Isnin, 5 Oktober 2009

Perubahan waktu solat dan kaitannya dengan warna Alam



011009 : Hari ini juga hari yang begitu sibuk sampai ke tahap gaban. Alhamdulillah semua tugas dapat dilaksanakan dengan baik. Syukur kepada Allah yang memudahkan urusan dunia pada hari ini. Marilah kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah swt seperti yang dianjurkan oleh emel yang didapati daripada seseorang.

Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh di ukur dan di cerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna alam adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bangun daripada tidur). Itulah rahsia kita di perintahkan solat di awal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pada waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yang amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghribdulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga dan seumpamanya. ..

10 ulasan:

Unknown berkata...

ummi pun ada buat N3 ni dlm blog tazkirah kehidupan btajuk "warna2 alam"

begitu indah ciptaan tuhan bagi insan2 yg tahu menilainya

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Yer ker. Tak apa, ingat mengingati agar kita terus dapat mengingatinya.

Unknown berkata...

salam AZ ,
lupa nk ucap time kasih , tolong bagi info perjalanan tempohari, ummi dah ke Mersing tu , aduh jauh nye amat2 .Alhamdulillah semua nya dah selamat termasuk le RM sekali selamat.

aznaz berkata...

salam ayah zain..

alhamdulilah syukur nikmat atas kurniaan allah swt pada kita semua nih...agar kita terus menginagati nyer..insyalah

waslam

Unknown berkata...

SALAM UKHUWWAH WA MAWADDAH BUAT AYAH ZAIN,

INFO YG SANGAT MENARIK YG BANYAK ORG TAK TAHU KAITAN WARNA DGN SOLAT HARIAN KITA. TERMASUK LAA SAYA, :D SKALI LAGI TERIMA KASIH.

UTK PENGETAHUAN AYAH ZAIN ORG ARAB DI SEKITAR YANBU NI, MEREKA AKAN BERKELAH DI TEPI PANTAI ATAU TAMAN2 DR PTG (LPS ASAR) SAMPAI KE MLM. MULANYA SY AGAK KSGET BILAMANA MRK MASIH BERKELIARAN PD WAKTU SENJA. TP BILA MSK AJER MAGHRIB & ISYA' MEREKA TERUS BERSOLAT DI TEMPAT MRK BERKELAH. SURAU (RUANG TERBUKA UTK SOLAT) JG DISEDIAKAN. SUATU PEMANDANGAN YG SGT INDAH YG X PERNAH SY SAKSIKAN DI MALAYSIA.

WASSALAM

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

Insya Allah, semoga Allah memberkati kita semua.

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Alhamdulillah, selamat semuanya

Ayah Zain berkata...

Salam UW,

Terima kasih menjadi pengikut AZ ke 17.

UW di Yanbu yer. Menarik info UW berkaitan dengan masyarakat di sana.

Selalu2lah datang umah AZ yer

CM berkata...

salam

teruskan AZ menulis informasi yg berguna untuk kami..

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...