Adakah tugas disiplin pelajar terletak di tangan guru displin atau guru asrama? Bukankah tugas disiplin terletak kepada semua guru. Maksudnya semua guru adalah guru disiplin. Namun seperti kata Rezeki, 'KENAPA ? pasal segelintir anak2 murid sekrg tak boleh ditegur akibat diberi muka oleh ibubapa'. kita tidak BOLEh sALAHKAN guru kerana sikap pelajar sekrg telah menyebabkan kalangan guru serbasalah. Tak boleh silap sikit, silap2 diserang,diherdik oleh ibubapa yg tidak bertanggungjawab itu.
Saya pernah melihat seorang guru PJK (perempuan) yang menegur pelajar kerana enggan mematuhi etika pakaian, pelajar ini menempelak ' alah cikgu ni sebok sahaja, guru lain tak kisah pun. ermm siapa nak jawab ni? Maksudnya segelintir sahaja guru yang berani menegur pelajar kerana majoriti guru tidak kuasa lagi, hanya melihat dan berdiam diri.
Ibu bapa sekarang perlu seperti ibu bapa mereka dahulu dengan beranggapan tugas guru adalah mulia mendidik anak-anak mereka menjadi peminpin di masa depan. Ibu bapa dahulu berkata 'Cikgu buat apa sahajalah kepada anak saya ini asalkan tidak patah dan tidak buta'.
Sebenarnya tidak ada guru yang suka-suka memarahi pelajar membuta tuli, mesti ada sebab musabab mengapa guru menegur. Cuma kadang-kadang guru terlepas cakap, terlepas tangan ke muka (menampar lah tuh), kerana tidak tahan melihat tingkah laku sebahagian pelajar yang keras kepala. Hanya guru sahaja yang memahaminya, namun ada juga guru yang tidak mahu menerima hakikat sekiranya anaknya pula menerima hukuman displin di sekolah di mana anaknya belajar. Malah lebih teruk lagi. Katanya ' saya guru disiplin kat sekolah, saya tahu undang-undang, cikgu tak boleh ambil tindakan kepada anak saya ini....... Entahlah. Mungkin zaman sekarang ibu bapa terlalu melindungi anak-anak mereka.
Oleh itu, Bila ada kes displin yang akan sibuk ialah penolong pengetua Hal Ehwal Murid, Setiausaha disiplin, guru penyiasat dispilin. Mereka ini akan bersengkang mata mencari bukti-bukti untuk perbicaraan yang akan di adakan. Tidak heranlah kalau di asrama terutamanya asrama penuh, nama guru-guru ini akan menjadi hiasan di bilik-bilik air pelajar. Akan diconteng dengan kata nista, gelaran pelbagai serta lambang-lambang yang tidak sedap dipandang.
Satu contoh hiasan bilik air - tertera gelaran seorang guru asrama
Kerana guru ini tersangat tegas
Anak siapa punya angkara?
Adahkah ibu bapanya percaya anaknya yang melakukannya?
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, RasulNya dan orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti MENANG. (QS:al Maidah:5: ayat 55 dan 56)
4 ulasan:
salam ayah zain...
bebrpa fakta yang menyebab kan anak murid menjadi liar /ganas/biadap dan tidak menghormati guru atau tidak berdisiplin...
a) Tetap yang pertama - kurang nyer pendidkan Agama di rumah.sebab semuanyer bermula di rumah..
B) Ibu bapa sibuk dgn tugas yakni kerja2 di pejabat takda masa nak belek or siasat apa anak dia buat di sekolah
C) Lepas tangan pada semua guru guru untuk menjadikan anak mereka pandai - mak bapak kena gak periksa apa yang anak mereka beljar di sekolah
D) Tiada target diberikan pada anak anak - soal anak nak jadi apa bila habis sekolah? so anak buat tak kisah lah...Tiada perancangan untuk masa depan anak anak mereka
E) Sayang anak tak bertempat - manjakan anak, silap anak tak nampak, silap cikgu depa mengamuk cam nak bunuh orang..
F) Tiada disiplin diri - kekadang mak bapak pun tak berdisplin juga so anak pun ikut lah...
SO SALAH CIKGU KER? MASING MASING AMAT MEMERLUKAN ANTARA SATU SMA LAIN - CIKGU DAN IBU BAPA..
wasalm
Salam Manzlie,
Wow! naik samangat baca komen Manzlie nih. Memnag tersangatlah benarnya, didiplin bermula di rumah. Kalau semua ibu bapa tahu peranan mereka, maslah disiplin tidak akan ada di maktab. Yang buat onar tak ramai, tapi mereka banyak menyusahkan guru-guru.
terima kasih atas sharing yang bermakna ini.
Salam
ambooiii tu dia komen ciklie!!!cam pengetuakan!!!
Sakam CM,
hehehe, itu dia komen yang sangat bernas.
Catat Ulasan