Selasa, 22 September 2009

masjid ooo masjid

220909: Hari ini akan menjadi sejarah dalam diari kehidupan az dan beberapa orang jemaah di Kariah masjid ini. (Nama masjid x nak bagi tahulah ngeh ngeh ngeh). Nak tahu mengapa?

Semasa az sampai di masjid subuh pagi tadi, dari jauh az dapati pintu masjid masih berkunci gril gatenya. Tertanya-tanya dalam hati dalam hati dari mana suara azan subuh pagi tadi? Bila az menghampiri masjid, terdapat dua orang jemaah sedang berbual di tepi pintu pagar masjid, merungut pelbagai kata, az cuma mendengar nak bagi salam tak sempat kerana tiba-tiba sampai seorang lelaki yang agak berumur menaiki motor. Belum sempat motor berhenti dia berkata, kena masuk juga ke masjid, solat kat luar pun tak mengapa. Sebaik sahaja beliau 'park' motor dia di tepi pintu pagar, dia terus memanjat pintu (gate) pagar masjid. Kuat juga dia, kami berkata, hati-hati haji nanti jatuh. Dia membalas tak apa.

AZ pun apa lagi mengikut memanjat tetapi bukan pintu pagar tetapi tembok pagar kerana agak rendah dan kurang bahaya berbanding gril gate pintu pagar masjid. Terdengar suara, boleh panjat ke? Ayah zain kata boleh. Orang pompuan pun tak panjat ke? AZ tak jawab lah pulak. (dalam hati... lu pikir la sendiri, tak dapek den nak nolong yang pompuan tu). Selepas itu sorang demi seorang memanjat. Dalam hati az, terasa macam menceroboh masuk rumah je. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kami yang memecah masuk rumah Allah kali ini. Seterusnya pak cik tadi terus azan subuh setelah masuk ke masjid menggunakan laluan solat wanita. Nasib baik laluan ini tidak berkunci grill nya.

Alhamdulillah kami selesai bersolat subuh berjemaah. Rasanya dalam 10 orang jemaah tadi. Jemaah perempuan tak ada, balik rumah la tuhh. Selesai solat pak cik tadi berkata ' dapat jugak ita sembahyang, kalau tidak satu kampung ni menangung dosa'.

Dalam perjalanan balik, ayah zain menegur sorang jemaah. Namanya Rizal. Dia kata dari Ipoh datang beraya kat rumah bapa saudaranya. Dia berkata, kalau tak di kunci, bahaya juga. Betul juga kata si Rizal tu, sebab banyak kali kita mendengar orang mencuri duit masjid, menngambil peralatan audio dan sebagainya. Silap-silap hari bulan peti besi majid juga di angkutnya.

p/s:AZ teringat Masjid Ayer Baloi tak berkunci. Pintu pagarnya ternganga luas semasa bulan Ramadan baru-baru ini semasa jemaah datang beriktikaf pukul 3.00 pagi. Teringat novel 'atap genting atap rumbia'

Ya Allah, ya Tuhanku Engkau ampunilah dosa-dosa pemegang kunci masjid ini agar beliau tidak lupa untuk membuka gate masjid semasa solat subuh.




14 ulasan:

rezeki berkata...

Salam AZ,

penjaga masjid balik kg. dgn kuncinya sekali, tapi bak kata nabil lu fikirlah sendiri.
kita bersangka baiklah, mungkin dia terlupa utk mengamanahkan kpd org lain.
mmg sekarang banyak senario masjid atau surau akan dikunci bila tidak digunakan, psl sekrg pencuri dah tak takut lagi dan , masjid ke, surau ke, habis dia kebas duit tabungnya.
alangkan di masjidil haram , rumah allah ada pencuri, peragut dan pencopet. Allah menjadikan sesuatu itukan berpasang-pasangan, ada baik ada jahat. semoga Allah memberi taufik dan hidayat kepada mereka.
insyallah.

