Selasa, 20 Oktober 2009

Relaks jap (2) - Ayah Zain Marah?

201009 : Marah. Apa yang anda lakukan ketika marah? Menghempaskan pintu? Menunjukkan memek muka yang brutel tahap gaban? Berdiam diri enggan bercakap? Apa-apalah. Kamu nak marah? Marah lah, Ada aku kisah?


Jadi macam mana? Macam mana hendak mengawal marah?


Kenapa ni? Buat muka tuh

Marah itu sebenarnya adalah daripada api. Api itu adalah asal kejadian syaitan.

Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan.


ala cayang. bucuk ayah zain ni nape

Ingatlah, jangan marah. Kalau marah nanti kena jual.

 Jadi macama mana hendak mengawal kemarahan?

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang.
Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan.

Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.

 Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?

 Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya, jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untuk menahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan. Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan.


Cak! ha dah senyum. Kan bagus tuh

 Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.


senyumlah, senyumlah, senyumlah cek mek molek

 Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat..
!

Buat gerakan ibu Jari kaki  -  Senyumlah

Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-lain tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.

Maka bersabarlah kamu (wahai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang (Yunus) yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya) , ( QS al-Qalam [68]:48)

23 ulasan:

CM berkata...

salam


'hehehe,,,senyummmmm,dibalik senyum ada penawar

Unknown berkata...

salam AZ..
betul betul betul kalu marah , cepat2 ler istighfar , berwuduk n baca quran ke .. hati dpt sejuk semula ..he he he jgn marah ya , jgn marah , nanti lekas jd tua.

Unknown berkata...

salam AZ ..
naper foto yg bawah sekali tu tak nampak wajah penuhnya ,mgkin kah itu tuan punya blog ni.he he he
CM tolong jawab kan..ummi tertanya2 ni

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

yerp, alhamdulillah, memnag kita mencari penawar bagi setiap kedukaan atau apa-apa jer ler

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Kalau tak marah pun, tetap jadi tua juga. hehehhe. ooo, kalau marah cepat sikit tuanya ye.

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Jangan di cari disebalik wajah itu, nanti dia akan menghilang, ngeh ngeh ngeh.

aznaz berkata...

salam ayah zain...

alhamdulilah semenjak saya duduk di sini tak pernah langsung nak marah..cuma majuk jer ada lah..tapi bila hati dah terasa sya lekas2 p kat jendela bilik tuh..bila nampak jerr kaabah tuh perasaan majuk tuh dah hilang dgn serta merta..alamdulilah

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Alhamdulillah tapi majuk tu kira marahlah jugak tuh. hehhehe.

apapun tahniah, PDKM semalam mencatat kunjungan melebihi 1.7K. Blog ayahzain masih maintain lebih 100 kunjungan 3 hari berturut-turut

Unknown berkata...

salam AZ..
untung CL kan AZ , bila dia pegi tepi jendela dok peghati kaabah tu , bukan saja merajuk yg hilang , pahala pula yg datang ..MasyaAllah ..
semoga CL tak lupa pada semua rakan2 dia yg di Malaysia ni..

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Betul tu umi, CL sangat-sangat beruntung. Semoga Allah terus memberkati hidupnya. Di samping itu dia juga mendoakan kesejahteraan kita juga.

rezeki berkata...

salam az,

cute gmbr az nampak mulut je,
awet muda. siapalah yg tukang snap gmbr tu ngeh,ngeh,ngeh

shami2 berkata...

Salam AZ..

Terima kasih bagi tips2 utk hilangkan marah....hehehhe

Kekadang tu marah utk kebaikan perlu juga...supaya org sekeliling tersedar...dari kelalaian..betui dak...

Tanpa Nama berkata...

salam ayahzain,

hanis suka gambar2 yg ayahzain letak tu....ayahzain dah berjaya buat hanis tersenyum lebar pagi2 nie....hahahah...tq ayahanda...

CM berkata...

salam

amboiii ciklie majuk,hehehe..sapalah buat???

Ayah Zain berkata...

Salam hanis,

yer ker. Alhamdulillah. Itulah tujuan bloh AZ menceriakan orang.
Hari ini pertama kali juga, ayah zain nak marah, tak jadi sebab ingat ' orang yang marah ialah orang yang bodoh' jadi ayahzain SENYUM. senyumlah, senyumlah chik mek molek (daud kilau le pulok)

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

Betul tu. Umar al Khatab gunakan sifat marah dia untuk keperkasaan agama islam.

Maknanya kita kena marah bertempat, tapi kalau kita memaafkan, Allah lagi suka.

afeezz berkata...

klu org kutuk kite depan muka, pijak kepala kite, maki hamun kite... masih nak senyum lagi??

klu sy.. tak marah.. tp hinggap le satu penampar jepon kat muka org tuh....

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

Soalan yang bagus tuh. Itulah kalau kita maafkan dia, adalah lebih baik.

Kalau nak bagi penampar Jepun bagus juga, baru dia tahu afeez tu siapa. ngeh ngeh ngeh.

Afeez ni boleh marah yer. Ingat Afeez ni cool jer, malu2 gitu

Atikah berkata...

Salam AZ...

Senyummmmmmmm.... he.. he.. he..

afeezz berkata...

saya cool lah AZ (dan2 cool).. tp sy ni mmg tak suka akan konfrontasi. lebih baek sy blah dulu drp menghangatkan lagi konfrontasi itu.. haha

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

Yer, kena senyum walaupun hati ...perghhhhhhhhh

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

AZ tahu afeez cool. very da cool

Imran Paris berkata...

AZ....alamak...td sy tgh baca N3 pasal marah ni...dah abis baca pun, tetiba ada perkara yg buat saya betul2 marah. Caya tak saya GEDEBOM...amuk sakan, siap kuarkan perkataan yg kurang manis....pas tu saya pikir balik....althou mmg saya rasa org tu deserve amukan saya tadi slps berpuluh kali dia buat hal saya sabar....sy terpikir...napa saya tak biarkan saja mcm sblm2 ini...ntahlah. Sometimes AZ, I hate myself in this office. Dulu di KL...saya tak pun mcm tu....org yg cukup2 sabar...tp kat sini mmg menguji...esp slps sy pulang haji awal tahun ini. Jika inilah dugaannya ya Allah...aku redha, tunjukkanlah aku jln terbaik, bimbinglah aku sehingga terus berada dlm kerahmatan Mu.

AZ...thanks for the tips...gud posting :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...