Sabtu, 3 Oktober 2009

Majlis Solat Hajat dan Majlis Restu MRSM Batu Pahat

031009: Hari ini MRSM Batu Pahat menjemput semua ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 ke Majlis Solat Hajat dan Restu bertempat di Surau Raudatul Jannah MRSM Batu Pahat. Majlis ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan suntikan semangat kepada pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan PMR yang bermula pada Hari rabu 7 Oktober dan peperiksaan SPM pada 19 November 209. Majlis telah berlangsung dengan begitu lancar sekali. Tahniah kepada Pengetua dan semua AJK Majlis Solat hajat yang dapat mengendalikan majlis ini dengan sempurna. Sebaik sahaja majlis tamat hujan rahmat turun begitu lebat sekali. Semoga semua calon PMR dan SPM MRSM Batu Pahat berjaya mendapat semua A dalam PMR dan semua A1 dalam SPM. Amin
Sebahagian jemputan (kaum bapa) - masih awal lagi nih
Pelajar lelaki - bersiap siaga menunggu majlis Solat Hajat

heheh, CM, biasa la kan. Penat menunggu tuh

Anak siapa tuhh, bravo- semangat perlu ada

Hadirin semakin ramai memenuhi ruang surau

Sebahagian botol yang berisi air untuk bacaan Yassin. Dalam kotak itu ialah kismis

Juruacara bersedia untuk memulakan majlis
'Dijemput para hadirin ke depan. Majlis akan bermula tepat pukul 9.30 pagi
CM : ada macam Anuar Zain? Penyanyi pujaan CM tuhh
Tuan Imam jemputan khas - sedang memberi taklimat Solat Duha, Solat Hajat dan seterusnya bacaan Yassin

aik? nak solat masih nak senyum. Tak apa, Ceriakan hari-harimu

Khusuk mendengar taklimat solat . Nampak tak Putera Bongsu - No 3 dari kanan berbaju melayu hitam
Selesai Solat Duha dan Solat Hajat, Majlis diteruskan dengan Bacaan Surah Yassin dan seterusnya Majlis diteruskan dengan Bisikan Rohani yang telah disampiakan oleh Dr. Khairul Azmi Muhammad, salah seorang AJK MUAFAKAT (PIBG) MRSM Batu Pahat. Penceramah ini begitu sempoi menitipkan kata nasihat kepada pelajar dan juga ibu bapa.
Dr. Khairul Azmi b Muhammad
Penceramah dengan tajuk Think Big yang menekankan manusia dijadikan Allah sebagai khalifah di muka bumi. Manusia ciptaan Allah dibekalkan dengan Jasad, Roh, akal, hati dan nafsu. Khalifah adalah peminpin. Memimpin dengan ilmu dan bijaksana dengan memberi penekanan kepada keutamaan. Perlu bijaksana dalam segala hal di tambah dengan keikhlasan. Di akhirat kita akan ditanya adakah kita menjalankan tanggungjawab kita itu.
Begitu khusuk pelajar mendengar Bisikan Rohani, begitu teruja - masa 1 jam 30 minit tidak dirasai langsung.
Guru-guru MRSM Batu Pahat - baju hijau tuh Guru Penasihat Homeroom putera bongsu


Ucapan Pengetua MRSM Batu Pahat
Mendoakan kejayaan anak-anak dalam PMR dan SPM

Majlis Restu - semua pelajar berjumpa barisan guru meminta restu -
Cikgu Halalkan ilmu yang cikgu ajar kepada kami ye. Jasabaik cikgu tidak akan kami lupakan
Semoga Majlis ini dapat memberikan suntikan padu kepada pelajar di saat-sat akhir menjelangnya peperiksaan yang sangat penting kepada pelajar dan guru-guru. Apabila semua pelajar berjaya mendapat semua A dalam PMR dan semua A1 dalam SPM itulah sebenarnya hadiah yang paling bermakna kepada guru. Guru tidak mengharapkan yang lain kecuali keputusan peperiksaan yang cemerlang dan sahsiah yang terpuji. Satu yang tidak terputus setelah kita meninggal duni ialah ilmu yang dimanfaatkan. Ayuh guru-guru MRSM Batu Pahat teruskan usaha murni mu itu mendidik anak-anak ini agar melahirkan bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang, terbilang dari aspek akademik, sahsiah dan bakatnya. Amin, amin, ya Rabal alamin

12 ulasan:

Che' Pit berkata...

semoga semua mendapat keputusan cemerlang..

