Rabu, 28 Oktober 2009

jangan baca



buat apa tuh? menulis di lantai, sudah tidak ada meja ker.

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".  (QS al A'raaf:7:17)

281009 : Padanlah mengapa kehidupan kita/masyarakat begini. Saban hari kejahatan berlaku disekeliling kita. n3 cikgu mAs pada 20 Oktober 'sungguh kejam syaitan merah itu'  adalah antara bukti mereka yang telah terpedaya dengan pujukan iblis kerana Iblis telah bersumpah dan berjanji di hadapan Allah bahawa mereka akan menyesatkan kita agar kita sama-sama menyertai mereka ke dalam Neraka Jahanam.  Iblis akan memujuk rayu kita dari segala sudut, di depan, di belakang, kanan dan kiri kita. Sebab itulah mengapa begitu mudah kita terpedaya dan tergoda untuk melakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Syaitan/iblis tidak akan berhenti mengoda manusia sehinggalah manusia menuruti kemahuan mereka.

Jadi apa kaitan gambar di atas itu? Itulah antara mereka yang termasuk dalam ayat di atas. Mereka yang terlalu mudah tergoda dengan hasutan syaitan. Khabarnya mereka ini telah menyelinap ke asrama puteri pada pukul 3.00 pagi. Ketika guru-guru asrama sedang nyanyak tidur tetapi mereka ini tidak mahu tidur dan pada waktu kelas mereka akan berehat seperti ini.



Untuk apa mereka tidak tidur? hanya mereka itu sahaja yang mengetahuinya. Apabila di soal siasat mereaka menafikannya. Apabila pelajar telah menafikan, ibu bapa akan mempercayainya dan akan menyalhakan pihak sekolah. Ibu bapa akan datang bersama mereka yang arif tentang perundangan dengan pelbagai taktik untuk melepaskan anak-anak mereka daripada tuduhan. Ibu bapa tetap menyalahkan pihak sekolah kerana tidak menjaga anak-anak mereka di asrama. Guru asrama buat apa? Kami jauh, kalau dekat senang kami nak pantau, blah blah blah.


Hello tuan/puan, pukul 3.00 pagi, guru asrama itu, guru yang mengajar di kelas, besok kalau guru tak larat nak mengajar, tuan/puan boleh tolong datang ajar ker. Guru asrama hendak tidur juga.


18 ulasan:

rezeki berkata...

salam az,

semoga kita semua ibubapa, guru dan masyarakat bersama-sama memikul peranan dan tanggungjawab dalam mendidik generasi muda ini menjadi insan yg berguna di dunia dan akhirat.

insyallah.

CM berkata...

salam Az

aduhai semua kenangan datang balik,hehehe biasalah budak2 ni,adakala nakal bertukar jahat,bila mencuba benda yg tak sepatutnya cuba,7 thn jadi warden disekolah semua pompuan.asrama puteri mmg jadi tarikan..

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Insya Allah, niat murni kita ini akan diberkati Allah dalam melahirkan insan-insan yang terpuji di sini Allah

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

tu la pasal, kan saya dah kata jangan baca. ngen ngeh ngeh.

Asnija berkata...

salam Az,
ntah apa dalam fikiran diorang pukul 3 pagi panjat asrama pompuan (kalau panjat pagar surau macam Az tak pelah juga kan..kan...)
kena kumpul bukti kukuh tu....sebab kepala akal budak lelaki baya-baya tu, asyik nak main logi akal dia je...cabaran kan nak mendidik mereka ni....

aznaz berkata...

salam ayah zain..

tu lah, yang selalu nyer guru yang jadi mangsa...mak bapak nih tetap bela anak mereka..skg ni az payah..sebab anak nak nih bukannyer makan macam kita dulu orang susah asyik makan UBI KAYU jer..tu sal kita kuat pegangan..budak sekarang asyik fast food (KFC, McD etc....) tu sal fikiran depa nih too fragile..sikit sikit mengadu jer kat mak bapak..manja..?Dulu bapak kita terima jer komplen dari guru balik rumah terus ssah jer kita..bukannyer bela kita..sebab dia lebih arikf..but skg lain lak jadinyer..cikgu yang kena marah kan...tul tak AZ?

