091009 : Saya mendapat emel daripada kawan berkaitan dengan kedaifan penduduk Kampong Cham, Kemboja. Saya titipkan sahaja emel yang berbunyi:
Daripada cerita kawan-kawan yang menyertai program ini, penduduk Kampong ini cuma makan daging sekali setahun. Inipun ihsan sumbangan rakyat Malaysia melakukakan ibadah korban di Kemboja.
Sedih sungguh bila mengetahui dari hanya 10 ekor lembu yang diagihkan untuk kampung ini dan setiap keluarga mendapat hanya 30 gram daging korban. Bayangkanlah macam mana ahli keluarga seramai 8 orang 'share' makan 30 gram daging.
Sebagai susulan, pihak Kolej MARA Banting dan Kolej MARA Seremban akan mengadakan program korban di Kampong Jamunik pada tahun ini. Bayaran bagi setiap bahagian untuk korban ialah RM 250.00. Saya mengalu-alukan sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang berminat untuk menyertai program ini. Pihak BKKT BPT [Badan] telah bersetuju untuk menjadi wakil bagi menguruskan projek ini bagi pihak BPT. Kalau berminat, sila maklumkan dan pada Pengerusi Badan [ En Zamri] dan bayaran perlu diserahkan pada atau sebelum 11 November 2009.
Sebenarnya Program Kurban Kemboja telah banyak dilakukan oleh NGO di Malaysia. Program ini juga mendapat liputan meluas oleh Radio IKM FM. Saya terlupa pula nama agensi yang aktif melaksanakan Porogram Korban ini.
Dalam kita bergembira d Hari Raya dengan juadah yang beraneka rasa, marilah kita turt sama-sama membantu saudara sesama Islam di Kemboja tersebut. Gambar-gambar berikut mengambarkan kedhaifan masyarakat Islam di Kampong Cham, Kemboja.
8 ulasan:
salam ayah zain...
memang benar tuh..tetapi ada banyak jugak derma yang mereka terima dari malaysia kalau tak silap sya setiap tahun...masjid Muadz setiawangsa pun pernha jugak mmebuat tinjauan dan menderma di tempat mereka..alahamdulilah
waslam
Salam Manzlie,
walaupun banyak tetapi mereka masih miskin, kerajaan mereka mesti buat sesuatu seperti yang dilakukan oleh kerajaan malaysia.kita bertuah dapat kerjaan yang perihatin kepada rakyatnya.
salam
ajar anak2 dan pelajar disebalik hidup kita yg senang ada org yg susah dan derita,terharu tgk entry ni..
Salam CM,
Yer sungguhlah bagai di kata. Anak-anak sekarang perlu di dedahkan perkara ini agar mereka bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah di negara kita.
kadang2 derma yg diberikan pada mereka tak sampai pada mereka kalau sumbangan itu disalurkan melalui pihak ke tiga..
setuju dengan apa yg dikatakan pada cikgu mas..
ayah zain nak ke sana ke?
Salam mylife:
Itulah yang berlaku sekiranya bekerja bukan kerana Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka itu.
Nak ke sana? erm, erm tapi Kalau ada rancangan, elok kita uruskan perkara ini. Ada yang berani?
salam..
ada rancangan skrg tgh buat kertas keje. insyaallah..
Salam My Life
Bagus tuh, saya menyokong penuh.
Catat Ulasan