Ahad, 25 Oktober 2009

hujung minggu yang sibok

251009 :


Backdrop Pentas di Dewan Seri Mahkota MRSM Batu Pahat

 Diam tak diam udah hampir dua tahun putera bongsu berada di MRSM Batu Pahat. Hari ini PB akan menerima sijil MRSM daripada Pengarah Kanan (Pendidikan) MARA. Majlis dijalankan dengan lancar sekali.



waduh! sempat bergambar ngan bebudak kompang ni. Tahun lepas mrszain mengajar depa.


hok ni melambai-lambai  'salam ayah zain'


hasil kejayaan di paparkan di pintu masuk dewan - alamak! sijil kejayaan AZ dulu masih ada lagi





Pasukan Gemelan (AZ yang asaskan dulu)


Sebahagian ibu bapa graduan

Pengacara Majlis - Bagai pinang di belah dua


barisan kerusi tersedia untuk para graduan


perarakan masuk graduan. siap posing tu pulak


ini baru betul perarakan masuk


Guru-guru bersedia untuk masuk dewan


Cokmar Graduasi


para graduan - PB 2 dr kiri


bersedia di luar dewan untuk ke pentas


Skrol graduasi sudah di tangan, cenderahati pula di luar dewan


Kasihnya dua sahabat
INgat lagi kawan yang az cerita  dulu ? Yang dimasukkan ke wad HUKM tempoh hari? Beliau baru  beberapa hari dibenarkan keluar daripada HUKM  setalah  22 hari   berada di HUKM. Semoga beliau terus sihat.

Seterusnya pukul 2.00 petang kami bertolak ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ibu mrszain yang uzur. namun sebelum ke rumah ibu mertua ada sesuatu yang hendak dicari di pasar Chow kit.


jeng jeng jeng - jering ? mesti tahu kan hendak di buat apa
 kan?

tidak sah mrszain kalau tidak pekena yong tau fu Chowkit - di Johor tak sedap sebab guna kuah sup aje. Di sini guna kuah kacang. Kami makan berdua. heheh. Kalau CL ada kita makan bertiga la. kakakakka


jus epal hijau

Sampai di rumah ibu mertua lebih kurang pukul 6 petang. Terharu ibu mertua melihat kami sampai. Maka bermula tugas mrszain melayan ibunya di samping adik-adik perempuan yang turut serta.                                                                         


                                                        
.

Ahad. 25 Oktober 2009 : Pukul 10.30 pagi menghantar anak ke 4 kami ke Pusat Matrikulasi UIA di Petaling Jaya. Kemudia kami bertolak balik ke Pontian. Kami sampai semula di Pontian lebih kurang pukul 3.30 petang . Tiba-tiba teringat ada jemputan kenduri kahwin daripada salah seorang staf.  di Kg. Parit Maklumi, Ayer Balou Pontian.


Rumah Penganti. Jemputan masih ramai

 bapa pengantin (tengah) mempersilakan AZ.

Sebahagian tetamu yang masih ada

Raja Sehari - siap bagi hadiah   cabutan bertuah tu.

18 ulasan:

cikgu mas berkata...

Salam..

sungguh sibuk AZ weekend ni,mcm2 boleh buat,masa dgn pelajar,masa berdating,lawat mak,lawat kawan,pi kenduri kawin,wooow fit betul AZku ini...tak boleh lawan ni.no wonder lah org sayang dia..hehehe

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Masya ALlah,CM ni penganalisis yang hebat. Tak terfikir pulak banyak aktvititi yang saya buat yer.ok la tuh. ni tengah kepenatan tahap gaban

manzlie berkata...

salam ayah zain...

Best tuh yong tau foo..nakkkk...hehehehe


walsam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzli,

memang sedap sangat. wat akal ler kencing manis,kalau idak yum yum yummy

Asnija berkata...

Salam AZ,
Tengok air epal hijau tu, teringat kisah AZ minta tukar air tu sebab manis...ropa nyer memang dah epal tu manis...

