311009.
Kalau you, apa you buat?" Soal Mr M kepada saya spontan.
Aduh!!! aduh!!! duh!!! duh!! kalau saya? Saya pun tak leh menjawabnya. Terkedu!, hatiku hancur. Hancussssss sehancusnya. Hati ku menjadi pilu seperti dihiris sembilu. Ngilunya tidak terperi. Apakah ini ujian Allah untukku? Mengapakah ujian seberat ini ditimpakan kepadaku? Ya Allah, Ya Tuhanku Engkau ampunilah aku. Sesungguhnya aku tidak berdaya menempuh ujian yang berat ini. Engkau ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya aku mengakui segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini, oleh itu Engkau ampunilah aku. Sesungguhnya tiada Tuhan yang lain dapat mengampunkan dosa-dosaku kecuali Engkau ya Allah.
Petikan di atas dipetik daripada blog Datin Asnija semalam yang bertajuk rumah api. Saya ingat datin pergi berbulan madu di Rumah Api. Rupanya cempedak menjadi nangka. Ya Allah, memang saya terkedu seketika, tidak tahu hendak berkata, selera hendak makan sate pun terbantut namun kerana ajakan isteri diikutkan juga. Memang rezeki tiada kerana Warisan Sate House di Pekan Sanglang tutup. Agaknya rumah sate ini tutup pada setiap hari Jumaat. Maklumlah malam sebelum malam sunat, mungkin kepenatan. (Jahat sungguh fikiran ini yer. prasangka itu bisikan syaitan)
Lantas kereta pesona metal grey mrszain beraleh arah ke bandar Pontian. Namun sampai di Sungai Ayer Baloi hati ini tergerak untuk singgah di Restoran Nelayan di Pinggir Sungai Ayer Baloi. Suatu tempat yang berpotensi menjadi daya tarikan baru di Ayer Baloi.
Cantiknya suasana menjelang senja (baru lepas hujan ni)
budak-budak tu nak turun memancing. Moga di Ampuni Allah, Maghrib dah nak dekat tuh.
Kobau tu belom bagi makan laeiiiiiiii
Sinar lembayung senja, amat mengasyikan sekali.
kenapa tak tergerak nak ke sini sebelum ini?
oh Sungai Ayer Baloi kau cantik rupanya
meehoon Tomyam.
Sedap nya tidak terkira jom Datin, selera dah mula nak mai ni
Mengapa melalut pulak sampai ke situ, apa hal dengan kes Datin Nija tadi? Sebagai seorang Islam, kita tiada pilihan kerana kita adalah hamba kepada Allah. Allah menciptakan manusia yang telah terikat dengan janji-janji untuk menjalankan perentahNya dan meninggalkan laranganNya seperti yang telah dinyatakanNya lebih daripada 1400 tahun yang lalu.
Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata. Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya. (QS: Al An'aam: 6:16-18)
Saya merasakan kejadian itu semuanya ketentuan Allah. Kita percaya kepada Rukun Iman ke 6 iaitu Percaya kepada Qada dan Kadar Allah. Jadi kita hanya mampu meminta pertolongan kepada Allah. Berusaha dan terus berusaha mencari penawarnya.
.......... Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (bagimu) (QS An-Nisa : 4 : 45)
Di sini saya mengesyorkan kepada kawan Datin agar anak kawannya Mr.M itu di bawa ke pusat mencuci darah agar darah anaknya yang tercemar itu dapat dibersihkan seberapa segera yang boleh sebelum darah itu semakin tercemar dengan virus yang tiada penawarnya setakat ini. Saya mencadangan Pusat Rawatan Terapi Ozon sebagai satu alternatifnya. Kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkannya. Allah penawarnya. Kita berusaha, ubat dan sebagainya hanyalah penyebab sahaja.
Rawatan Terapi Ozon
Perhatikan yang berwarna hitam itu adalah darah kotor yang masuk ke mesen pencuci dan menghasilkan darah bersih yang berwarna merah itu. Sekiranya darah kita bersih ia akan keluar seperti yang berwarna merah itu. Sekiranya hitam bermakna darah kita mengandungi toksin yang perlu dinyahtoksinkan. Satu daripadanya ialah melalui Rawatan Terapi Ozon.
Tabung oksigen yang dimasukan ke dalam saluran darah kita.
Pendek kata berusahalah menjaga kesihatan kita. Kita hanya sedar yang sesuatu itu amat berharga apabila kita kehilangannya. Itu memang lumrah alam, apabila ayah atau ibu kita tiada lagi, barulah kita merasai kehilangannya.