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Memnag betul tu, kita kena berprasangka baik, manalah tahu penjaga kunci tak sihat kan? Apa-apa pun hasrat jemaah nak bersolat jemaah tercapai juga.

Asnija berkata...

Memang hari ini dalam sejarah la ayah zain...jihad juga tu...na solat berjamaah dan melepaskan sunat muakad sampaimemanjat bagai...kalau ikut hati yan mudah putus asa, bla berkunci balk je lah...alhamdulllah...Allah beri peluang ayah zain berjihad...

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

kalau ingat kat CP, jawab dia ngeh ngeh ngeh. AZ tak citer lagi benda ni ngan mrszain.

tu ler, penjaga kunci terlupa nak buka pintu pagar masjid. Bila ingat2 semula, kuat betul semagat jihat pak cik tu, dengan izin Allah dia berjaya melepasi pintu gate pagar masjid tuhh.

Semuanya telah mengikut ketentuan Illahi.

CM berkata...

salam

hendak seribu daya,tak mau seribu dalihkan Az....CM prnh jugak cari masjid nk solat sampai nk habis waktu sbb kunci..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam az,

nasib baik az lepas panjat pagar masjid tu!

ya lah, kalau tak dikunci..abis dicurinya. kat surau kawasan perumahan KN pun kita grillkan pintu. itu pun mereka boleh buka & larikan audio, duit...

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

tu la pasal CM. Tak tahulah berapa orang yang balik semula ke rumah, depa ingat masjid tak ada solat subuh berjemaah sebab pintu pagar masjid berkunci. biasanya ramai juga jemaah solat subuh. Yang kasihan tadi ialah jemaah perempuan, tp kalau macam CM mesti dah dipanjat juga tembok pagar masjid tuhhh. Nak seriba daya kan CM (betul, betul, betul = ikut ipin n upin)

boleh ke nak singgah umah besok ni?

p/s: az baru je lepas dating ngan CR n anak dia kat warong depan diamond square.

Ayah Zain berkata...

Salam KN,

Az bab panjat memanjat ni tak ada hal. ngeh ngeh ngeh. Tembok masjid tu tak berapa tinggi.

Itulah akhir zaman, orang dah tak kisah halal haram. Kat masjid pun depa tak takut nak mencuri.

Dunia dunia, entah hapa lah nak jadik (Dialog mak enon filem keluarga 69)

aznaz berkata...

salam ayah zain..

alhamdulilah...dapt jugak ayah zain dan yang lain berjemaah...semoga allah swt memebrkati ayah zain dan mereka semua...insyaalah..

p/s; satu pepatah melayu : Nak seribu daya , taknak seribu dalih. - sesungguh ayah zain dan mereka semua telah memeberikan satu contoh yang amat mulia..

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Makacih lawat AZ kat sini. Semuanya dengan izin Allah menjadikan pak cik yang dah berumur tuh menggerakan kami untk mmjat pagar masjid.

Imran Paris berkata...

AZ...ntahlah, kkdg buat apa pun rasanya salah, kunci pun salah tak kunci pun salah, di buang mati emak di telan mati ayah....jgn sampai tak sengaja telan takut diri sendiri pulak yg masuk gol :-)

Saya personally kagum dgn kesungguhan 10 jemaah yg bersolat subuh di masjid tu....moga kita sama2 diberkatiNya

Ayah Zain berkata...

Salam Imran,

Hang mai juga umah az, lama dok tunggu hang tau.

Betul la bagai di kata. Kita berserah aje la pada yang esa. Semoga amalan kita diterima nya. Takut juga kalau di Padang Masyar seaktu timbangan kita jadi muflis. Nauzubillah.

Subuh pagi tadi ok. Lebih 20 orang jemaah. Imam yang semalam senyum memanjang bila bersalam jamaei ngan ayahzain tadi.

Tanpa Nama berkata...

salam ayahzain,

alhamdulillah...ayahzain & jemaah2 yg lain selamat keluar dan masuk solat berjamaah...

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

hahah, pandai masuk, pandai la keluar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...