Jumaat, 16 Oktober 2009

ibu bapa zaman sekarang

161009 :  "Saya tahu anak saya. Anak saya kalau melakukan kesalahan dia akan mengaku. Kalau dia tidak buat, dia kan mempertahan tidak melakukan kesalahan itu. Dia anak saya, saya tahu dia di rumah. Dia anak yang baik. Dia akan bertanggung jawab setiap perlakuan yang dilakukannya".  Itu adalah di antara dialog yang saya dengar  yang keluar daripada mulut seorang ibu mempertahankan anaknya daripada tuduhan melakukan kesalahan displin di asrama. dialong ini berlaku di bilik Pengetua.

Sebenarnya perlakuan anak-anak di asrama tidak sama. Di rumah anak-anak pijak semut tidak mati. Anak-anak kalau di rumah hanya akan duduk di rumah dan tidak merayap ke mana-mana. Tetapi di asrama segelintir anak-anak yang baik di rumah ini bertukar sikap menjadi seorang yang ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka lepas bebas di asrama. Bebas melakukan apa yang disukainya. Guru asrama tidak mampu untuk mengawal bilangan pelajar yang ramai mencecah hingga 400 orang di asrama. Mereka mempunyai spy yang bisa melindungi perbuatan mereka di hidu oleh  guru asrama. Mereka akan menyembunyikan perlakuan rakan-rakan mereka yang melanggar peraturan asrama. Sebab itulah di asrama sering berlaku kejadian buli, buli emosi atau buli fizikal. Kecurian berleluase. Paling mendukacitakan guru-guru yang tegas akan menjadi mangsa contengan di bilik-bilik air atau dinding-dinding asrama atau kelas. Pernah berlaku beberapa orang pelajar mencurahkan air sabun di depan bilik guru asrama. Hampir-hampir guru asrama ini terjatuh kerana melalui lantai licin akibat simbahan air sabun.

Jawapan yang popular ialah  saya tidak tahu cikgu, saya tidak ada di tempat itu cikgu. Perkara itu berlaku di malam yang gelap, wajah mereka saya tidak nampak.

Jadi apa tindakan guru asrama? Apa tindakan ketua guru asrama? Apa tindakan Penolong  Pengetua Hal Ehwal Murid? Apa tindakan Pengetua. Paling malang ialah Pengetua. Pengetua akan berhadapan dengan ibu bapa. Ibu bapa mangsa dan ibu pemangsa. Ibu bapa ini akan meminta penjelasan daripada pengetua. Ibu bapa mangsa meminta   pembelaan. Ibu bapa pemangsa mempertahankan tingkah laku anak-anak mereka. Yang penting anak mereka mesti di dapati tidak bersalah. Poning, poning, poning. Pengetua poning. Pengetua stress kerana tekanan ibu bapa dan tindakan daripada pihak atasan. Menjadi seorang Pengetua mesti bijaksana menanganinya. Silap haribulan Pengetua akan di tukarkan ke sekolah yang lain. Pernah berlaku di mana Pengetua, Penolong Pengetua Hal Ehwal Murid, kauselor di tukarkan 24 jam kerana kes ini mendapat liputan media perdana.

Ibu bapa sekarang tidak seperti ibu bapa dahulu. Kalau dahulu kalau kita menerima hukuman daripada guru dan mengadu kepada ibu bapa, ibu bapa dahulu akan menambah lagi hukuman kepada kita tetapi kini berbeza. Sekiranya anak mengadu kepada ibu bapa kerana menerima hukuman daripada guru terutamanya guru asrama, ibu bapa akan datang berjumpa pengetua dengan tingkah laku yang amat brutel  sekali. Apa cikgu buat di sekolah? Cikgu jadi patung sahaja di sekolah? Pelbagai tuduhan, kata nista dihamburkan kepada Pengetua kerana anaknya menerima hukuman daripada guru asrama. Menjadi guru sekarang tidak semudah dahulu. Guru sekarang terdedah kepada saman ibu bapa, tindakan ibu bapa, tindakan pihak atasan dan sebagainya. Namun tugas tetap diteruskan.

8 ulasan:

CM berkata...

Salam Az


saya hampir menangis membaca n3 ni,semua ini pengalaman saya sendiri 7thn saya bergelar warden dan post terakhir saya adalah Ketua Warden Asrama di sekolah semuanya perempuan di tengah2 KL,selama tu juga saya menanggung derita,1/2 thn terakhir saya memegang jawatan tu saya hampir mengalami kemurungan,saya paksa diri saya menjadi garang demi untuk mendisplinkan pelajar,saya amat tertekan dgn karenah ibubapa yg meletakkan tugas membentuk anak kepada guru,melepaskan tgjawab anak yg bermasalah pada guru asrama,mereka dah tak boleh bela mereka anggap warden boleh lakukan,saya pernah diherdik oleh seorang bapa dan mengugut akan meheret saya ke mahkamah hanya kerana saya tidak membenarkan anaknya outing kerana ada kelas Alquran....

