Asalamualaikum tuan rumah, kami dah sampai ni. Alaikum Salam, yer silakanlah masuk, jangan malu-malu.
Buat apa tu? Inilah dia ketua rombongan malam tadi, ooo menyelusuri blog ayahzain yer.
Buat apa tu? Inilah dia ketua rombongan malam tadi, ooo menyelusuri blog ayahzain yer.
Pai Tee, menu istimewa mrszain untuk para tetamu. Tetamu sendiri akan memasukkan sendiri intinya supaya rangup, kena buat demo dulu nanti ni, ngeh ngeh ngeh Ada yang bertanya, sarung ni beli kat mana? Hello, tak beli buat sendiri tuh, petang tadi pukul 6.00 petang menggorengnya tepat pukul 7 siap.
Inti Pai Tee.
Kuah Sos
Menu Utama : Makaroni aje, tak sempat nak masak burasak la Kak Leha
Pisang Berangan, nanti mudah penghazaman
Duduk nooh, kat depan itu Kak Leha yang masak burasak yang jamu ayahzain ngan burasak semalam. Wah, malam ni Kak Leha anggun ngan baju raya dia.
Duduk sat nohh, sat lagi kita makan.
Makan time, ha pandai, letak inti dulu kat Pai Tee, kemudian bubuh sos dia.
Ini dia tetamu bidan terjun. Ngeh ngeh ngeh. Mrszain jemput satu kelas pelajar puteri tingkatan 5 ke rumah selepas mereka abis prep malam.Terharu mereka bila mrszain jemput sendiri mereka kat kelas tuhh
Takajuitt mereka bila ayahzain snap
Yang ini suka bergambar. Ceria mereka kan?
Nampak tak bertenggong kat bendul pintu. Sian, tak cukup ruang
Nampak tak bertenggong kat bendul pintu. Sian, tak cukup ruang
Wow, makan-makan abiskan apa yang ado
Masya Allah, ganaz budak-budak ni, comot la. Mereka buat sendiri masukkan kan inti tuhh. Ni kalau Cikgu Mas tengok , abih kau
Lor, dah abis? awat mrszain buat sikit sangat nih. Tak dapat nak tambah lagi.
Tengok tu, Pai Tee pun licin. Alhamdulillah. Hilang penat menggoreng. Nanti rajin2 belajar dan jangan lupa solat ye anak-anak. Yang sorang tu buat apa pulak? ooo menyesuluri blog ayhzain juga. Tengok le cara-cara mrszain buat pai tee. ehh burasak? apa ke bendanya tuh
Ok. Kueh raya ada lagi, u all abiskan kueh raya tu pulak. Ini mrszain buat ke atau 'tunjuk jer' . Pandai hanya kenen yer. Yang kesian, yang ini duduk kat pintu tuh , kuartes ni kecik kan?
Dah pukul 11.00 malam ni. Kami nak balik dulu nanti pintu asrama kena kunci. Terimakasih mrszain. sudi undang kami.
Dalam bergumbira, jangan lupa saudara-saudara kita yang mendapat musibah di Sumatera akibat gempa bumi. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang telah terkorban dan semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan dimasukkan ke dalam golongan yang diterimaNya. Diharap mereka yang selamat, bersabar menerima ujian Allah dan bersabar. marilah kita sama-sama berdoa agar Allah dapat mempermudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat.
9 ulasan:
salam
az cm seronok yer tgk budak2 form 5 tu,seronok betul depa dpt beraya umah cikgu,masak lah apa sajer,mesti depa teruja,budakkan selera makan boleh tahan,budak cm pun dok merenggek nk beraya,cm ni tak sempat lagi nk buat...berkat umah az org datang berziarah...seronok tgk kak leha tu...
Salam AZ,
Seronok braya yer....ramai tetamu..nyer..
Salam CM,
Memnag betul tuh. AZ terdengar ada sorang tuh cakap ngan mrszain 'makacih cikgu jmeput kitaorang datang beraya. Terharulah!.
Salam Shami2.
Alhamdulillah. Semoga mereka berpuas hati dengan layanan ayzahzain.
ngeh ngeh ngeh ayah zain ni.. 2 in 1.. sambil menjamu, sambil promote blog, haha..
salam,
sekarang nie ayahzain dah terer buat pai tee....best laa camnie..nanti ayahzain ajar hanis buat pai tee tu naa....best & terlioq dok tengok pai tee tu..
Salam CP,
yang penting hati suka dan seronok tengok depa tuh.
Salam Hanis,
ayahzain cuma tolong angkat dari kuali jer. yang lain2 tu mrszain yang buat.
salam az,
seronok tengok anak2 tu beraya.
nak tanya resepi pai tee tu...sedap nampak...pernah makan tp tak tau camner nak buat..
Catat Ulasan