Rabu, 7 Oktober 2009

PMR datang lagi

071009 : Hari ini Rabu, hari di mana semua pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Semalam 6 Okt 2009, MRSM Pontian telah mengadakan pertemuan di antara pelajar Tingkatan 3 dengan guru-guru yang mengajar Tingkatan 3 disertai oleh Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua, Ketua-ketua Jabatan Akademik serta guru-guru kanan subjek. Di dalam majlis tersebut guru-guru telah menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan serta memberi restu kepada pelajar agar dapat memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan dapat memberikan jawapan yang tepat kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Wakil Pelajar Tingkatan 3 memberikan ucapan sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru yang telah memberikan tunjuk ajar kepada mereka
Ucapan Guru - memberikan kata perangsang

Calon-calon Putera PMR tekun mendengar kata-kata motivasi dan pujukan daripada guru-guru



Pelajar puteri turut mendengar dengan khusyuk sekali



Ya Allah ya Tuhanku, Engkau permudahkan pelajar Tingkatan 3 MRSM Pontian menjawab soalan peperiksaan PMR 2009. Jauhkanlah mereka daripada mengalami sindrom blackout. Berikanlah mereka gred 'A' dalam semua subjek yang mereka ambil dalam peperiksaan PMR 2009 ini.



4 ulasan:

rezeki berkata...

salam az,

semoga mereka dapat menjawab dan lulus dgn cemerlang

ps: az tak berucap ke ngeh,ngeh,ngeh

manzlie berkata...

salam ayah zain..

semog mereka mendapt kepeutsan ayng cermelang..isnyaalah

wasalam

Ayah Zain berkata...

Salam CR

Insya Allah, semoga Allah memberkati mereka dan memperkenankan untuk mendapat gred A dalam semua subjek yang di ambil

Ayah Zain berkata...

Salam Lie,

Sama-samalah kita berdoa dia tas kejayaan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...