Oleh itu selagi ada ibu dan ayah kasihilah mereka. Berbaktilah kepada mereka. Hari ini selepas Majlis Restu, mr&mrszain akan bertolak semula ke Kuala Lumpur menziarahi ibu yang kini berada di HKL. Harap teman-teman pembaca dapat mendoakan kesejahteraan ibu mertua ayahzain ini.
Kita hanya boleh merancang namun yang menentukannya ialah Allah SWT yang maha pengasih dan Penyayang. Asalamualaikum. Kita berjumpa lagi kemudian, Insya Allah.
12 ulasan:
salam AZ...
semoga ibu mertua AZ sembuh kembali..
timekasih AZ bagi info mengenai cuci darah tu... sekurang2 nya ada ler pengetahuan bab2 gini ..
salam AZ
klu sy balik kg nnt bole le AZ bawak sy pi jalan2 pontian yek.. hehehe..
Salam UH,
Terima kasih atas doa ummi. Baru jer abis majlis restu budak2 F5 ni. Lepas ni terus pecut balik KL.
Salam Afeez,
Banyaklah cengkadak kau Afeez. AZ baru pindah kat POntian, tak tahu jalan le area mana kat Pontian ni. Kalau KL tuh AZ expert lah juga.
Apa kat Pijal? ngeh ngeh ngeh.
Salam AZ
adoii,dalam sastera cacatan Az ni dipanggil multi plot,berbagai plot didalamnya,tak boleh nk agak ending yer!!!hehehe,AZ pandai menulis disertakan dgn cerita bergambar mmg itu tarikan blog AZ
kalau datin ,dia pandai bri tajuk tersirat,tajuk dgn catatannya sukar nak diagak kan??
hahha... baru mintak bwk jalan2 dah kene cekadak sekali kat kepala....
Salam CM,
hebabt cikgu sejarah ni. ajar sastera juga ker. AZ pakai hantam saja hahahah.
yang az buat tu cuma try acah coba-coba dulu
Salam Afeez,
hahah, saja jer. kalau kau balik kg x hal nak bawa afeez jalan-janal. Afeez nak g mana? Tanjung Balai atau Tanjung Pinang atau Tanjung Piai. Cakap jer
Salam singgah AZ..
Semoga ibu mertua AZ sembuh sihat spt sediakala..
Salam AZ
Timaseh call saya (he..heh..)walaupun ter-miss call...time petang gitu, selalunya handphone dalam handbag le....nampak nama AZ, cepat-cepat call balik...alahai...malam ni kesorangan ye...time ni biarlah Mrs Zain meneman mak dia, sementara cuti pun...pengorbanan tu AZ...tapi sora Z nampak missing her lah....macam anak kucing kehilangan ibu...meow...meow...
Info cuci darah tu membuatkan saya nak bawak emak saya ke cawangan di Bangi tulah...timaseh banyak...
Pasal Mr M tu, saya aka cerita lagi kat dia Isnin ni. Dia pun senyap je, mungkin tengah sibuk. Sama-samalah kita mendoakan anak Mr M selamat...dan mereka sekeluarga bersabar dengan cobaan ini.
ps: Mas..betullah cerita AZ ni, memang selalu banyak plot, dan endingnya suatu kepuasan...tajuk N3 hari ni buatkan saya tak tidur malam...dok kena seru....keperihatinan AZ memang first class lah...respek dan malu giler saya...rendah hati menerimanya...
Mas, lepas ni akak nak buat N3 tajuk...Angsa dan Telur Emas....haaa...teka citer nipasal apa....he..he..
Salam Pinatbutter (hehhe ni panggilan ayah si nurul yer)
ma kasih mendokan kesihatan ibu mertua ku. Semalam mrszain p jaga dia kat HKL. Alhamdulillah dapat juga dipindahkan drpd kelas 3 ke kelas dua.
Salam Datin,
Jangan la puji saya macam tuh, malu arrr. (az ni dulu jejaka pemalu - ngeh ngeh ngeh)
Sebenarnya mrszain komen ayahzain lain, dia kata selalu melompat2, belum abis satu dah masuk citer lain. kekekekke, dia kata tak fokus.
tak apa, nanti az kemaskan lagi.
bab cuci darah guna terapa ozon ni tak boleh buat sekali, bergantung kepada darah seseorang. Macam mrszain dia kena buat sampai 6 kali. Semalam masa majlis restu, dia kata kaki dia tak kebas berbanding sebelum ini. Alhamdulillah.
angsa n telor mas? ermm sound good, citer le datin
Catat Ulasan