Selasa, 27 Oktober 2009

anak-anaku (3) khidmat masyarakat

271009 : Hari ini pelajar-pelajar tingkatan 3 mengadakan aktiviti di luar maktab. Bukan main gembira mereka dapat keluar daripada kawasan sekolah. Peluang yang tidak disia-siakan. Mereka terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat. Mereka di pecahkan kepada 3 kumpulan besar. Dua kumpulan akan membuat aktiviti di Masjid Ayer Baloi dan Masjid Pulai Sebatang dan satu kumpulan lagi berbakti di 32 buah rumah yang telah dikenalpasti di Kampong Parit Maklumi.



Pukul 8.00 pagi - taklimat daripada Pengetua
'Jaga tingkah laku, kawal disiplin diir, jangan bagi malu tokeh'



10.30 pagi. Sedang berehat rupanya.
Pengerusi masjid dan Guru besar sekolah agama Ayer Baloi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana kesudian membenarkan pelajar-pelajar membersihkan kawasan masjid dan sekolah agama Ayer Baloi. (Sekolah agama ini terletak dalam kawasan masjid)


10.50 pagi - di Masjid Pulai Sebatang - pelajar juga sedang berehat dan nak mula minum pagi.
"Penat lah juga membersikhan kubur sebelah tuh. Pelajar puteri buat kerja membersih dalam masjid, tak kena matahari"



Penduduk tempatan sedang mengaihan makanan untuk pelajar.

Selepas melawat dua buah masjid tersebut, AZ melihat pula aktiviti di rumah-rumah penduduk kampong Pt Maklumi. Wah di sini nasib mereka berbeza-beza ada yang kena kerahan tenaga, ada yang dok relak - bergantomg kepada tuan rumah. Ada tuan rumah kesihan nak bagi bebudak tu buat kerja. Paling sedih ada pula membenarkan pelajar menonggang motosikal. Ternyata ada juga arahan yang dilanggar oleh pelajar. Budak-budak lah dikatakan. Nasib baiklah tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.



Basuh periok tu bersih-bersih. Hingga menciurkan bunyi.


buat apa tu pakai tukul besi. La guna tukul besi siang siput sedut.

Kami dah abih buat kerja lah ayahzain. Pak chik ni suruh main2 dengan kambing

tuan rumah. Ketua Kampong tuh.


  kambing baka janapari ni suka posing. Kacukan kambing India dengan Indonesia.




Budak2 ni rajin la, lepas sidai kain, mop lantai


Baby pun tidor lena di dodoikan oleh budak2 tuh.
 
la, kena kerahan tenaga kat ladang sawit la pulak


Tu dia pandai budak2 ni buat kerja


makan time


Pendek kata saya amat berpuas hati dengan prestasi bebudak ni. Tak banyak cerita apa yang saya suruh buat semuanya dia buat.


menu mee jawa rebus. Sedap tuh


Siap dah siput sedut masak kicap

Rojak buah

sup
;
uitm goreng

Basuh jangan tak basuh

relaks lah kejap, ponek la.


6 ulasan:

PINATBATE berkata...

seronoknya program ni...meriah!

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

Budak2 tu memang seronok sakan, maklumlah dah lama terkurung dalam sekolah.

Atikah berkata...

Salam AZ...

Wah seronoknya tgk gambar2 anak2 AZ nie... terasa saya lak nak join... best berkumpul ramai2 cam nie...

Ayah Zain berkata...

Salam Tikah

Jom join sekali. kita main galah panjang

CM berkata...

salam

betul kak pinat seronok yerrr mereka..

Ayah Zain berkata...

Salam CM

alhamdulillah, syukur nikmat kepada Allah yang mmberi rahmat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...