Khamis, 15 Oktober 2009

BUDAYA KERJA MENURUT ILMU DAN AKHLAK ISLAM


151009: Hari yang amat letih dirasai. Badan terasa begitu lemah dan tidak bermaya. Mengapa? Aku ke klinik dan berjumpa doktor. Doktor mengambil darah untuk ujian paras gula dalam darah. Doktor mengeluarkan peralatan dan mengambil sedikit sampel darah di jari hantu tangan kanan ku. Adoi, sakitnya aku rasakan. Jari hantu dipicit-picit  mengeluarkan secebis darah yang akan  disentuhkan kepada strip glukos yang tersedia dalam glukometer. Bacaan di ambil  16.8mml/l. Waduh!!! tingginya. Padan lah aku letih giler tahap gaban. Doktor mula memberikan syarahan kepada ku dan aku hanya mengiakan sahaja.

Aku muhasabah diri.  Apa yang aku makan hari ini? Hanya  mengambil dua keping roti gardenia yang dibungkus dalam plastik warna hijau yang dimaklumkan sangat sesuai untuk pesakit diabetis. Secawan air mineral. Pukul 10 pagi aku mengambil 3 keping roti lagi  dan segelas air mineral  semnetara  lunch  aku hanya sepinggan meehoon goreng. Jadik mengapa RBS aku tinggi begitu? Aku termenung memikirkannya.  So untuk dinner malam ini aku akan terus makan roti juga lah nampaknya.

Biarkan aku dengan aku, hidup mesti diteruskan. berikut ialah titipan daripada  emel yang aku terima dalam peti emel yang boleh dikongsi bersama mengenai kerja dari perpektif Islam.

Menghidupkan hati dan jiwa .

Kita amat berhajat dan memerlukan para pekerja dan anggota yang memiliki hati dan jiwa yang hidup serta mempunyai iman yang mantap. Oleh itu, merupakan suatu kewajipan menyedia dan mengetengahkan pendidikan rohani kepada anggota organisas i.


Pembentukan akhlak .

Menghala dan menjuruskan pendidikan ke arah pembentukan akhlak yang mulia adalah tugas yang tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah tugas berat yang mesti ditanggung dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Akhlak mulia yang dimaksudkan adalah yang terpancar daripada ibadah dan ketaatan kepada Allah yang merupakan hasil daripada aqidah yang soleh dan solehah.

Dasar yang positif .

Perjalanan santapan ilmu mestilah dibina di atas dasar yang bersikap positif dan tidak merugikan. Dasar yang bersifat positif lebih membantu ke arah ketenangan dan merupakan sumber kekuatan dan kecergasan dalam bekerja . Menjauhi Pandangan NegatifKerja yang berterusan,menlazimi kerja yang bersifat jihad dan pengorbanan yang tinggi berupaya mengelak timbulnya pandangan negatif terhadap kerja-kerja organisasi dan merupakan erti yang sungguh bermakna serta memadai sebagai sumber hidayah manusia kepada sesebuah organisasi yang berkualiti

6 ulasan:

CM berkata...

Salam Az

sayu pulak hati Mas baca ttg kesihatan Az,teringat kat mak saya,dia tak makan pun,gulanya selalu jer tinggi,lepas raya sampai skrg dia cuma makan bubur nasi jer,AZ sabar selalu,semua tu ada pahala dan ganjaran disisi Allah...

afeezz berkata...

sian AZ... makan roti jer.... nnt klu dtg KL lagi, sy banjer roti je lah...

Asnija berkata...

Salam AZ,
jaga kesihatan ye AZ...boleh paham...sama kes ngan mak saya..sian dia pantang...semakin kurus dia...macam AZ je...comel dan kiut gitu...try misai kucing...banyak jual kat giant...risau jugak....haap AZ diberi Allah kesihatan dan kekuatan....jangan minum air mineral sangat, selang seli ngai air suling atau osmosis ye...

Ayah Zain berkata...

Salam CM

Terimak kasih, hheheh jangan risau lah. Pagi tadi AZ selepas ujian daras FBS cuma 4.8mmol/l sahaja. Semalam diner hanya dua potong lomang, 3 ketul ketupat dan rendang yang di bawa balik mrszain drpd jamuan.

Ayah Zain berkata...

salam Afeez,

Afeez nak belanja AZ kalau datng kl yer. Ayahzain nak order pizza ngan deserrt icecream corneto. Boleh?

Ayah Zain berkata...

Salam datin,

Insya ALlah, bertahan. No problem. kena kencing manis bukannya putus harapan cuma kawal kalori yang masuk dalam badan kita. Semalam tu kawal, pagi dah ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...