"di Maktab Rendah Sains M.A.R.A,
Tuntut ilmu, jangan jemu..
Ikrar taat setia pada guru,
Berdisplin selalu.."

hmm teringat balik kat lagu maktab.. walaupun terdapat berpuluh MRSM seluruh negara, tapi kami BERSATU dengan 1 lambang, 1 lagu maktab..

ngeh ngeh ngeh teremosi lak.. hidup MRSM..

Ayah Zain berkata...

salam cp,

semanat jer dia. gitulah budak2 mara kan. pelbagai kaktab tp bersatu.

masalahnya ada segelintir yang jemu tuntut ilmu. tidak setia pada guru dan langgar displin. ngeh ngeh ngeh

CM berkata...

salam AZ

3 ,4 kali saya masuk umah az ptg ni,seronok sungguh saya tengok n3 az,bervariasi,tengok gelagat budak2,tgk gelagat bapa2,cikgu2...aduhai terhibur rasa hati...

ada pulak yg mcm anuar zain.macam2 lah az ni...seronok kita kan berblog boleh kita share aktiviti hidup kita yg mengembirakan...


psssttt:gambar koko kering abah saya tu bila lah nak glamour agaknya,,,hehehe..

Ayah Zain berkata...

salam CM,

Yer ker, terima kasih la masuk rumah AZ. Tak ada masalah, bangga sungguh az kalau u all masuk umah az nih.

tak ada rupa anuar zain ker? iras2 ada tuh.

gambar koko? dulu az nak masukkan juga, takut tak sesuai pulak. OK nanti az nak buat satu n3 khas mana-mana yang tidak dimasukkan lagi. ada banyak gambar yang nak di share kan

aznaz berkata...

salam ayah zain...
alahmdulilah..salah satu majlis yang amat mulia di anjurkan sebegitu ..moga adaik adik di maktab memeprolehi keputusan ayng cermelang dan taidak alkan lupa jasa ibu bapa mereka..isnyalah

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Majlis ini dilakukan pada setiap tahun terutamanya menjelang waktu peperiksaan.

Minta doakan kejayaan pelajar2 tu yer.

rezeki berkata...

salam az,

majlis yang sangat baik dalam memohon keberkatan dari Allah

ps: sgtlah letihnya , sepanjang perjalanan dari muar ke kt, hujan lebat. tersangkut di yong peng, sebuah tangker terbabas melintangi jalan, tapi lps tu pecut ttp pecut
ngeh,ngeh,ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

oooo dari muar tadi yer. Patutnya bila sampai tol simpang renggam melenconglah daripada tol itu sekejap ke Ayer Baloi, boleh jalan beraya.

Jangan la pecut sangat, berhati-hati di jalan raya. Anda mampu mengubahnya.

Nanti bila CR daripada Kota Tinggi, kalau sampai Tol Sedenak atau kalau dari KL sampai tol Simpang renggam call AZ yer, boleh menyinggah kejap

Tanpa Nama berkata...

salam ayahzain,

semoga adik2 yang akan mengambail exam PRM & SPM dapat menjawab soalan exam dgn baik & tenang seterusnya memperolihi keputusan yang baik & dapat menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dalam bidang yang di minati & baik...aminn

Ayah Zain berkata...

Salam,

Amin amin amin ya Rabal alamin. Semoga Allah memperkenankan doa Hanis itu.

Asnija berkata...

Salam AZ,
terharu dengan muka budak-budak yang innocent...semangat parents yang datang sama-sama bersolat hajat...doa ibu-bapa dan guru-guru membawa berkat dan semnagat...

Semoga abang su berjaya dengan penuh cemerlang...

Dila Donghae berkata...

salam ayah zain.. teruja nyer tgk gambr2 ni.. baru sajer jmper link blog ni.. actually, spm 09 tu batch saye.. rindu rse yer tgk gmbar2 kt sini wlaupun hnye gmabr pelajar lelaki sje.. hehe ;)
and rindu mrsm batu pahat jgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...