kini saya hepi,saya menjadi diri saya,saya tak perlu buat pelajar benci saya kerana saya warden asrama,Alhamdulillah...saya pernah nk n3 cerita2 ni tapi saya tak mahu ia mengangu emosi saya.bahai duka lama berdarah kembali...tqvm AZ atas n3 ni,,,TQ kerana memahami kami guru2..

aznaz berkata...

saalm ayah zain...

zaman sekrang kerna kurang nyr didikan agama dari ibu bapa telah menjadikan anak anak mereka bertambah liar, biadap dan tidak menghormati guru..itu lah kesilpan besar ibu bapa sekrang...
bagi saya asas pendidikan agama adalh lebih penting yang harus di didik bukan bermula di sekolah tetapi di rumah dahulu..

waslam

rezeki berkata...

salam az,

dulu lain sekrg lain (lagu sm salim)

apa yg lain,
dulu kalau kita buat salah kat sekolah atau kat kg , mau kita lagi teruk dibelasah oleh bapa kita , utk mendidik kita ,
sekarang terbalik pula, org atau guru yg report pula yg diherdik, dibelasah

akhirnya, siapa yg rugi dan menjadi kurang ajar

itulah sebabnya , kita lihat keruntuhan akhlak dan moral adalah berpunca dari sikap ibubapa sekarang yg mempercayai cakap anak2
mereka. semuanya bermula di rumah

mahukah kita melahirkan "anak ku sazali" lebih ramai lagi

apabila nasi dh menjadi bubur, tiada berguna

dulu, peranan guru mendidik
sekarang peranan guru mengajar

KENAPA ? pasal segelintir anak2 murid sekrg tak boleh ditegur akibat diberi muka oleh ibubapa
kita tidak BOLEH MENYALAHKAN guru kerana sikap pelajar sekrg telah menyebabkan kalangan guru serbasalah. Tak boleh silap sikit, silap2 diserang,diherdik oleh ibubapa yg tidak bertanggungjawab itu

tapi, tidak semua begitu, namun jumlahnya tidak ramai

peranan masyarakat juga byk berubah.
kalau dulu mana berani kita buat sesuatu yg tak senonoh di kampung, sampai kepengetahuan ibu bapa, habislah kita dibelasah

tapi sekarang, jiran sekampung malas nk ambik tahu,kerana kalau direport, takut menimbulkan pergaduhan sesama ibubapa lalu keluarkan bidalan
"KAU JANGAN JAGA TEPI KAIN ORG"

KESIMPULANNYA sikap kita mesti berubah dalam melahirkan generasi akan datang yang berkualiti di dunia dan akhirat

SEMUANYA BERMULA DIRUMAH,
JANGAN SALAHKAN ORG LAIN SEPERTI GURU JIKA ANAK2 KITA MENJADI ORG YG KURANG AJAR DAN TIDAK BERAKHLAK.

Ayah Zain berkata...

Salam Cikgu MAs,

Itulah nasib guru-guru asrama yang menjalankan tugas dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Mengambil tindakan kepada pelajar yang melakukan kesalahan tetapi memusing-musing cakap dengan ibu bapa menidakannya. Ibu bapa akan percaya dan memarahi guru asrama dan akan mengadu kepada pengetua pula. Apabila pengetua melindungi guru asrama, masa itulah akan terhambur kata tidak puas hati daripada ibu bapa ituh. Akibatnya akan mereka akan terus bermaharajalela di asrama dengan membesarkan lagi pengaruh kemaharajaanlelaannya itu. Mangsa ialah junior-junior yang mana junior ini memerhatikannya dan berazam. 'Nanti bila aku jadi senior.........

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Benar sungguhlah kata mu itu. Hanya didikan agama yang dapat membantu kita menjad insan yang terpuji di sisi Allah. Maka dengan itu marilah kita menjadi Allah, Rasulnya dan mereka yang menunaikan solat dan menunaikan zakat sebagi penolong kita hidup di dunia yang fana' ini.

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Waduh, komen mu menyentuh jiwa ayahzain pagi-pagi ini. Itulah kenyataannya. 'buat apa aku kisah? Tugas aku jadi guru, aku mengajar sahaja dalam kelas'. Itulah jalan mudah yang di ambil sebahagian guru sekarang. Bukan mendidik tetapi mengajar untuk membolehkan pelajarnya mendapat gred A. Sahsiah? .............

Unknown berkata...

salam AZ
pa kabo ? betul kata CR tu , dulu lain sekarang lain .
bdk2 n mak bapak zaman sekarang ni dah canggih2 ..tu yg payah dibentuk.

jgn kata kumpulan pelajar yg ramai di sekolah , yg dtg ngaji di rumah ummi ni pun , siap warning " ummi arini baca separuh je tau .. ummi dah , tak nak baca lagi , ummi arini baca sikit je ada hal .. " macam2 lg .. cuba masa kita ngaji dulu , tengok rotan tok guru pun dah gigil lutut .. tu ler susah gak nk layan l/krg 80 pelajar ummi ni

Ayah Zain berkata...

Salam UH,
Alhamdulillah. Khabar baik. Masih boleh meneguk udara segar ciptaan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...