waslam

Unknown berkata...

salam AZ
jangan baca , mula nk jd pelajar dgr ckp , pastu buat degil sikit terus baca ...
pada ler tajuknya gitu , bdk2 tu dok tidoq bedengkoq
begitu ler kehidupan masa kini ...asyik2 nk salah kn org lain .cuba mak bapak bawa bebincang dgn guru2 apa masalah ank2 tu kan selesai semua masalah kaaaaaaan

PINATBATE berkata...

AZ..
hmm..
jambatan runtuh pun salahkan cikgu..
anak dia nakal pun cikgu juga yang salah..
kalau anak dia berjaya ada dia kesahkan cikgu..?
alahai..
dah nasib cikgu..
penyu menangis siapa yg tahu..

Tanpa Nama berkata...

salam ayahzain,

pada hanis...cara ibu bapa pada zaman sekarang tidak sama lg ngan ibu bapa di zaman dulu2...mereka suka menyerahkan 100% kepada cikgu...tp bila anak mereka buat salah..cikgu tegur anak depa..depa marah cikgu balik...cikgu bg tau depa itu ini...depa salahkan cikgu balik..bukannye depa nak tegur anak depa sendiri...alasan depa jauh...tah2 bila anak2 depa dok ngan depa, anak depa tak lekat terus kat umah malam2 hari...kata camtu kat cikgu...poyooo arr depa tu...hanis rasa, kalau laa ayah hanis yg terima report yg bukan2 dr cikgu, tak tau laaa ape akan jadi ngan hanis pastu...huhuhuhu

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,
itulah pasal,
mereka tu jadi musang. Sebab tu kat kelas mengantok sakan, mengantok tahap gaban. Depa pi koyakkan pagar aspuri bukannya depa panjat. Tetapi depa ttak mengaku, mangkok hayun betul.

Ayah Zain berkata...

Salam Lie,

entahlah. Lor ni mereka (ibu bapa) dah blok fikiran, depa kata piohak sekolah nak cari salah anak-anak mereka aje. Sabau jer le

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

entah la ummi. Mereka tahu, hantar anak ke asrama mesti pandai. Mesti dapat keputusan yang baik. Kalau tak baik, salahkan sekolah, salahkan guru-guru. Ingat nak hantar jer gambar2 tu pada parent dia orang.

Atikah berkata...

Salam Az...

Cabaran guru zaman sekarang... Patutnya AZ snap jer gambar2 anak2 depa dok wat salah... pas tu hantar pada mak ayah... bukti dah ada... tapi kalau masih nak salahkan cikgu gak, tak tahu ler....

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

erm, kak pnat ni cikgu kan? Cikgu memang faham tugas guru sekarang kan. Tambah lagi mengajor kat sekolah bandar, lagi hebat tuh.

p/s: hehhe, tak caya ker nurul syahira binti Jasmi tu anak saudara.
Nak saya tunjukkan gambar dia ker

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

lamanya Hanis tak mai umah az yer.

Agak-agak apa akan jadi yer hanis kalau ayah hanis terima report macam tuh. hehheh rasanya az tahu kot.

Ayah Zain berkata...

Salah Tikah.

Rasanya memnag nak buat gitu, tp silap haribulan dia saman az sebab cuba menjatuhkan maruah anak dia. ngeh ngeh ngeh

PINATBATE berkata...

AZ..
Bukan tak caya AZ..
Cuma terasa dunia ni kecil pulak..dalam banyak-banyak murid saya rupanya ada anak saudara AZ!!

Subhanallah!!

Allah jua sebaik-baik pengatur perjalanan hidup manusia..

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

U mengajar dia ker? Baguslah kalau gitu. nanti saya realisekan n3 dia. nak ke? nanti az minta izin kat ayah dia yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...