Isnin, 19 Oktober 2009

Kesedapan Iman

Dari Anas r.a. dari Nabi SAW, sabdanya :
 "Ada tiga perkara, barang siapa melaksanakan ketiga-tiganya nescaya ia akan mendapatkan kesedapan iman :
 (1) Orang yang cinta kepada Allah dan RasulNya melebihi daripada cintanya kepada orang lain daripada keduanya
. (2) Orang yang mencintai orang lain, kerana Allah semata-mata.
(3) orang yang benci untuk kembali kepada kafir setelah Allah melepasnya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka".
 (HR. Bukhari)

Apakah Iman?
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan.
 Ringkasnya orang yang beriman ialah
1. Orang yang percaya,
2. Orang yang mengaku dan
3. Orang yang beramal (mengamalkan).
Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna.
Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu,
sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu
fasik,
 munafik atau
kafir.

2 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain...

alhamdulilah..semoga kita semua daapt mengamalkannyer..insyalah...

syukran

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Insya Allah moga kita dapat melakukan sepenuhnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...