Isnin, 12 Oktober 2009

Burung apa?

Hari ini, saya ternampak lagi burung ini. Burung apa? ngeh ngeh ngeh, teringat pulak iklan di tv. Burung ini jarang dijumpai. Kadang-kadang muncul dipersekitaran rumah saya. Hari ini burung ini bertenggek di batang ubi dekat rumah saya.



Burung apa? burung but but

Burung ini begitu hampir dengan rumah saya. Saya cuba mengambil telefon berkamera untuk mengambil gambarnya secara perlahan-lahan. Namun burung ini cepat menyedari dan beredar ke bawah pokok cempedak pulak.


Saya tidak tahu nama burung ini itu. Adakah ia burung but-but? cuba perhatikan gambar ini. Kalau sama, betul lah ia burung but but.

Burung but-but disedut daripada internet. Nampak sikit berveza bukan?

Tidak banyak sumber mengenai burung ini yang saya temui kecuali    Burung But-but Kecil iaitu salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Centropus bengalensis. Satu keistimewaan ialah minyak burung but-but yang telah di dagangkan. Minyak But-But mengandung lebih dari 100 jenis herba, termasuk jenis tumbuhan yang digunakan oleh burung but-but untuk membuat sarang. Masyarakat sejak dahulu mempercayai minyak ini mampu untuk mengobati patah tulang, terkilir dan lain-lain.



11 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain...

Burung apa....burung apa....maybe burung murai kot...heheh cute lah entry az kali nih

waslam

Unknown berkata...

salam AZ ,
kalu tak silap ummi , kalu dikampung dulu disebut burung gut-gut ..dia suka makan siput bab* .

ha ha petang td ummi nampak AZ berbual rancak dgn rakan PDKM nooo

Ayah Zain berkata...

Salam manzlie,

itu bukan murai la. tapi ala ala burung but but.

Thanks 4 ur calling yesterday.

Ayah Zain berkata...

Salam Ummi,

tu la pasal. Hehehe, ingatkan jumpaCP jer, dia buat surprise pulak. Memang hapning la. bukan dua tapi 4 orang yang datang. kalau ummi ada lagi best. malatop

Unknown berkata...

salam AZ
nanti di rumah Hanis ,AZ pergi tak ? ummi teringin gak nk kesana tp suami keje lak .. tengok ler camna nanti

rezeki berkata...

salam az,

kalau burung but-but, mmg banyak khasiatnya

seorang ayah kepada rakan saya, dulu kerjanya membuat minyak dari burung but-but.

mengikut ceritanya , agak sukar utk bertemu dgn sarangnya, tapi apabila dah bertemu, nanti anak2 yg ditinggallan dalam sarang akan dipatah-patahkan sayap dan kakinya lalu ditinggalkan dlm sarang.

nanti apabila ibunya kembali, ia akan mengubati dgn air liurnya

esok , diulang lagi ke sarang dan di patah2 kan lagi dan perkara yg sama berterusan .

lepas 4-5 kali, baru anak2 burung tadi diambil dan disembelih dahulu.

kemudian , burung tersebut akan dimasak dgn ramuan akar2 kayu dan minyak untuk dibuat minyak urat.

tu sebab, minyaknya dikatakan berkhasiat,
Wallualam.

Asnija berkata...

AZ ni berkursus masih sempat gak update N3...mengejar burung plak...kelakar la membayangkan AZ mengejar dengan kamera burung tu...

Asnija berkata...

Semalamkan masa CP kata A&W, Nija dah angkat kening...aikkk...meroyan gula ke AZ ni berjauhan ngan Mrs Zain....rupanya CP buat silap...apa raaa...

Ayah Zain berkata...

Salam Nija,

ooo,n3 ni dah siap dan memang nak realise masa kursus.

Ayah Zain berkata...

Salam Nija,

Itulah pasal. AZ kata kat CP, hang nak bagi siapa makan kat sini. Kalau az kat sini cumaamik bau sahaja. Ngeh ngeh ngeh dia kenapa cari plan b. Itulah sebab kita ada kat cik suria cafe.

Redzlan aka Tabib berkata...

Hem.. kalau "disedut daripada internet" at least bagi kredit sikit lah! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...