Sabtu, 12 September 2009

ibu

Semasa memandu ke Johor Bahru sambil ditemani oleh IKIM FM, hati tersentuh dengan gurindam kasihnya ibu. Tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Ingin ku cari liriknya bila kembali ke rumah tetapi tidak ditemui. Hanya daripada Rabbani, Ibu Mithali di temui (Al Fatihah untuk Ust Asri).




ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni

Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayang
iIbu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku

Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami





Kesihan, ke mana gerangan ibunya pergi?

Oh Ibu ?? anak??

Marilah kita berdoa untuk kesejahteraan ibu kita.

Jika kita tidak berdoa untuk orang tua kita, maka putuslah rezeki kita:


Apabila seorang meninggalkan do’a bagi kedua orang tuanya maka akan terputus rezekinya. (HR. Ad-Dailami)
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:


Robbirhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo
“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” [Al Israa’:24]

Robbanaghfir lii wa lii waalidayya wa lilmu’miniina yawma yaquumul hisaab
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” [Ibrahim:14]


Robbighfir lii wa li waalidayya wa li man dakhola baytiya mu’minan wa lilmu’miniina wal mu’minaati wa laa tazidizh zhoolimiina illa tabaaro
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” [Nuh:28]

Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"


6 ulasan:

Che' Pit berkata...

kasih nya ibu membawa ke syurga..

walaupun sy berjauhan dari emak sy, tapi naluri keibuan dia mmg kuat.. hanya dgn bercakap di telefon saja, dia boleh merasa ada sesuatu yg tak kena dgn anak bujang dia ni..

Ya Allah, semoga ibu dan ayahku diberkatimu dan dimasukkan ke dalam golongan org2 yg beriman..Amin

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

Alhamdulillah, Che Pit sorang jer mai umah ayazain hari ni. Apa yang tak kena tuhhhhhhhh! Jangan tunggu lama-lama la, nanti karang nangis depan tangga

Atikah berkata...

Salam Az...

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya..

Entry Az mengamit kerinduan pd ibu.... hu... hu... terlalu lama tk juma ibu... tak sabar lak nk balik...

Ayah Zain berkata...

Salam Atiqah,

kena balik cepat tu, jumpa ibu tercinta

aznaz berkata...

slam ayah zain..

walaupun saya tiad ibu lagi di dunia ini..tetapi kasih sya pad nyer masih menebal hingga ke hari ini..dan insyalah hingga ke akhir hayat sya...

waslam

rezeki berkata...

Salam AZ,
ibu saya telah tua dan uzur. hanya doa yg saya titipkan kepada Allah utknya dan juga arwah ayah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...