Sabtu, 10 Oktober 2009

Meriahnya suasana di rumah Pn. Suhana

101009 : Malam ini acara ziarah raya diteruskan ke rumah Pn. Suhana di Pt Keroma Laut, Ayer Baloi. Kami disambut penuh ramah dan ceria oleh Pn. Suhana bersama suaminya. Suasana ceria seolah-olah seperti majlis meminang pulak rasanya. Sebelum menikmati hidangan masing-masing bertanya khabar merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjalin. Majlis bertambah seri dengan kehadiran mrszain yang buat pertama kali menyertai zairah raya kali ini.



Nasi himpit, kuah lodeh, sambal, meehoon goreng

Menu istimewa : roti bersama serawa

Makan kueh raya la pulak



Pikir apa tu Mak Leha? tak ada lah, beri laluan orang lelaki ambil makanan dulu

Seronok makan bersila





Tuan Rumah (kanan sekali) melayan tetamu yang datang

Semoga Allah memberkati Puan Suhana Sekeluarga. Dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dipanjangkan umur dan hidup dalam kecerian selalu.

4 ulasan:

cikgu mas berkata...

Salam AZ

adoi best yer,,,pi umah Pn Suhana tu,CM salute betul dgn AZ bab snap gambar majlis2 ni,kalau CM huruhara takut nk snap,takut sibuk snap gambar makanan dah habis...


mana ciklie ni...ciklie!!!!tengok ni AZ raya lagi,tak de can org lain nk award tu....

rezeki berkata...

salam az,

serawa tu apa ?

cite pasal parit keroma laut, kat muar pun nama tempatnya sama, parit keroma laut ada, parit keroma tengah ada , parit keroma darat

kalau org tanya, nak kemana, jawabnya ke darat atau ke baroh

ummi humaira berkata...

salam AZ ..
amboi AZ masih beraya sakan lagi noo .. hari nie ummi berkesempatan beraya di rumah rakan kita Shami di Rawang Perdana .

manzlie berkata...

salam ayah zain...

dah ku katas kan..award untuk the most Raya sakan og the years mesti lah ayah zain ku yang pegang cikgu...kalau cikgu cuma satuhari ada 3 undangan tetapi ayah zain tiap tiap hari ada undangan tau..salute you az..keep it up..nanti dec cheq bagi hadiah nohhh..

waslam

p/s: cheq sorang yang takdapat undangan kat sini nohhh..heeheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...