081009 : Hari ini adalah temujanji saya dengan doktor Diabetis di Klinik Kesihatan Ayer Baloi. Malasnya nak ke klinik kerajaan kerana masa menunggu yang panjang, paling tidak hampir 2 jam baru selesai. Bermula dengan pendaftaran di kaunter Klinik, menunggu nama di panggil oleh misi, mengambil berat badan, pemeriksaan tekanan darah, mengambil ujian darah dan bertemu dengan doktor. Mengenangkan ini, ingin saja mengenepikan temujanji ini. Tetapi apakan daya, terpaksa lah diharungi jua. Namun begitu hari ini kejemuan itu dapat dikurangkan dengan aksi mengambil gambar candid. Ngeh ngeh ngeh.
Tengok tu, ramai nya patient menunggu untuk berjumpa dengan doktor.
Baby, baru 5 hari - menangis kerana misi ambil darah di kakinya.
chak! tu bulan, - baby senyum juga bila gambarnya di ambil. heheh
Baby, baru 5 hari - menangis kerana misi ambil darah di kakinya.
chak! tu bulan, - baby senyum juga bila gambarnya di ambil. heheh
malu nampak! sembunyikan muka yer
chak! nampak muka sikit tuh
hhha, kan dah nampak tu, senyum! senyum ermm pandai
Akahirnya dapat juga wajahnya di rakam, bukan satu tapi dua wajah baby terukir sama
tu di sebarang sana, apa pulak budak MRSM tu buat kat wheelchair tuh. Nanti kau
Ha, tau terkejut. ermm kaki patah ke sayang, ..... tak sakit perut la encik.
Replika : Piramid makanan. Kurangkan karbohaiderat - lebihkan serat
eh eh, ramainya budak mrsm sakit. Sakit mata tuan - saja kita sakit-sakitkan, nanti doktor bagi mc, dapat balik rumah. negh ngeh ngeh - yor la tuh
Aduh, tingginya paras gula darah kali ini. Mencecah 10.1 mml/l. Semalam tak ambil nasi pun, makan meehoon goreng saja. oo tak boleh, doktor nasihatkan makan roti wholemail atau oat atau nestum (bukan 2 dalam 1), jangan ambil minuman berkarbonat atau bergas, kopi/teh susu, teh/kopi o. Ermmm nak makan apa ni, mana boleh makan roti sahaja. Perut kita ni perut nasi. Doktor kata mengambil gula darah tidak menunjukkan bacaan yang tepat, perlu buat ujian HBA1C. Apa ke benda tuh! iaitu ujian gula darah yang memantau paras gula 3 bulan yang lepas. HBA1C mestilah kurang daripada 6.5mm/l.
Sebelaha petang ada pulak temujanji dengan Ketua Kampung di Parit Makrumi, Ayer Baloi untuk Program Khidmat Masyarakat yang akan dijalankan pada 27 Oktober 2009. Baguslah Ketua Kampung ini. Kata sepakat diperolehi, program akan di jalankan pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Semoga Allah mempermudahkan program ini berjalan seperti yang telah dirancangkan.
6 ulasan:
salam AZ
Ya Allah CM suka sangat n3 ni,suasana sebenar klinik n hospital gomen,dlm boring2 menunggu tu,mmg best snap gambar untuk berblogging,sblm terjah ke dunia blogging kita tak pernah kisah n alert pada apa yg kita lalui,kini kta nk share segala keceriaan bersama....Cayaaa lah AZ...
salam AZ,
ok jugak dok snap sana snap sini...boleh kami tumpang tengok suasana kat spital gomen tu...
so, macamana dah dgn blood sugar level tu...take care!
Salam CM,
Betul lah. Kita mampu mengubahnya.
Memnag bosan giler tahap gaban tadi. Tiba2 ingat blog, apa lagi. Hilang rasa malu, negh negh ngeh
Salam KN,
Gula 10.1, TInggi lah KN. kadang2 bosan nak kawal lagi. Sebab tu dulu pernah dengar orang2 tua yang kena diabetis kata. biaq p lar, kawal makan pun mati juga. hehehh
salam ayah zain..
hmmm jaga lah sikit tuh az makan..kena pantang tau..kencing manis nih bahya tau..sebanrnyer az kena lah tau apa makan yang boleh dimakan..sya caangkan az more makan roti oat or quaker oat tuh...sya doakn semoga az sihat dan kuat...then boleh lah nanti jumpa disni..insyalah...
risau lah az nih makan tak pantang....
syukran
waslam
Salam CL,
heheh, roti Oat? macam pernah dengar jer. kat mana boleh dapat tuh.
AZ pantang lah. Pantang jumpa. heheh
Catat Ulasan