terhingga beratnya . Hanya Allah yang mengetahuinya. Oleh itu kepada penunggang motosikal berhati-hati di jalan raya. Anda mampu mengubahnya. Kemalangn ini mendapat liputi daripada Harian metro.
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20090915092640/Article
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20090915092640/Article
Berikut sedikit perkongsian ilmu yang mungkin boleh kita manfaatkan bersama. Kisah ini adalah bertajuk Bunga dan rama-rama. Sesungguhnya hanya Allah yang kita sembah dan hanya kepada Allah kita tempat kita meminta pertolongan.
11 ulasan:
Salam AZ,
Baru pagi tadi baca berita tu... ngeri saya... balik tadi pun masih terbayang2 cerita tu.... rupanya salah seorang staff di tmpt kerja AZ.... Sampaikan ssalam Takziah buat mereka sekerluarga... Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini...
AZ, macam mana dengan pemandu lori tu? dah dpt dikesan?
salm az
peringatan juga untuk i bulan mulia ini,,saya...memang ramadhan ni bulan ujian,menguji kesabaran dan ketabahan hamba allah di bulan mulia ini..
menarik sungguh photo2 dan kata2 hikmah pada n3 ini..
salam AZ,
sedih dan hiba, nak2 menjelang raya ni.. semoga dia dan keluarga tetap tabah untuk meneruskan hari2 mendatang..
Salam ATikah,
Memnag la ngeri, masa melawat tadi, mangsa di ward ICU hanya boleh masuk berdua sahaja bergilir2. Masa tu mangsa dalam confuse, kesihan saya tengok kakinya dah tak ada. Semoga dia tabah.
Pemandu lori masih belum dapat di kesan.
Salam CM,
Memnag Allah menguji kita, kita hanya perlu bersabar
Terima kasih atas kata perangsang, Saya pun dapat daripada kiriman emel.
Salam CP,
betul la, isterinya lagi kesihan. Sedih saya melihatnya.
Salam Az..
baru pagi tadi baca kat metro.. tgk gambar dia kesian sangat.. hancur kedua2 kaki.. salam takziah untuk mereka sekeluarga.. semoga kawan AZ tabah menghadapi ujian yang telah diberikan pada suami nya.. semoga tertangkaplah pemandu lori yang lari itu.. Az, misti suami kawan AZ tu tgh on the way nak amik isteri dia kan...
pstt.. kata2 hikmat tu menariklah AZ.. terima kasih kerana nak share ngan kita orang
Salam Noor,
Memang menyayat hati.
Tak suaminya dalam perjalanan nak balik ke rumah.
Terima kasih atas sokongan. Kalau ada lagi saya kakan share nanti
Salam Ayah Zain
Semoga Arief dan keluarga tabah dan cekal menjalani hari-hari muka yang mencabar. Doa saya untuk mereka.
Untuk Ayah Zain, saya ucapkan Selamat Eidulfitri dan semoga bergembira seisi keluarga. Saya mohon maaf jika ada terlanjur kata yang mengguris hati. :)
salam Kyrain
Ayah zain pun sama mengucapkan salam aidilfitri, maaf zahir dan batin
Salam AZ,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Salam takziah buat mereka, semoga tabah menghadapi ujian Allah.
Catat Ulasan