Ahad, 18 Oktober 2009

Bece'an & bontrot

181009 : Diam tak diam, hari ini ialah 29 Syawal. Bermakna lusa  akan berakhirlah bulan raya. Mungkin juga n3 rumah terbuka akan berakhir juga. Kali ini jemputan datangnya daripada 5 buah keluarga yang menghuni kuarters guru MRSM Pontian. Mereka berpakat mengadakan rumah terbuka di ruang letak kereta perumahan mereka. Mereka berpakat memasak sendiri juadah untuk para tetamu. Antaranya nasi kerabu, rojak, nasi himpit, meehoon soto, ayam bakar,dadih, jagung kukus dan sebagainya. Maklumlah satu keluarga satu menu, tentunya ada 5 menu utama. Meriah betul majlis yang bermula daripada tengah hari membawa ke Maghrib. Tetamu datang bertali arus. Saya terlewat betul menghadirinya, pukul 6.30 petang baru  sempat menunjukan muka. Tetamu pun telah banyak yang pulang.

Nampak lengang, sebahagian tetamu sudah pulang. Masing-masing sibok mengemas  kawasan dan membungkus bontrot.


antara hidangan yang masih ada - rojak tahu

nasi himpit, meehoon soto

nasi kerabu - alhamdulillah nak  habis dah tuh


ayam bakar, itu sahaja yang masih ada - sedap ni Cik Lie



akhirnya inilah menu pilihan AZ - nasi kerabu - keropok, budu best ni hanis
Dia orang  pandai masak nasi kerabu lah Noor, bila AZ makan terasa macam beli kat pasar malam kat Parit Sulong setiap hari Ahad dulu, malah lebih sedap lagi, nanti depa nak buat jualan kat bazar  ramadan tahun depan.

Rupanya saya bukan tetamu yang terakhir, semasa menikmati nasi kerabu datang lagi tetamu daripada Kluang, boleh berkenalan pula dengan pegawai agama daripada Kluang dan ayah mertua salah seorang guru MRSM Pontian ini. Kami berbual rancak hingga tak sedar azan maghrib berkumandang dan akhirnya kami bersurai.

Masa berbual muncul istilah jawa bece'an bermaksud salam keruk, bila kita bersalam yang ada duit tu untuk tuan rumah, dan juga bontrot bermaksud buah tangan yang di bawa pulang berupa nasi dan sebagainya yang diberikan oleh tuan rumah pula. Hari ini ayahzain balik bawa bontrot nasi kerabu. Becek'an ini terkeluar bila salah seorang guru berkata,  'memang seronok buat majlis ini, saya sampai dapat becek'an lagi'.

Dikesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf kepada pembaca blog terutamanya kepada kawan-kawan PDKM andai kata ada terlebih kata-kata, bukan niat menunjuk dengan n3 rumah terbuka tetapi sekadar berkongsi pengalaman berkunjung ke rumah terbuka di sekitar Pontian.

6 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain...

alahmdulilah..s.eronok tengok az berya sakan ..best aar..syang sya takda di mesia kalu tak sure dah jumpa berya di rumah az...akhir akta maaf di pinta jika ada terkasar bahasa dlam guaraun kita yer..

waslam

CM berkata...

Salam AZ

awat pulak sampai mintak maaf saya seronok pi blog AZ saksikan kemeriahan syawal,melihat kemesraan Az merapatkan ukhwah,kalau ciklie dapat pahala tunjukk kaabah ,AZ juga dapat pahala menunjukkan gambaran ikatan sirahtulrahim yg terjalin,Persaudaraan dan sirahtulrahim kan tuntutan agama,

Moga segala usaha AZ mendapat ganjaran,so kalau dihitung2 berapa jumlah rumah terbuka pada raya ni dapat dihadiri???Cm pi 2 jer Az,Jemputan adalah tapi dapat hadirkan diri 2 jer..

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,
Alhamdulillah. Tujuan blog AZ ialah menceriakan kita semua. Sama-samalah kita maaf memaafi.

Ayah Zain berkata...

Salam CM.

Manalah tahu ada pembaca tersinggong, apa ker dengan apa yang AZ tulis, minta maaf ni penting. Tengok kat blog datin, siap carat tuh mana lebih mudah minta maaf atau menahan marah.

dua pun ok la tuh. jangan x ada langsung

Asnija berkata...

Salam AZ,
Tak de apa salah silap, suka baca ada laa...sebulan penuh majlis makan...seronok menjalin silaturrahim...jumpa yang lama dan menjalin yang baru...jugak update perkembangan masing-masing...

bagi saya secara peribadi, 17 Okt, merupakan perjumpaan Raya yang boleh dikenang dalam tempoh yang sangat lamaaaaaa.......

Ayah Zain berkata...

Salam Datin

Alhamdulillah. Mga tali perswahabatan terus berkekalan. Kalau dapat g umarah sama-sama lagi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...