160909: Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab : المسجد الحرام), adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.
Di dalam Masjid Haram terletaknya Kaabah yang merupakan Qiblat bagi seluruh umat Islam seperti firman Allah yang bermaksud, "sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).
Kaabah mulanya dibangunkan oleh Malaikat sebelum wujudnya manusia. Dengan wujudnya manusia, Nabi Adam dengan bantuan para malaikat telah membina Kaabah Perubahan masa menyaksikan Kaabah mengalami kerosakan dan kemudiannya diperbaiki oleh Nabi IBrahim bersama anaknya Ismail dan seterusnya membina masjid di sekitar Kabah.
Masjidil Haram pada zaman Rasululahtidak mempunyai dinding sehinggalah pada zaman Umar al_khatab. Semenjak itu kawasan Masjidil Haram telah diperluaskan dan kemuncaknya ialah pada pemerintahan Raja Fahd. Kini Masjidil Haram terus mengalami pembesaran yang bermula pada tahun 2006 dan kini kerja-kerja pembesaran semakin rancak d jalankan. Gambar-gambar di bawah menerangkannya.
12 ulasan:
insyaAllah suatu waktu nanti bila berpeluang kesana lagi , perubahan suasana yg begitu ketara akan kita temui, masyaAllah , begitu hebat kebesaranNya.
selamat hari raya aidil fitri.. minal aidil wal faa iziin
Salam UH,
Betul tu. satu hari kita akan ke sana. Namun kos utk ke sana tentu berlipat ganda kerana semua hotel2 murah sudah diruntukan yang tinggal cuma hotel 5 bintang yang mana pada musim biasa SR600 semalam dan pada waktu puncak boleh mencecah ke ribuan riyal.
Salam Ayah Zain
Saya sedang mengumpul dana untuk ke sana. Doakan Allah permudahkan urusan saya dunia akhirat.. :)
Salam Eidulfitri sekali lagi. Eid Mubarak!
Salam Khairyn
Insya Allah, Allah akan mencukupkan dana anda. Amalkan solat sunat duha setiap pagi dan membaca surah al Waqiah pada setia malam.
Salam AZ,
alhamdulillah, makkah akan lengkap segala prasarana utk menerima jutaan jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.
Salam CR,
Sebagai balsannya kita kena membayar daalm jumlah yang tinggi untuk mendaptakn kemudahan kelas pertama
Salam AZ,
Kalaulah benar bagai digambarkan itu ...dan perempuan diterima bekerja sbg QS kat sana...hemmmm sya juga nak mohon kerja kat sana....namun apakan daya..
salam Shami2
Hanya Allah yang mengetahuinya
Salam Ayah Zain,
Harapannya, ke Rumah Allah jangan la sampai hanya peluang kepada yang berada, maklumlah kos jadi mahal...semoga ada peluang terbuka kepada semua lapisan golongan...
Memang boleh menyimpan, tapi sedih juga bila esok nanti bayaran untuk pergi sekali, sekarang ni, boleh pegi untuk dua kali...
tak sabar menikmati keindahannya bila dah siap sepenuhnya...
Nija ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat Ayah Zain sekeluarga...hati-hati memandu...
ps: sedih baca N3 pasal staff ayah zain tu...malang tak berbau kan...semalam ada kaki, manalah kita tahu esok lusa Allah ambik balik kaki kita tu...
Salam Asnija,
Betul la, bila semua kemudahan dah siap seperti dalam gambar, semuanya akan menjadi mahal.
Memnaglah, hanya yang mengalaminya akan merasa, semoga kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah> Malang tidak berbau tetapi kita mampu mengubahnya. Berhati-hati di jalan raya.
Ada kat mana raya ke 2 nanti
Salam AZ,
Wah... Cantiknya... agaknya bila akan siap?
Salam aidilfitri buat AZ sekeluarga...
salam Atikah,
Memnag cantik. Tapai bersedialah dengan harganya. Katanya akan siap selepas 2010.
Catat Ulasan