Budak sekarang abih tingkat 5 memang ada graduasi gitu ye...ingat budak tadika je...bagus le, biar semangat masuk U...sapa yan kasik cenderahati kat bujang AZ tu...itu kakak nyer ke awekz nyer?

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

memang manis epal hijau kat Sri Suria itu manis sangat lah. Itu yang minta tukau, hehheh Datin ni seorang pengingat yang hebat.

Itulah bezanya MRSM ngan sek kementerian, tapi la ni dah ada sek kementrian ikut buat graduasi juga. Mulai tahun lepas Sijil Graduasi tu di ada kelas pertama, dua atas dan dua bawah. kelas gitu.

Cendarahati tu di bagi oleh petugas. budak tingkatan 4 tuh. Nama jer cenderahati tapi kena bayar tuh. Yang best lagi kat maktab anak AZ ni
makanan tengah hari untuk ibu bapa pun kena bayar juga. Depa bagi makan nasi beriani sebab tu kena bayar.

Asnija berkata...

tu la tahun lepas si afro minta duit nak bayar majlis graduasi kata nya...mai aiii...RM150 tu, tak boleh ansuran pulak nyer...buat plak kat Hotel Sunway...dah habis bayar majlis, mintak pulak duit beli baju kemeja baru, seluar baru dan tali leher...waduh...budak besar tu mana ada uniform kerja...kena le beli sume baru....bankrap saya bulan tu...anak nak menyemart...mak bawak bekal pegi kerja...

Ayah Zain berkata...

Salam datin,

RM150.00? banyak tuh? buat kat hotel lagi ermmm. Kalau kat MRSM pungut RM150.00 alamatnya sampai ke atas la. Nasib x baik kuar kat paper lagi. Majlis anak ayahzain kena bayar 80.00, ditolak duit saham koperasi, kena bayar 60.00 jer.

Sebab tu depa buat kat dewan sekolah jer.

rezeki berkata...

salam az,

pontian - kl mcm pegi kedai ngeh,ngeh,ngeh

tentu penat drive

Ayah Zain berkata...

salam CR,

eleh, hang lagi hebat. G melancung macam g kl jer. ngeh ngeh ngeh.

memang penat drive, tapi apa nak buat. layan jer

ummi humaira berkata...

salam AZ
mrs zain org KL yer .
ummi tahu jering tu nak wat aper . nie mesti jemput2 jering kan .... hai bila nk dpt rasa nih ...

Ayah Zain berkata...

Salam uh,

Yup, mrszain orang kl.
betul nak buat jemput2 jering. mai ler turun pontian

hajah zainab bt abdullah berkata...

Salam AZ,

terliur saya kat yong tau fu tu!!

Ayah Zain berkata...

Salam HZA,

Yer ker. Memang sedap sebab setiap kali balik kl mesti pekena satu pinggan.

Atikah berkata...

Salam AZ...

Tak sempat melawat rumah Az hari minggu tu... wah... sibuk bebenor AZ no...

Tgk gambar graduasi anak2 didik AZ, cam konvokesyen kat UTM ler pulak dengan jubah merahnya... he.. he.. he.. zaman dolu2 mana ada... bagus gak buat cam nie... bagi semangat skit kat budak2 nie... patutnya kat sekolah harian pun buat majlis graduasi nie...

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

Sekolah Harian dah banyak ynag buat majlis macam ini. Lagi meriah terutama kalau kat kuala lumpur. Mereka buat kat Hotel lagi macam anak kak nija.

Buat kat Puterajaya pun ada. Kleas gitu

Megat berkata...

gambar saya!!gambar saya!!
gambar saya dipaparkan di blog ini!!bangganya saya.....saya rasa dihargai olh ayah zain!!semoga bahagia di Pontian!!-khairum

Ayah Zain berkata...

Salam Megat,

biar betul. Yang mana satu ni. Tu ler, az main tangkap jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...