Semalam, selepas solat Jumaat sebelum imam meneruskan wirid dan doa, imam berpesan kepada jemaah, memaklumkan kepada jemah ' apabila khatib telah naik ke mimbar, maka catatan kehadiran tetalah ditutup kerana semua malaikat berada di sekeliling mimbar'. Aduh, terkedu seketika kerana semalam saya sampai ke masjid imam telah berada di atas mimbar. Terasa sangat kerugiannya. Saya berazam jumaat akan datang, akan segera ke masjid. Aku berjanji dan berazam tidak mahu lambat lagi ke masjid untuk solat jumaat. Memang hebat cabarannya kerana masuk waktu zohor sekarang sebelum pukul 1 petang ( Pontian), kita harus mengutamakan Solat Jumaat, ini sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam. Apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengikuti kita. Ya Allah ya Tuhanku Engkau ampunilah aku kerana melambat-lambat diri ke masjid, Engkau berilah aku kekuatan agar akau dapat sampai ke masjid sebelum imam naik mimbar. Terkenang kepada ceramah yang banyak kali di dengari tetapi masih dilupakan iaiutu kategori ganjaran pahala kepada mereka yang sampai awal ke masjid bersolat Jumaat. daripada sebesar unta sehinggalah ke telor ayam dan tiada apa-apa, malah kehadiran kita ke masjid tidak tercatat. Alangkah ruginya.........
Lain kali jangan datang lambat ke masjid yer. Jangan bersedih, minta ampun kepada Allah agar dipanjangkan umur dan sempat untuk bersolat Jumaat lagi pada minggu hadapan. Udah-udah jangan berputus asa, Allah maha pengasih dan maha penyayang. selagi pintu taubat belum di tutup bertaubatlah. Jangan dilengah-lengahkan lagi.
..........Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "keluarkan nyawamu". Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya. Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan belakangmu (di dunia) Kami tiada melihat bersertamu (di dunia) apa yang telah Kami kurniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat bersertamu pemberi syafaat yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah). QS al-An'am:6:93-94)
10 ulasan:
Salam AZ
Tazkirah bermakna,renungan yg baik untuk kita semua,moga ibu mertua Az cepat sembuh dan hati-hati di[jalanraya AZ..
hehe jangan lupa pasni kuar awal g masjid yer..
alamak......
salam AZ
ummi pernah baca kat internet dah lama n dah hilang lak fail yg disimpan mengenai pakar dlm bdg2 penyakit mcm ibu mertua AZ tu.ummi ada bg info tu kt 2 org jiran ummi yg br kena penyakit tu,alhamdulillah sembuh dgn izin Allah..
yg ummi ingat namanya Hj Mazlan . tggal di Jasin Melaka , dia imam Masjid . cuba ler AZ cr maklumat tu n berusaha lg , mana tahu dgn izin Allah dpt smbuh .
kata jiran ummi dia g tanya org kat sana , semua kenal imam tu.
ttg solat Jumaat tu satu info yg bagus , nanti ummi nk ketuk2 dgn lisan si bujang yg suka lambat2 g kemasjid nih...
salam cm,
tq. baru abis graduasi anak. ni nak otw dari bp.
salam cm,
tq. baru abis graduasi anak. ni nak otw dari bp.
salam cm,
tq. baru abis graduasi anak. ni nak otw dari bp.
salam cp,
yer ler. lain kali memang g awal. confirm
salam afeeez,
apa yaang alamak tu. macam takajut jor. ada makna tu
salam uh,
dah bawak jumpa imam mazlan tu dulu.
lor ni imam mazlan katanya dah meninggal
Catat Ulasan