Khamis, 1 Oktober 2009

Beraya lagi la

Orang kata kat Johor ni harirayanya di raikan sebulan penuh. Memang tidak dinafikan sepanjang bulan Syawal ini setiap petan atau malam akan dikunjungi oleh sahabat handai, jiran sekampung untuk berhariraya malah bermarhaban dan berselawat dari rumah ke rumah. Ayahzain tidak terkecuali dalam hal ini.

Sila masuk, jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri
Seronok nampak, awat masih kat luar, masuk ler

Tengok tu juadah sedang menanti, mee kari, mee soto, kentang goreng pun ada

Tidak lupa kueh raya

Air minumuan untuk mencegah tersekat di anak tekak


wow, macam pengantin baru, masuk beriringan

Jemput-jemput, silakan. Makan apa yang ada disediakan


berselereanya abang kita ni

Awat tu, jangan fikir lama-lama, ngap sahaja

Lor, tak cukupruang ke tu, sampai atas tangga pun jadik
Apa nak buat kuartes kerajaan ni sempit


Makan pun sempat senyum, memnag seyuman tuan menawan


Sila la makan kueh ku ini

10 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain...

amboi az kita nih memag tahap gaban dia beraya yer..seronok lah tengok dia camni..baru Cunnnn\
\\


waslam

Ayah Zain berkata...

salam Lie,

Nak buat macam mana Lie, orang johor raya sebulan penuh. hari hari ada acara ziarah ni. Kejap-kejap kawan2 ajak p umah dia, jiran ajak datang raya umah dia, tak terlayan Lie. Semalam tak dapat g beraya satu rumah staf, sebb nak tolong mrszain siapkan menu tamu nak dtang beraya.

rezeki berkata...

Salam AZ,

sebut psl raya sebulan, nti cuti depavali , kami nak pegi raya kat pontian , kalau tak ada aral melintang

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Ok CR, no problem. Jemput jemput.

Unknown berkata...

kat Johor sama gak dgn KL sebulan Syawal nk berjalan2 raya ajer..
tp seronok org tua dgn bdk2 beraya ada bezanya nooo . kita beraya nk sambung silatur rahim sesama muslim , bermaaf maafan , tapi anak2 lak bila suruh siap nk g raya , seronoknya pasal dapat kutip duit raya .

Asnija berkata...

Best nyer jalan Raya, AZ ni rajin sungguh...sume orang sayang ajak datang rmah...sejak berblog ni, pasti kemana-mana bawak kamera...macam wartawan membuat lintas lansung....

Tanpa Nama berkata...

salam ayahzain,

seronoknya...rasa rindu suasana raya sebulan nie...sebelum kami sekeluarga berpindah ke seremban, kami tinggal di serting,n9...kat sana pon suasana raya dia lebih kurang cam kat johor...mungkin sbb org sana pon ramai org johor...jd setiap hari ade list rumah yg akan membuat open house nie..kami bergerak berkumpulan....rindu sungguh suasana tu...

Ayah Zain berkata...

Salam ummi humaira

yer , betul tuh. Budak2 sekarang bukak jer sampul akan tengok dan akan cakap, ' laaa RM2 jer' ngeh ngeh.

Sepatutnya emak bapak dia orang kena bagi tahu bahawa duit raya tu hanyalah atas ihsan tuan rumah aje, kena bersyukur dapat berapa aje. ........ yang tak bestnya emak bapak sendiri yang lebih-lebih mengapi2kan anak mereka. 'berapa" pak lang kau bagi RM2 jer, kedekuit la pak lang kau tuh'

Ayah Zain berkata...

salam Datin,

Betul la jadi wartawan lintas langsung. kekadang terlintas juga spt yang CM kata dulu, tak rasa pelik ke ....

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

Tak yah la rindu-rindu, pergi jer umah sapa-sapa beraya, bawak grup sendiri macam budak2 tuh.

"Asalamualaikum, kami datang nak beraya". hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...